20101129

sayang menyayang

Dua-dua pilih KLCC.Lepas tu dua-dua menangis.keh3
Aku join rombongan dengan misi yang tak kurang penting. Sesuai dengan tabiat aku diam tak berhenti, kawan aku bagi kamera. "Hang ambik gambaq sengap-sengap".

Tapi pasti samada prestasi aku bertaraf dunia atau bar yang diletak terlalu rendah.Gambar yang didelete tak sampai 10%. Tu pun pasal memori dah nak penuh. 

 Gambar-gambar ini bukan dari kamera aku. Berdasarkan trend semasa, sudah tentu ianya dirembat dari fesbuk. 

 

Ada banyak perkara yang kita rasa ingin berkongsi dengan semua orang. Namun adakalanya lebih baik kita tidak terlalu terbuka untuk menjaga air muka dan lebih banyak hati yang lain.

 

Dan dengan sebab itu mungkin kawan-kawan aku ni tak upload gambar aku. Nanti ramai yang tak puji, pedih pula hati fotografer.





20101125

jalan-jalan dan makan-makan

"If you're not gaining 2kg in two days, you shouldn't come to Penang again".
Hanya orang tempatan dan orang yang pernah rasa saja tau rahsia kegilaan ini. Kedai yang betul bukak pukul 10malam. Pukul 950 orang lain walaupun di tempat yang sama.

Cari pasal kalau beratur panjang tapi tak sedap. Tapi nak kata sedap sangat tu tak la. Faktor menunggu sejak 8.45 dan kena beratur tu yang buat jadi meleleh air liur pasal lapar.

a few good man


Bebarapa hari lagi Encik Pegawai akan menamatkan zaman teruna. bujangnya. Kami berkawan sejak kecil. Kecil di sini dari sudut usia dan susuk tubuh.

Encik Pegawai senang didekati dan baik hati. Orangnya cepat mesra dan suka membuat lawak tidak cerdik kadang-kadang. Tapi peduli apa kalau orang boleh ketawa.

Ketika dia tahu aku kesempitan wang, dengan sepantas kilat dia bertindak diiringi dengan sms "Aku dah transfer maybank2u." Tak payah mintak dan tak pula mintak balik.

Keakraban kami jelas. Cikgu kami pun cakap kalau ada Encik Pegawai tentu ada aku. Kemana dia pergi aku ikut. Kemana dia nak pergi dia ajak.

Walaupun susuk tubuh kami hampir sama, tapi sebagai pendiam , aku invisible. Dia buat aku disedari bila di khalayak rakan-rakan.

Aku berkenalan dengan bakal Puan Pegawai beberapa tahun lepas melalui frenster. Aku ajak dia buat fesbuk. Kami agak rapat di alam maya.

Encik Pegawai tidak sempurna dari beberapa sudut, seperti umat manusia yang lain. Puan Pegawai kadang-kadang mengadu. Katanya  "telling him without telling him". Aku kalanya aku secara tak langsung menyampaikan pesan Puan Pegawai ke Encik Pegawai tapi selalunya tidak. 

Ada juga sekali aku balas.."I akan di pihak Encik Pegawai walaupun dia salah."

Aku tahu mereka akan bersatu dan bahagia akhirnya.

[,]

Kesempitan wang sekarang. Takkanlah nak mintak dari dia untuk hadiah perkahwinan dia sendiri. Khabarnya ramai rakan-rakan dah declare hadiah nak bagi.

Aku ingat nak bagi stroller saja...tahun depan.



20101121

tolong menolong budaya kita

Semalam kawan aku tolong Retweet dR Rozmey. Aku pun cuba juga nak tolong dR Rozmey mencipta sejarah. Tapi bila check GSC online, hanya ada 4 orang saja yang sudi tolong tengok show pukul 9.

Aku sms ajak rakan sebaya makan sup.

[,]

SMS ini diterima tadi dari +6285215824

"Ni p'cik guna kad orng,tolng isikan p'cik topap RM30 di number baru p'cik ni no dia 0178343217,pasal p'cik ada kes di balai polis,Boleh tak cepat sikit kirim"

Cukup-cukup 1 page. Bajet baik punya. Heran pula pasal apa p'cik tak sebut nama aku. Mintak tolong dengan anak sedara dia yang lain sama kot.

masa

Kalau janji tengah hari tapi pukul 1030 orang tu dah call tanya bila nak sampai, memang nak kena tendangan percuma. Tengahari seperti yang kita sedia maklum bermula pada pukul 1200.

Kalau cakap nak bangun pagi, tapi pukul  0930 pun tak sedar lagi, patut juga kena tendangan percuma. Bangun pagi bermaksud sebelum terbit fajar.