20110214

himym


Ada seorang kawan cakap dia tak suka sangat nak dowload cerita dari internet. Tengok tv  adalah aktiviti balik dari kerja katanya. Nanti kalau astro tayang cerita yang kita dah download, kita dah mati kutu.

Aku rasa How I Met Your Mother dah sampai tahap Friends. Tengok banyak kali tapi masih boleh ketawa dan feeling sorang-sorang. Ada kisah yang refleks kehidupan sebenar tapi versi tv semestinya lebih cool. Selalunya aku rasa aku Ted Mosby. Semua orang perasan jadi watak utama kan. Kadang-kadang aku rasa macam Marshall dan ada sesekali macam Barney.

Sempena minggu penuh perasaan ni, aku remarathon HIMYM. Ada episode Vday.

[,]

Mak suruh sembahyang Maghrib dekat masjid malam ni. Join ceramah sekali kalau ada..

20110212

tak boleh


Beberapa mesej sudah ready dalam folder draft. Tunggu masa saja nak resend. Dah pernah hantar sebelum ni, bukan sempena hari sambutan apa-apa.

Perkataan-perkataan seperti kasih sayang, cinta, nafsu, selamat, hari, valentine dan ghairah langsung tak ada. 

Nak hantar hari ni pun tak apa. Tapi kalau hantar hari Isnin ni, penerima tu mungkin senyum lama sikit.

Kalau ini pun boleh mendorong kepada maksiat dan menghina agama, tak taulah orang berkuasa dalam agama-agama  tu macam mana dia berfikir. Macam-macam versi sekarang.

Aku sembahyang Jumaat tak pernah lagi join jemaah pecah-pecah dua imam. Kalau jumpa nanti ingat nak sembahyang Zohor saja. Masa belajar sekolah dulu ada orang cakap tak boleh. Dia tak berani la sebut haram. "Tak boleh."

Masa tu SPM pun belum lulus lagi.

[,]

 

20110211

buluh perindu

 

"Aku nyanyi live ni. Bukannya macam Shah Rukh Khan.." Terpaksa defend diri dengan setakat bakat yang ada bila kawan-kawan kutuk masa karoke. Kalau masuk studio confirm la lain bunyinya kan.

Mak di rumah beri komen lebih jujur. " Sedap betul lagu tu..."

20110209

gambar kebanggaan (2)

Siti and me
Gambar hiasan di atas dirembat dari frenster sendiri. Ada lagi rupanya frenster ni.  Ramai yang masih update. Nasib baik login guna emel yahoo messenger. Kalau tak dah tak boleh bukak dah. 

Aku sebenarnya jarang gambar berdua dengan perempuan yang bukan mahram ni. Sejak 10 tahun kebelakangan rasanya tak sampai 5 orang. Tak reti pula nak mintak bergambar berdua. Bila ada yang sudi tu memang rasa sentimental dan terharu sangat.

Tun Siti walaupun dah tak larat nak berdiri lama-lama tapi dia masih larat mengucapkan tahniah dan menyebut nama dengan lembut sambil tersenyum. Detik sebegini tak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Tapi sekarang ni sudah ada seorang kawan bernama Siti yang jauh lebih muda, bergetah, sopan santun, berjalan tunduk, bercakap benda-benda baik sahaja, mempunyai senyuman manis, lesung pipit di pipi antara nampak dengan tak nampak, ayu bila berbaju kurung dan pandai mengurut.

Kalau ajak bergambar berdua nanti adakah ia akan jadi the moment seperti gambar di atas..??

20110208

gambar kebanggaan

gambar penghargaan

Gambar mak terima pingat daripada sultan makin terkebelakang dalam kabinet kaca bila cucu kesayangan berkonvokesyen tadika tahun lepas. Dahsyat betul tadika zaman sekarang ada konvokesyen. 

Pingat tu biasa-biasa saja. Tak bawa apa-apa gelaran yang gah pun. Dulu tergantung di ruang tamu sekejap. Tapi tak manis pula pamer gambar mak senyum sorang-sorang ke arah lelaki lain.kahkahkah.

Kebetulan pula masa tu aku baru lepas konvokesyen, mak tukar gambar dia dengan gambar aku tengah sengih sorang-sorang ke arah perempuan lain.

Dalam kabinet kaca mak letak gambar anak-anaknya yang bergaya sopan. Gambar berjemaah dan gambar bersendirian.

Sejak raya puasa dua tahun lepas mak simpan gambar solo anak-anak dia yang masih solo dalam bilik dia. Mak kata bibik yang jaga maktok mintak nak balik tunjuk dekat orang kampung. 

Dia nak balik raya sebulan. Jangan kata emak majikan yang kejam. Kerajaan yang kejam kalau ikut telunjuk paksa naikkan gaji bibik.

Mak bimbang kalau bibik ambik senyap-senyap dan bawah jumpa bomoh Indon walaupun bibik agak warak.  Kalau selalu terdengar berita perempuan-perempuan Melayu lari ikut Indon ke Lombok, kali ini ada berita lelaki pergi ke Lombok tak reti nak balik. Bomoh-bomoh nusantara ni bukan boleh buat main.

Kerajaan kata dah habis banyak duit untuk Ops Piramid bawa balik rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Tempe mungkin takkan jadi kenyataan.