"Just follow the neon light. You'll never lost in KL at night. Ignore the signage"
20100926
20100925
Masjid di kota
Pernah bersolat Jumaat disini dan bayar zakat fitrah
Dulu aku prejudis bila tengok orang makan di luar masjid ketika khutbah di kota. Di kampung tiada situasi ini. Negeri kami mengiktiraf penghulu segala hari sebagai hari rehat dan hari beribadah. Hanya ada budak-budak dan orang dewasa lepak di luar masjid bersembang hal dunia.
Tapi tidak lagi kerana pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dia sudah berada di kawasan berdekatan masjid dan berpeluang mendengar sayup-sayup suara khatib.
Aku pula masih terhegeh-hengeh ke masjid sambil bersangka buruk.
Semalam tumpang rakan sekerja ke masjid. Disebabkan masih awal, aku makan di gerai luar masjid.
Dengan posisi sila panggung di atas kerusi plastik yang tiada penyandar, kebanyakan yang makan di situ khusyuk makan dengan berjemaah dan penuh displin. Tak peduli dengan orang sebelah dan berselera walaupun mengadap longkang.
Selesai makan masuk masjid pun masih belum azan. Ada seorang keturunan Arab di saf hadapan sedang membaca ayat-ayat suci menggunakan pembesar suara dengan sepenuh hati.
Selesai solat Jumaat,panik pula sebab kereta kena blok dengan gerai yang baru dibuka entah bila. Sangka buruk datang kembali kerana dia takmau ubah tapi akhirnya faham dengan situasi.
Telefon rakan lain dan segalanya selesai.
Kalau masih di kampung pengalaman sebigini memang tak ada. Tambah pula ada yang jual ubat enlarge your penis di luar masjid. Peminta sedekah profesional tak larat nak kira.
Hijrah memang membawa perubahan.
I am Muslim
Kerana kita selalu lepak orang yang bukan Muslim tak semestinya kita akan terpengaruh dengan agama dan cara hidup mereka. Adakalanya kita akan menjadi lebih baik dan cuba memahami agama dengan lebih mendalam.
Sebagai golongan minoriti di office, mahu tak mau terpaksa juga bergaul dengan mereka. Dan bila masuk topik Islam, pecah peluh juga nak explain.
Mereke golongan profesional dan educated. Takkan nak jawab tanpa hujah dan fakta walaupun sambil gelak-gelak. Walaupun tak alim dan warak, sekurang-kurangnya nampak macam ambil berat dengan agama dan cara hidup sendiri.
Sedar diri tak fasih bahasa Inggeris, cuba terangkan dalam bahasa kebangsaan. Malang sekali adakalanya gagap juga kerana kurang keyakinan diri. Bila jadi begini, bukan setakat nak berdakwah, nak defend hukum agama pun belum tentu.
Beberapa bulan lepas aku pergi Dogathon di UPM. Ya betul. Pertunjukan anjing. Pergerakan agak terbatas kerana tak biasa dan tak pernah berada di lautan anjing.
Di sebuah booth, seorang rakan explain dengan seorang auntie bukan Muslim bila dia cakap seorang perempuan Saudi membiak anjing di rumahnya,
Terkejut juga dengar macam tu tapi nak counter tak reti pula pada masa tu. Dah balik baru terfikir. Sesuai dengan fitrah diri sendiri yang kurang bercakap dan ambil masa untuk berfikir."Our country is using the toughest mazhab. We can touch dogs and keep as pet but then ,only certain angels not all,won't be in our house."
Sepatutnya tak boleh cakap toughest, lebih baik guna thorough, detail ataupun considering worst case scenario.
Tak nampaklah Islam ni membebankan dan memang tak pun.
[,]
Harap-harap student veterinar yang terpaksa bergelumang dengan najis Mughollazoh tu bersucilah dengan teliti.
[,]
Pagi tadi jogging di sekitar kejiranan dengan penuh kegusaran. Anjing-anjing jiran sibuk nak join sekali.
[,]
Alangkah bagusnya kalau aku boleh jadi begini.
20100924
Pencuri tak peduli
Sekarang dah macam musim. Banyak pula link video cctv dalam Facebook dan blog rakan-rakan tentang budaya baru rakyat Malaysia sekeluarga.
Walaupun barang runcit,tapi besar-besaran pulak tu. Sampai boleh bukak kedai runcit baru.
Yang hairan tu hampir ksemua guna tektik kangkang dan kepit Dan terlalu asyik sampai tak perasan kamera cctv.
Kalau miskin sangat pun takkan sampai nak curi susu anak. Baju sendiri nampak macam mahal.
Langgan:
Catatan (Atom)



