20110130

bersih dan kotor

Autograf

Beberapa jenama sabun basuh boleh mencuci kesan gincu pada baju yang menurut iklan mereka kesan gincu ini temasuk dalam jenis yang degil. Kesan kotoran minyak hitam, lumpur, aiskrim dan coklat juga antara jenis yang tak dengar cakap.

Rupa-rupanya perempuan suka cium baju lelaki. Takkanlah lelaki nak memakai gincu dan gatal bibir mencium baju lelaki lain mahupun baju sendiri. Yang belum kahwin lagi nak cium tempat lain takut berdosa dan yang dah kahwin tu yang agak aneh. Ghairah sangatkah cium baju lelaki? Baju kerja pulak tu. 

Jenama sabun ini kebanyakan yang agak mahal dan terkenal. Sudah tentu R&D mereka bagus dan boleh dipercayai. Kajian mereka tak mungkin berlandaskan emosi, perkauman ataupun kepentingan peribadi  mana-mana ahli politik.

Kalau iklan sabun yang murah-murah macam Boom, Ekonomi Handalan dan sebagainya selalunya menggunakan makcik-makcik sebagai pelakon utama. Mungkin golongan sasaran mereka golongan makcik-makcik walaupun sabun mereka adakalanya boleh mengeluarkan buih yang cukup untuk membuat parti orang muda. 

Iklan seperti ini macam tak berkesan pun untuk mak. Dia pakai sabun MLM jenis tak keluar buih punya.  Lepas lah PV dia nanti. Lagipun mak masih kelihatan muda.

20110128

spesis terancam



 "what kind a guy would I be if I walked out when she needed me the most.."

Aku ambik test personality. Aku seorang yang baik hati dan penuh perasaan. Apa yang lelaki ini buat adalah di luar kemampuan aku. Suara aku pun tak sedap sangat. Aku pernah dengar kawan aku nyanyi versi yang aku lebih suka dan aku harap lelaki rare ini boleh berjaya dalam hidup.

20110127

Ops sikap

Pakcik posmen kata dah hampir sepuluh tahun pejabat pos tak upah orang part time masa raya. Kad raya dah tak banyak. Orang sentimental dah hampir pupus.

Pakcik posmen konfiden, "Staf pejabat yang ada pun boleh handle."

Aku tanya, "Gaji naik?"

Pakcik posmen senyum, "Minyak pun naik jugak".

Aku tanya lagi, "Gaji tak naik banyak kot? Minggu lepas saya nampak budak-budak pakcik hantar flyers pakai baju pejabat kat taman sebelah."

Pakcik posmen senyum perit. Terus belah. Banyak lagi surat nak hantar.

[,]

Kereta makin banyak. Tapi tak dengar pula JPJ dan polis nak offer part time saman-saman orang.

20110126

ilmu patut dikongsi

Selalu kira agrigat dan SPM dapat A1. Masuk foundation studies, midterm dapat 13/45 dan lulus cukup-cukup makan saja.

Tapi kalau orang tu bukan ustaz-ustazah, ilmuan, mufti, orang warak, sarjana fekah, tok imam, tok siak, lelaki berjanggut putih, perempuan berpurdah salam pakai sarung tangan dan menteri hal ehwal agama di jabatan perdana menteri tanya bab-bab agama ni, aku jawab.

20110125

boleh pandang-pandang


Koteow Iman dua tiga hari lepas.

Seorang kawan tanya, "Kaki pompuan kira aurat dak..?". Dari raut wajah, dia mengharapkan jawapan yang jujur.

Aku jawab, "Lani aku orang KL. Hang tak buleh tanya aku soalan-soalan macam tu." Bukannya tak ada jawapan. Mata masih melilau.


[,]

You're driving the 'I want to have sex with you' truck and it has a huge blind spot.~Marshall Eriksen~

20110124

cookie cutter

Anak perempuan Ted Mosby
Ada seorang kawan cakap, kalau anak perempuan, elok ikut muka bapa. Yang lelaki elok ikut muka ibu. Dia dengar dari mana tah. Definasi elok tu lupa pulak nak tanya.

Tapi mungkin juga.

Seminggu dua ni asyik belek gambar kahwin rakan-rakan dalam fesbuk. Memang mengasyikkan.

