20140608

gagak mengejar rama-rama (22)



Kedua-dua perempuan feveret mempunyai gaya ucapan "Goodbye" yang sama. Manja.

Kalau bercakap dalam telefon, benda ini yang paling aku ingat,bukannya "Hi"
Ini bukan sesuatu yang bagus.

Baru-baru ni jumpa perempuan-feveret-yang-baru. Dia cakap "Goodbye" sama macam dalam telefon.

Mengingatkan tentang sesuatu.

20131013

Yakin


"Madinah surprisingly lebih sejuk dari KL"
Beberapa bulan lepas aku cuba berkongsi pengalaman.Lebih kurang bulan Mei.

"Sekarang kat sana bukan musim panas.Tunggu bulan 7,8 nanti mau tau la."
Rakan A membalas.

"Madinah jauh dari khatulistiwa. 24°di utara. KL 4°"
Rakan B lebih educated.

"Pasal dekat dengan Syurga"
Perempuan-feveret-sejak-dulu.
Dengan nada penuh yakin.

20131011

gagak mengejar rama-rama (21)



"Orang kata, kalau nak tau kita ni mulititasking ka tak, cuba kencing dan berak serentak" Aku cuba berkongsi pengetahuan.

"Tangan kiri dukung anak sambil memasak, mata tengok tv kadang-kadang jeling ke resipi dan bercakap telefon dengan loudpseaker.Makanan sedap dan baby diam.Itu baru betul multitasking."
Perempuan-feveret-sejak-dulu jawab selepas terdiam dalam 5 saat.

"Perempuan saja boleh buat ni" Tambah dia lagi.

20130324

imej(6)



Rupa-rupanya kalau nak ke mejelis makan-makan malam anjuran kaum Cina,kena sampai sebelum pukul tujuh, cukup sekadar pakai t-shirt tidak berkolar dan seluar bermuda.

Mejelis sepatutnya 6 petang hingga 11 malam.

Sampai pukul 830,makanan hampir tinggal sisa dan awak seorang saja paling hensem pakai kemeja berseterika.

Tak ada orang bagitau.

20130306

semua orang boleh terbang (1)


Aku jarang-jarang sekali naik kapal terbang. Bila dah naik,aku ingat hampir segala details.

Pernah naik dengan tiket RM49 yang disambut oleh 3 pramaugara dan seorang permaugari.

Baru-baru ni dengan harga RM29 saja aku dilayan oleh 3 pramugari manis dan seorang saja pramugara. Destinasi sama.

Dengan ini,aku berikrar hanya aku naik jika tambangnya dibawah RM49. Lebih nilai untuk wang.

20130207

Aneh


Pagi tadi terlihat permandangan yang aneh. Dua orang anak muda menelaah pelajaran menggunakan sketch book di cafeteria. Ada peta minda. Tiada i-Pad mahu pun laptop.

Aku mendoakan mereke lulus cemerlang.

20121227

gagak mengejar rama-rama (20)


Di pejabat ada majlis bertukar-tukar hadiah sempena akhir tahun dan musim perayaan. Entah berdosa atau tidak.

Sedang asyik mencari hadiah yang sesuai,aku terjumpa satu barang yang menarik.

Aku beli untuk perempuan-feveret-sejak-dulu.

20121224

Api Lama


Secara jujurnya aku rasa tak ada yang mampu menandingi perempuan-feveret-sejak-dulu.

Tetapi sebulan yang lalu, jumpa childhood sweetheart setelah berbelas tahun tak dengar khabar berita. Kebetulan dapat seat bersebelah.

Pramugari langsung tak nampak menarik. 

Sejam bersama di langit biru. Syurga.

20121107

Wordless Wednesday:I AM Nikon


20121030

(1)عيدالاضحا


Memandu pulang ke ibu kota selama 14jam ada rekod peribadi yang tak harus diulangi atau dipecahkan sama sekali.

Perjalanan selama 14jam pada musim sekarang sepatutnya hanya untuk ke kota suci menunaikan rukun ke 5.

20121025

keselamatan (1)



Membuang duri, batu dan halangan di jalanan besar pahalanya. Memudahkan orang yang lalu lalang.

Mengambil batu di jalanan dengan tujuan baling untuk merosakkan kamera AES pun memudahkan perjalanan tapi pasti pula balasannya bagaimana.

20121014

imej (5)


Dari segi gaya, susuk tubuh, keringat yang mengalir, ketenangan dan kesungguhan ketika panaskan badan tak kalah kalah nak dibandingkan dengan orang yang kerjanya atlit sepenuh masa yang boleh mencetuskan rasa gerun di hati lawan.

Tetapi bila melihat keputusan pertandingan, lain pula cerita. Tambah pula waktu itu baju sudah melekap ke tubuh yang menonjolkan sesuatu yang kurang enak di lihat.

Baru-baru ni di sebuah pusat membeli belah di kampung, ada perempuan yang masih hijau bertanya" Abang beli punching bag kat mana?"

20120913

gagak mengejar rama-rama (19)


Baru-baru ni aku ambil barang bagi pihak perempuan-perempuan feveret. Terpaksa buat penipuan tidak terancang.

Malang sekali fake signature pada surat kebenaran langsung tidak menggambarkan keanggunan,pesona,lekuk indah,keayuan,kesopanan dan ke'goddes'an perempuan-perempuan feveret.

Perkara ini tak sepatutnya berlaku.

20120906

gagak mengejar rama-rama (18)



Masa tengah belajar dulu mak pesan, "kalau berkenan dengan sapa-sapa, bawak balik rumah mak.Jangan bawak balik ke rumah bujang."

Dua minggu lepas buat pertama kali di rumah mak, "Mak.. ni perempuan-feveret-yang-baru.."

Perempuan-feveret-sejak-dulu yang ada di sebelah dah diintroduce awal tahun. Mak masa tu mungkin sudah ketar kepala.

20120903

gagak mengejar rama-rama (17)



Janggal rasanya berada di dalam kedai jual cupcake. Tak biasa.

"You nak makan cupcake?"perempuan-feveret-sejak-dulu tanya. Dia pakai baju yang aku suka tengok dia pakai.

"Lelaki makan cupcake ka?"

20120827

fitrah (2)


Aku tak pernah menafikan kesetiaan Lina Jobstreet yang bertungkus lumus berusaha mencari peluang untuk aku mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mungkin dia sangat lawa dan aku pulak buat-buat tak peduli.

Cuma yang aku kesalkan, tak sekali pun dia hantar kad raya walaupun dah bertahun dia ada alamat rumah aku.

Setakat hantar email puisi raya tu, ketulusan tu tak nampak sangat. 

20120824

fitrah (1)


Sebelum ni kalau nak bagi petua orang datang ke rumah kena guna landmark pokok-pokok,lubang-lubang mana nak kena elak masa drive,tunggul kayu,busut anai-anai dan sebagainya.

Sekarang ni dah advance. "jalan stret sampai jumpa trapiklait,kona kanan stret sampai jumpa masjid.rumah aku dekat-dekat situ.."

20120822

fitrah


Kata seorang pendakwah tersohor rancangan Tanyalah Ustaz pada pagi raya ketiga, cara yang betul untuk meminta maaf adalah menyatakan kesalahan kita ketika meminta maaf kepada seseorang.

Maknanya yang aku selalu hantar sms send to all tu tak berapa nak betul lah caranya.

Pantun dua kerat ciptaan sendiri yang masyhur dan tulus tu terpaksalah jadi pantun sekerat setengah mulai tahun depan. Bahagian maaf tu terpaksa buang.


20120815

Diari Ramadhan (16)


"Kakak ada kat mana?"

"Dah on the way balik ni..sorry lambat habaq..kalut tadi.."

"aik..kata nak balik petang esok..rini kerja kan.."

"Bos outstation kat algeria.."

20120812

Diari Ramadhan (15)


Sejak seminggu dua ni,kalau waktu berbuka ada bola tampar pantai wanita. Waktu sahur pula ada tunjuk bola tampar wanita. 

Belum lagi nak tengok acara terjun wanita yang masyhur itu.

Seminggu terakhir puasa saja kurang gangguan.