20120320

barang baik


Baru aku perasan. Masa sekolah dulu aku hebat jugak. Macam atlit terkenal. Kasut ada nama bukan sebab duduk hostel takut kasut hilang tapi memang hebat.

Sekarang kualiti hidup dah berkurang. Dah takada kasut yang ada nama sendiri. 

20120315

barisan

Sayangkan anak tinggal-tinggalkan. Mungkin sebab itu seorang ibu yang tak berapa nak muda tinggalkan anak kecilnya di dalam bakul betul-betul di belakang aku sebagai marker barisan sedang dia sibuk mengisi borang keluar duit ASB.

Aku harap dengan setem yang naik harga paling murah 60 sen tu pejabat pos boleh laburkan sedikit untuk repair mesin angka giliran cawangan mana-mana yang rosak. 

Terpijak budak kecik ni langsung tak menyeronokan. Tak macam kalau amoi muda yang manis nak pijak belakang kita.

20120312

gagak mengejar rama-rama (13)


Di tempat aku berkerja, mujur kalau dapat lunch modal bawah RM7. Teh ais pun dah dua ringgit.

Sebelum ni aku tak dapat fikir tentang sesiapa yang boleh buat aku sanggup redah 35km satu hala ke arah ibu kota pada waktu tengahari mendung dan bayar parking RM7 semata-mata untuk lunch sejam bersama.

Sekarang dah tahu dan sanggup buat lagi esok. 

20120308

hujan


Aku yakin musim kenduri kahwin dah nak dekat. Aku yakin jugak bomoh-bomoh hujan sedang sibuk berjampi serapah tolak hujan ke kawasan lain. 

Bomoh hujan kawasan rumah aku tak power sangat. Mampu tolak hujan ke waktu malam saja.