20100629

4:1! Jungs, we love you!



Dua hari sudah berlalu tapi sumber-sumber bacaan utama World Cup masih berkisar tentang kekalahan England berbanding dengan kemenangan Jerman walaupun ia adalah perkara yang sama.

Masalahnya bukan sekadar cerita dan analisis kekalahan tersebut,malahan rancangan masa depan sehingga 2014 pun ditekankan sama.

Individu dan kumpulannya yang sebelum kejohanan dicanangkan adalah pasukan terbaik untuk menang kebanyakkannya dianggap tidak diperlukan lagi selepas kempen kali ini walaupun segah mana nama mereka.

Sebelum ini,pembandingan antara individu dengan pemain pasukan lain pun mereka dianggap lebih hebat.

Walaupun perlawanan hebat selepas itu pun sekadar berita sampingan. Memang benar kebanyakannya adalah bias England kerana website British-based tapi nak baca Die Weil sepatah haram tak faham pula.

Sekadar melihat gambar dan buat tafsiran sendiri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan