20121227

gagak mengejar rama-rama (20)


Di pejabat ada majlis bertukar-tukar hadiah sempena akhir tahun dan musim perayaan. Entah berdosa atau tidak.

Sedang asyik mencari hadiah yang sesuai,aku terjumpa satu barang yang menarik.

Aku beli untuk perempuan-feveret-sejak-dulu.

20121224

Api Lama


Secara jujurnya aku rasa tak ada yang mampu menandingi perempuan-feveret-sejak-dulu.

Tetapi sebulan yang lalu, jumpa childhood sweetheart setelah berbelas tahun tak dengar khabar berita. Kebetulan dapat seat bersebelah.

Pramugari langsung tak nampak menarik. 

Sejam bersama di langit biru. Syurga.

20121107

Wordless Wednesday:I AM Nikon


20121030

(1)عيدالاضحا


Memandu pulang ke ibu kota selama 14jam ada rekod peribadi yang tak harus diulangi atau dipecahkan sama sekali.

Perjalanan selama 14jam pada musim sekarang sepatutnya hanya untuk ke kota suci menunaikan rukun ke 5.

20121025

keselamatan (1)



Membuang duri, batu dan halangan di jalanan besar pahalanya. Memudahkan orang yang lalu lalang.

Mengambil batu di jalanan dengan tujuan baling untuk merosakkan kamera AES pun memudahkan perjalanan tapi pasti pula balasannya bagaimana.