Macam-macam style gambar dan posing. Yang buat aksi bukan-bukan tu memang bagi peluang untuk komen yang tak senonoh.

Ada yang bagi komen memuji, ucap tahniah dan paling teruk puji gambar cantik saja. Pasal pengantin langsung tak sentuh.

Kalau ya pun dah seronok sangat, jangan la letak semua gambar dalam fesbuk. Yang orang tag tu remove saja. Jangan ambil tau. Bukan orang kenal semua rakan fesbuk kita.

Nanti letak semua gambar, CIA boleh kenal semua ahli keluarga kita. Dah la segala maklumat peribadi tulis lengkap.

Dalam banyak-banyak tu ada sorang komen, "Eh..muka sama la..dah jodoh..."

Kenapa mesti ada "Eh.."? Kenapa mesti muka sama ada jodoh..? Muka tak sama bukan jodoh?  Orang-orang tua mana cakap macam tu? Supaya dapat anak ikut muka dua-dua?

Takkanlah nak kahwin dengan kakak sendiri..

Yang ni lebih baik ikut muka mak tak kira laki ka perempuan

Cereka: Kisah seorang Dahlan (2)


"Dahlan, you nampak pelik kalau simpan misai. I tak suka. Lagipun I geli." kata Orkid.

"Tapi kalau cukur, nampak macam pondan." MatHusin terus cantas.

Dahlan dengan sepantas kilat terus terbang ke Guardian beli shaver. Terlupa nak tukar baju. Tapi nasib baik Orkid tak nampak.

Laju sangat. 

20110123

percaya

"Before he came down here, it never snowed. And afterwards, it did. If he weren't
up there now, I don't think it would be snowing. Sometimes you can still
catch me dancing in it."
Kim Boggs

Masa sekolah asrama dulu, sekurang-kurangnya seorang akan handal menggunting rambut dalam setiap dorm. Selalunya upper form. Caj yang dikenakan hanya seringgit dengan risiko telinga tergunting sama. 

Kalau budak-budak lower form nak potong kena dua ringgit. Sekurang-kurangnya lebih murah dari luar sana yang sekitar 3 ringgit di Alor Setar yang ketika itu belum lagi mencapai status bandaraya. Belum kira tambang bas dan nak beli air tebu buat menghilangkan kering  tekak. 

Nak kelihatan kacak ni kosnya boleh tahan juga masa tu.

Lower form kalau ada yang terror gunting rambut pun belum mahu menunjukkan kehandalan. Nanti tak pasal-pasal kena bagi perkhidmatan percuma. Tak pun kena gunting bahagian yang pelik-pelik.

Nak ke kedai mamak bukan kerja senang. Nak mempertaruhkan imej dan nyawa kita di tangan stranger. Gunting di kepala, pisau dekat tengkuk. Senang-senang saja nak potong urat merih. Senang-senang saja dia nak buat sideburn yang tak kemana tu jadi bentuk tirus dan tajam.

Fesyen pelik mana boleh masa sekolah. Kalau sideburn nak macam tu punya gaya, macam mana cikgu sains yang suka menarik sideburn nak meneruskan hobinya? Takkan dia nak tukar jadi suka tendang perut pula.

20110121

Jumaat

Dengar khabar Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini meriah sampai ke petang. Inilah yang bagusnya negeri yang cuti hari Jumaat. Boleh mengimarahkan masjid.

20110120

Cereka:Kisah seorang Dahlan

Ahli perniagaan berumur 28 tahun

Sejak kecil lagi Dahlan dikurniakan fikiran yang cerdas dan ramai orang mengatakan yang masa depan Dahlan secerah matahari. Semasa di sekolah rendah, Dahlan selalu menerima hadiah semasa hari penyampaian hadiah sekolah setiap tahun. Memang benar Dahlan bersekolah luar bandar dan hampir separuh murid masih belum mahir 3M tetapi dengan markah keseluruhan yang sedemikian rupa, Dahlan masih boleh menerima hadiah walaupun bersekolah di kawasan bandar.

