20101003

Simpang siur

Sebagai lelaki desa yang jarang-jarang ke kota sebelum ini, pengetahuan tentang jalanraya di sini adalah terhad.  Kecuali jalan ke tempat kerja.

Segala-galanya pantas dan wajib membuat pusingan U atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kalau tersalah simpang, dah semakin jarang sebab selalu guna jalan yang sama. Tapi sebab selalu guna lebuhraya dan jalanraya berbayar, pusingan U tak dapat dielakkan.

Orang kota menggunakan jam dan minit sebagai unit masa. "Dekat saja ofis aku, dalam 20 minit."

Aku masih menggunakan budaya desa."Ofis 22km dari rumah."

Lebuhraya Damansara Puchong pada pendapat aku,dan pendapat orang lain juga aku pasti, patut dihapuskan tol atau dinaiktaraf setaraf dengan penindasan terhadap rakyat. 

[,]

Seorang teman telah meminjamkan GPS. Aku tak biasa guna dan tak mampu nak beli.

'Ingat rally Dakkar ka guna peta.." kata mereka bila aku cakap situasi aku.

"Risiko sesat dan risiko mati di kota hampir sama." Aku jawab mudah.

Minggu lepas tunjuk tempat yang salah. Pagi tadi suruh aku ikut jalan kontra. Nasib baik tak mati.

Kolam


Sama seperti minggu-minggu yang lepas. Kalau menang malam ni boleh potong Blackpool. Tapi sokong tetap sokong.

20101002

Pujuk rayu

Bagaimana saya berjumpa..
Entah macamana nak terus bekerja dalam bidang ini. Nak ajak si dia jumpa pun sukar. Jual murah pun taknak beli.

Inikan pula nak minta stranger mengambil risiko berpuluh ribu untuk membeli barang yang aku sendiri tak pasti.

Nak rancang berjumpa stranger buat kali pertama pun dah panik tak tentu hala. Belum lagi  ketika nak memulakan bicara.

Tempoh percubaan beberapa bulan harapnya akan dapat mengubah diri. Banyak sasaran perlu dicapai dan terlalu banyak perkara perlu difahami.

Tapi tentang si dia, aku faham serba sedikit.

Meminta pada yang ada..

Di saat-saat poket yang semakin menipis, ramai yang bagi nasihat,"Masak kat rumah la wei..sep duit.Aku dah 3 bulan tak dinner kat luar."

Tapi memandangkan gaji mungkin akan masuk Isnin, aku rindu pula dengan orang pernah meminjam.

Aku dah sesak ni, walaupun tak termasuk dalam kategori 'sangat'. Macam masa engkau senyum-senyum buat janji manis dulu.

Aku bukan peminta.

Lelaki putih


Dalam usia yang belum pun mencecah 30 tahun, aku adalah antara yang tertua di dalam linkungan rakan-rakan pada siang hari. Tua..bukan veteran.

Sepatutnya dengan keadaan sebegini, teladan harus ditunjuk, kata-kata hikmat harus diucap dan bimbingan harus diberi kepada anak-anak muda yang lain.

Tapi ia tidak berlaku. Aku memilih untuk menjadi lelaki tua yang tipikal. Lebih suka menghampiri zina. Kalau dah semua perempuan-perempuan menganggap mendedahkan lurah adalah satu kemestian, seperti kata pepatah takkanlah kucing akan menolak ikan di depan mata.

Tapi sekadar menghampiri saja. Sebab aku rabun jauh.