20100826

param

Makcik..buah melaka ni jual macamana?
Tak jual le adik..orang dah tempah semua..
Popia ni pulak..bagi singgit..??
Yang ni tak boleh..abang tadi nak ambik semua..
Hmmm...kalau macam tu..bagi serimuka dua hinggit...
Yang ni pun tak boleh..surau tempah nak buat moreh..
Habis tu apa yang boleh..??
Agar-agar boleh...dua singgit..

~Ramadan beberapa tahun lepas~zaman belajar di kawasan ilmiah~

[,]

Makcik..kuih tinggal ni saja??
Ya..ambik semua la..tujuh bijik singgit..

~Ramadan beberapa tahun lepas~zaman menganggur di desa~

[,]

Makcik..bagi nasik tomato satu..
RM6.50 je dik..

~Ramadan beberapa hari yang lepas~zaman bekerja di kota~

20100818

Warga kota

Sedang mengira duit. Minggu depan dah nak jadi warga kota.

Di kampung, masih ada kuih-muih yang dijual 4 seringgit lagi. Khabarnya di kota dah 2 biji seringgit. Air tebu di kota pun kabarnya RM3.50.

Segala perbelanjaan perlu diteliti. 

Kalau macam tadi,tunjuk 4 jenis lauk RM2 setiap satu dah boleh makan 3 beranak sehingga sahur.

Walaupun tadi ada pakcik yang cuba menipu kaut untung melampau. 
Dah sah-sah aku mintak seketul daging rendang tok dan dia pun bungkus seketul, tiba-tiba dengan konfiden cakap harga 2 ketul. Lepas tu pura-pura nak buka plastik chek balik.

Minggu depan RM8 tu mungkin sorang saja yang kenyang. Itu pun kalau tak sedap akan menyumpah pula. 

Di kampung makan berjemaah, terutama di bulan puasa, semua jadi sedap. Makanan pun licin.

Susuk tubuh aku yang seperti Russle Crowe ni mungkin akan bertukar seperti Ashton Kutcher tak lama lagi.

[,]

Kalau dikaji lokasi tempat kerja baru nanti, memang disaster tahap trafik jemnya. Selalu dengan info trafik kat radio macam tu la gayanya.

Tol tak payah cerita. Boleh buat beli nasik makan tengahari kat kampung.

[,]

Memandangkan akan ke ibu kota, sms telah dihantar kepada beberapa rakan sebaya dan yang lebih tua. 

Seperti dulu, kebanyakannya mengajak berbuka, minum di mamak selepas taraweh dan ada juga yang offer tempat berteduh.
Brotherhood tu masih ada.

Kalau aku sms ke rakan yang bertaraf sister, mungkin tindak balasnya hampir serupa.  BelanjaAjak berbuka, minum selepas taraweh dan offer cari rumah sewa.

Aku memang patut berubah jadi macam Ashton Kutcher kalau nak sms rakan-rakan sister.keh3.

dua minggu lagi buleh kot.keh3

20100817

Pasar ramadan

Etika berpakaian

Seorang teman tweet,
"Kat param, penjual jerit, "Yang lawa takyah bayar! Yang lawa takyah bayar!". Takut pulak nak pi beli, kot2 kena bayar, nanti hati pedih..."
Aku memang jahil street talk ni. Sejak bila ada istilah param ni. 

Yang si dia ni boleh pulak kurang keyakinan diri. Mungkin sebab makluk yang lain pakai pakaian dalam saja masa beli juadah.

20100816

Penduduk tempatan

Salam disambut dan tetamu diajak masuk tanpa dijamu air.

Pembanci yang datang usianya muda dan berkumis nipis. Mungkin masih belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. 

Aku rasa la sebab masa aku cakap pendidikan tertinggi aku ijazah sarjana muda kejuruteraan, dia pandai-pandai tambah mekanikal. 

Sebagai warga negara bertanggungjawab, aku suruh tukar.

Sampai bahagian kerja, dia tanya,
"Takkan abang tak kerja.."
"Tengah mengganggur. Minggu depan baru start kerja balik. Kerja di ibu kota."

Pembanci tersebut cakap  patut letak juga telah berkerja. Dan secara tak langsung pendapatan isi rumah kami bertambah kerana aku dah 'kerja'.

Aku keliru jugak.  Kalau aku dah kerja maksudnya aku tak duduk la di kampung ni dan aku patut dikira sebagai penduduk ibu kota.

Kalau aku suruh tukar nanti, aku tak dikira sebagai penduduk Malaysia pulak. Aku nak jugak merasa pembangunan  dan polisi baru kerajaan setelah bancian ni dah dikaji nanti.

Tapi berdasarkan pengalaman kerja sebelum ini,pengiraan begini kalau dilakukan oleh orang Melayu selalu cincai saja. Janji tempat kosong diisi.

Sekarang,setelah aku dikira sebagai penduduk kampung ni, harap-harap jalan besar kat depan cepat la sikit siap upgrade. Penduduk ramai nak guna.

Lagipun, aku telah memberi kerjasama yang baik untuk memastikan ahli keluaga aku dihitung walaupun mungkin ada sedikit kekeliruan.

Jangan bergurau



Jangan main-main dengan orang lapar. Buruk padahnya. Kepada sesiapa yang masih jual juadah mahal tu, fikirlah semula.

Jangan kerana untung seringgit dua, nanti muka lebam di pagi yang mulia.