Ketika di sekolah menengah Dahlan diterimamasuk ke sekolah berasrama. Dahlan tidak lagi mendapat hadiah tahunan memandangkan hampir kesemua murid mahir 3M. Walaupun begitu, Dahlan masih dikategorikan sebagai pelajar harapan. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang peperiksaan sekolah menengah, Dahlan dihujani dengan pelbagai tawaran melanjutkan pelajaran ke puncak menara gading. Dahlan terima satu tawaran dengan hati yang girang.

Selepas beberapa bulan, kemahiran 3M Dahlan telah berubah daripada membaca,mengira dan menulis menjadi mencarut,menonton cerita lucah dan melukakan hati gadis-gadis yang kurang cantik. Dengan gadis-gadis cantik selalunya Dahlan yang terluka. Kehidupan Dahlan semakin huru hara. Dahlan selalu terminum air yang ada semut.

Setelah sekian lama bergelumang dengan kacau bilau, Dahlan menerima surat daripada bekas penaja pengajian untuk menghadiri sesi motivasi. Walaupun Dahlan sudah ditamatkan tajaan pengajian, namun pihak penaja tidak melupakan Dahlan. Di samping surat jemputan motivasi untuk menghadapi alam pekerjaan, pihak penaja turut menghantar surat peguam untuk pembayaran semula sepanjang Dahlan ditaja selama setahun dua bulan. Daripada anak emas penaja, Dahlan menjadi anak tiri dalam sekelip mata kerana dugaan dunia.

Setelah mengharungi beberapa sesi motivasi, tibalah masa seorang ahli perniagaan untuk memberi ceramah. Beliau bukan seorang pakar motivasi tapi dengan memiliki aset cair sebanyak RM 3juta pada usia 28 tahun, pengalaman beliau wajar dikongsi dengan anak-anak muda. Ahli perniagaan tersebut tidaklah sekacak mana. Berkepala botak licin, mata besar menyorot ganas, berbibir nipis dan tidak memiliki telefon pintar. Beliau menceritakan yang beliau amat terhutang budi kepada kekasih hati beliau ketika di sekolah rendah yang kini sah menjadi isteri beliau yang memberi galakan tanpa mengira jemu. Tambahan pula wang memulakan perniagaan dipinjam daripada isteri beliau yang ketika itu belum menjadi isteri yang sah. Berjumpa dengan ibu bapa pun belum lagi.

Sebagai ahli perniagaan yang amat yakin dengan kemampuan diri, beberapa ayat berkeyakinan tinggi terpacul dari mulut beliau."Kalau isteri aku suruh pilih antara kerjaya dan dia,aku akan pilih kerjaya. Tapi kalau dia tanya 12 tahun lagi,aku sudah tentu akan pilih dia. Aku dah pencen dan bergelar datuk wira setia mahkota pada masa tu".

Dahlan terpengaruh. Dia teringat Orkid,gadis manis jiran sebelah rumah. Dia mahu Orkid menjadi sumber inspirasi. 

Tetapi sebelum itu, Dahlan harus singgah ke kedai gunting rambut untuk membotakkan kepala.

2011:Dahlan yang tak jadi cukur kepala bersama-sama Orkid.Dahlan jadi superhero terkenal.

20110119

tepi kain

Pesan orang tua-tua, jangan jaga tepi kain orang.

Kalau tak ambil tahu hal orang lain, apa yang nak disembangkan masa sesi teh tarik.  Pengetahuan am perlu dikemaskini.
 
Nak berbincang hal ehwal agama jauh sekali. Ibarat meludah ke langit walaupun mungkin dapat pahala sekupang dua berkongsi ilmu agama. Cerita pum pang pum pang, mengamalkannya tidak.
 
Isu negara pula hanya sesi maki memaki. Keluar saja satu isu semasa, tangan kira nak tumbuk meja. Mulut dah penuh air liur nak meludah.
 
Lebih baik bercerita tentang si folan yang ada kena mengena dengan ahli-ahli sesi teh tarik.  Tambah pula kalau tentang rakan pejabat, bos-bos, janda-janda muda dan sebagainya.
 
Bila bercerita sudah tentu akan ada ajinamoto. Sedap pula. Takkan tak pasang telinga. Takkan nak sms awek-awek yang belum tentu akan reply tengah-tengah malam buta. Henpon pula koman nak mampus tak boleh tweet.

Kalau kena gaya, gadis-gadis terdedah dada dan paha yang lalu lalang pun tak diambil peduli. Agak-agak tak puas hati dah pukul 3 pagi, sambung malam esok pula. Tambah korum. Mana tahu dia punya ajinamoto lagi umphh..

20110118

sukan

Australia 2011

Masa mula nak berjinak-jinak dengan tenis dulu, rasa teruja memang menggunung. Tambah pula tenis ni bukan jenis sukan macam badminton yang boleh guna pagar rumah.

Masa tu tak boleh baju warna warni macam sekarang. Sekolah tak bagi. Boleh pakai baju putih dengan seluar hitam saja.

Stretching dan warm up tak payah cerita. Orang lain kira sampai lapan aku kira sampai dua belas. Selagi otot tak terasa tegang, sambung kira sampai dua puluh.

Dah tak larat nak berjinak-jinak, aku givap. Bakat lebih ke arah baseball.

20110117

sentimental


Semalam adalah harijadi adik bongsu yang ke 22. Semalam juga sambutan keputeraan Sultan Kedah yang entah ke berapa.

Secara fitrahnya, aku jarang bagi hadiah berdasarkan kejadian peristiwa. Ok,ini adalah ayat orang yang kedekut dan tidak sentimental. 

Tapi ini adalah fakta. Seingat aku sejak 5 tahun yang lepas, aku hanya bagi hadiah harijadi kepada dua orang saja termasuk adik bongsu.

Dengan ibu dan ayah, aku belanja makan saja. Dengan orang lain,aku ikut trend sekarang, wish dekat fesbuk saja. Dengan adik beradik dan orang lain yang agak rapat, aku sms.

Seperti warga kota yang lain, aku dan adik bongsu jarang berjumpa. Sejak 10 hari lepas, dalam 5 hari juga kami berjumpa. 

Adik bongsu cakap tak berhenti. Banyak cerita.

Aku anggap itu hadiah harijadi.

[,]

"dari rumah abang nampak KLCC? kalau tak nampak tak kira orang KL"

[,]
Pernah bagi buku, coklat, cerek elektrik, pita ukur,butang baju melayu, hasil seni dan sebagainya bukan sempena harijadi.

20110116

kerja


Dulu masa kerja hospital, semua orang ingat aku seorang doktor. Mengiyakan pun tidak, menafikan pun tidak. Bukan berniat menipu cuma memanipulasi keadaan semasa.

Pernah sekali tengok pekerja farmasi yang pegang ubat-ubatan dengan tangan tanpa sarung. Sekadar boleh senyum saja. Complaint nanti ada pula datuk-datuk yang bekap. Maklumlah pekerja kerajaan.

Baru-baru ni terdengar ada pekerja sajian masak nasi tak basuh beras. Orang atasan ternampak. Langsung tak senyum terus bagi notis berhenti 24jam. Maklumlah pekerja swasta.

20110113

lilin

Tiba-tiba rasa nak jadik cikgu. Cikgu kimia yang tidak bias dan baik hati. Bukannya ramai yang tak sedar yang profesion guru ni sungguh mulia.







#gambar fesbuk

permainan tidur


Deirdre Barrett, Ph.D melalui kajiannya menyatakan kebanyakan perkara - matematik, penggubahan lagu, dilemma - boleh diselesaikan ketika bermimpi.

Ada orang cakap - dia tak ada Ph.D - perkara-perkara yang masih belum selesai ketika kita berjaga akan bersambung ke alam mimpi.

Kecuali malam tadi yang diulit mimpi indah, malam-malam lain sejak beberapa minggu sudah kebanyakannya dihantui mimpi seram dan dahsyat.

[,]

Dah lama tak baca Al-Quran.

20110112

batuk sejuk

Jumpa doktor Klinik Kesihatan Presint 9 dua tahun yang lalu ,perasaan kagum menjelma. Maklumlah klinik di desa tak berapa nak canggih dan teratur macam tu. 

Tapi tak semuanya bagus. Walaupun klinik di desa kadang-kadang hanya dirawat oleh pembantu perubatan sahaja, tapi layanan diberi dengan senyuman. Klinik presint 9 haram tak tengok muka.

