Lagu yang paling sedap sekali kat dunia masa kini adalah KRU - Apa Saja. Lirik yang sungguh bagus.
20111031
20111021
lingkungan
Tolak SMS hari raya, rekod paling ganas adalah 5 orang perempuan aku text benda yang sama serentak. Entah bagaimana boleh synchronise cerita dengan 5 orang dari cycle yang berlainan.
Sejak seminggu ni makin kerap pulak perempuan-feveret-sejak-dulu dan mak call. Berselang seli. Dua-dua berpesan macam-macam.
Perkara menakutkan kalau dapat call serentak. Tak pernah lagi nak bercakap dengan perempuan-perempuan serentak dari cycle berbeza.
Mungkin patut disatukan cycle mereka berdua.
20111015
20111012
promosi(1)
Tengah sibuk terketar-ketar sakit perut, tiba-tiba ada orang call nak jual insuren untuk kanser usus.
Jumpa dokter, dia suruh buat urine test. Pregnant gamaknya.
Jumpa dokter, dia suruh buat urine test. Pregnant gamaknya.
20111010
20111009
jujur
Ada terdengar kumpulan yang pernah popular buat konsert di ibukota Jumaat lepas. Tak berminat nak tahu kisah selanjutnya.
Mungkin negara kita ditakdirkan untuk tidak menerima orang luar buat konsert hebat. Rasanya takkan ada respon seperti ini sampai bila-bila.
20111007
menteri perdana
Beberapa tahun lepas bila tanah bukit asyik runtuh, menteri kerja raya masa tu senang saja jawab dengan slang indianya " Tuhan alah marah, menteri pun tak boleh lawan."
Perbentangan Bajet 2012 hari ini diiringi guruh di langit. Semoga hujan rahmat yang turun lepas ni.
Hati dah berdebar.
20111005
20111002
nipis
Selalunya dengar orang mintak teh o nipis saja. Tadi tiba2 saja kecoh ada paklong mana tah marah sebab dapat nescafe yang kaw. "Mana ada orang minum nescafe pekat..!!" katanya.
Mungkin dia dah biasa minum air pasar malam. Kalau dia ke kedai kopi mahal, kalau dia komplen jugak, dia memang hero..
Langgan:
Catatan (Atom)