Poliklinik swasta 4 hari lepas lain pula cerita. Dah cakap batuk sejak 2 minggu, haram tak suluh anak tekak. Main tulis ubat terus. Bela hantu gamaknya.

Lepas telefon emak tadi, terus ke farmasi beli ubat batuk cap ibu dan anak.

20110111

seluar dan keretapi

Kerajaan asyik puji dan kagum dengan kesempurnaan MTR Hong Kong. Tak taukah mereka yang anak-anak muda sekarang mendambakan kehebatan New York dan London? 

LRT Kuala Lumpur kalau nak anjur benda-denda macam ni pastikan syarat penyertaannya termasuk perempuan berumur bawah 35 tahun memakai G-string.

20110108

kacip

Ada banyak tahap keakraban. Ada yang setakat angkat kening dan senyum bila jumpa di tengah jalan. Ada yang boleh kita bagi nombor telefon peribadi dan ada pula setakat nombor telefon syarikat. Ada yang kita boleh ajak ke rumah setakat pintu pagar dan ada pula boleh diajak  bermalam. Ada yang boleh add fesbuk dan ada pula sampai bagi password fesbuk. ada yang rapat untuk pillow talk dan ada pula setakat sesi teh tarik. Ada yang rapat sampai boleh tolong order makanan kegemaran dan ada pula sampai tolong suap.


[,]

Nyanyi bukan main sedap tapi salah pula...effort yang penting.

20110107

kesilapan yang jujur



Honest mistake. Dah lama tak dengar perkataan ni. Mungkin dah lama tak buat sebab tak balance. Honest semakin kurang. Mistake pula semakin banyak.

20110106

manis (2)


Dah nak dekat seminggu. Belum ada benda-benda manis. Kamon 2011..Kamon...!! Takkan sejarah akan berulang kot.

perangai (2)


Dengar lagu frust adakalanya amat mengasyikkan. Tapi kalau kita dengar seseorang tu selalu nyanyi lagu yang sama, siap dengan tulis lirik atas sticker note, ia jadi membimbangkan. Suicide note kah..??

[,]

Tengok Criminal Minds banyak kali memang tak membosankan tapi bila nak mula musim baru ni...?? Argghhh..JJ pulak nak berhenti.

20110104

perangai

You are the average of the 5 people you spend the most time with.” ~Jim Rohn~
Terasa banyak perubahan sejak jadi warga kota. Perangai dah berubah sikit. Gaya hidup tak payah cerita. Tengah buat list kenalan dan rakan-rakan lepak sejak 5 bulan lepas. Kebanyakan lelaki dan boleh dibawa berunding. Tertekan juga perempuan tak sampai 20 peratus. Memang anti-sosial.

Tapi ada peningkatan dari 5 bulan sebelum tu. Tolak rakan sekerja dan serumah, perempuan baru kenal hanyalah 5 orang. Itu pun pasal group yang sama. Seperti biasa belum ada nombor telefon. Ada seorang tu dah kenal setahun dan masih berjumpa pun masih tak ada nombor. Dia cantik macam Robyn Sherbastsky.

Bukannya tak boleh dapat cuma perangai tak minta nombor kontek ni masih menebal sejak dulu. Kalau perangai ni dah boleh ubah, dah boleh buka fesbuk  5-6 bulan sekali dan twitter yang ada 3 follower tu saja. 

Fesbuk hanyalah untuk tengok gambar dan invitation. Twitter untuk jimat credit.


[,]
 
Online buddies tak kira dan rakan serumah tak ada perempuan.Mungkin lebih dari 5 cuma tak cantik ingat.

20110103

pelancong

Lelaki serabut dan perempuan elegen
Ketika ini, mengikut mata kasar aku, Angelina Jolie bukanlah perempuan paling cantik. Tapi bila dia selalu sangat bergerak perlahan dalam masa dua jam, mata susah pulak nak berkelip.

Ada dua tiga scene yang sangat aku suka. Mengingatkan tentang realiti hidup aku.

20110101

satu



2010 banyak yang tawar dan pedih kecuali satu.

Lepas tengok bunga api dari jarak 2 hingga 3km semalam, terdengar satu suara lembut, "kalau ada aktiviti weekend ni,ajaklah..yang tak melibatkan duit."

Ini selalunya dan sepatutnya ayat aku.