20100826

param

Makcik..buah melaka ni jual macamana?
Tak jual le adik..orang dah tempah semua..
Popia ni pulak..bagi singgit..??
Yang ni tak boleh..abang tadi nak ambik semua..
Hmmm...kalau macam tu..bagi serimuka dua hinggit...
Yang ni pun tak boleh..surau tempah nak buat moreh..
Habis tu apa yang boleh..??
Agar-agar boleh...dua singgit..

~Ramadan beberapa tahun lepas~zaman belajar di kawasan ilmiah~

[,]

Makcik..kuih tinggal ni saja??
Ya..ambik semua la..tujuh bijik singgit..

~Ramadan beberapa tahun lepas~zaman menganggur di desa~

[,]

Makcik..bagi nasik tomato satu..
RM6.50 je dik..

~Ramadan beberapa hari yang lepas~zaman bekerja di kota~

20100818

Warga kota

Sedang mengira duit. Minggu depan dah nak jadi warga kota.

Di kampung, masih ada kuih-muih yang dijual 4 seringgit lagi. Khabarnya di kota dah 2 biji seringgit. Air tebu di kota pun kabarnya RM3.50.

Segala perbelanjaan perlu diteliti. 

Kalau macam tadi,tunjuk 4 jenis lauk RM2 setiap satu dah boleh makan 3 beranak sehingga sahur.

Walaupun tadi ada pakcik yang cuba menipu kaut untung melampau. 
Dah sah-sah aku mintak seketul daging rendang tok dan dia pun bungkus seketul, tiba-tiba dengan konfiden cakap harga 2 ketul. Lepas tu pura-pura nak buka plastik chek balik.

Minggu depan RM8 tu mungkin sorang saja yang kenyang. Itu pun kalau tak sedap akan menyumpah pula. 

Di kampung makan berjemaah, terutama di bulan puasa, semua jadi sedap. Makanan pun licin.

Susuk tubuh aku yang seperti Russle Crowe ni mungkin akan bertukar seperti Ashton Kutcher tak lama lagi.

[,]

Kalau dikaji lokasi tempat kerja baru nanti, memang disaster tahap trafik jemnya. Selalu dengan info trafik kat radio macam tu la gayanya.

Tol tak payah cerita. Boleh buat beli nasik makan tengahari kat kampung.

[,]

Memandangkan akan ke ibu kota, sms telah dihantar kepada beberapa rakan sebaya dan yang lebih tua. 

Seperti dulu, kebanyakannya mengajak berbuka, minum di mamak selepas taraweh dan ada juga yang offer tempat berteduh.
Brotherhood tu masih ada.

Kalau aku sms ke rakan yang bertaraf sister, mungkin tindak balasnya hampir serupa.  BelanjaAjak berbuka, minum selepas taraweh dan offer cari rumah sewa.

Aku memang patut berubah jadi macam Ashton Kutcher kalau nak sms rakan-rakan sister.keh3.

dua minggu lagi buleh kot.keh3

20100817

Pasar ramadan

Etika berpakaian

Seorang teman tweet,
"Kat param, penjual jerit, "Yang lawa takyah bayar! Yang lawa takyah bayar!". Takut pulak nak pi beli, kot2 kena bayar, nanti hati pedih..."
Aku memang jahil street talk ni. Sejak bila ada istilah param ni. 

Yang si dia ni boleh pulak kurang keyakinan diri. Mungkin sebab makluk yang lain pakai pakaian dalam saja masa beli juadah.

20100816

Penduduk tempatan

Salam disambut dan tetamu diajak masuk tanpa dijamu air.

Pembanci yang datang usianya muda dan berkumis nipis. Mungkin masih belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. 

Aku rasa la sebab masa aku cakap pendidikan tertinggi aku ijazah sarjana muda kejuruteraan, dia pandai-pandai tambah mekanikal. 

Sebagai warga negara bertanggungjawab, aku suruh tukar.

Sampai bahagian kerja, dia tanya,
"Takkan abang tak kerja.."
"Tengah mengganggur. Minggu depan baru start kerja balik. Kerja di ibu kota."

Pembanci tersebut cakap  patut letak juga telah berkerja. Dan secara tak langsung pendapatan isi rumah kami bertambah kerana aku dah 'kerja'.

Aku keliru jugak.  Kalau aku dah kerja maksudnya aku tak duduk la di kampung ni dan aku patut dikira sebagai penduduk ibu kota.

Kalau aku suruh tukar nanti, aku tak dikira sebagai penduduk Malaysia pulak. Aku nak jugak merasa pembangunan  dan polisi baru kerajaan setelah bancian ni dah dikaji nanti.

Tapi berdasarkan pengalaman kerja sebelum ini,pengiraan begini kalau dilakukan oleh orang Melayu selalu cincai saja. Janji tempat kosong diisi.

Sekarang,setelah aku dikira sebagai penduduk kampung ni, harap-harap jalan besar kat depan cepat la sikit siap upgrade. Penduduk ramai nak guna.

Lagipun, aku telah memberi kerjasama yang baik untuk memastikan ahli keluaga aku dihitung walaupun mungkin ada sedikit kekeliruan.

Jangan bergurau



Jangan main-main dengan orang lapar. Buruk padahnya. Kepada sesiapa yang masih jual juadah mahal tu, fikirlah semula.

Jangan kerana untung seringgit dua, nanti muka lebam di pagi yang mulia.

20100814

Baju sudah halal

Orang lain cover tapi dia langsung tidak.

Sekarang bukan lagi alasan.

Si pengurus mempunyai susuk tubuh yang hampir serupa dengan kebanyakan penduduk Malaysia. Sudah tentu beliau adalah model yang paling sesuai untuk menggayakan pakaian pasukan dengan penaja baru.

Disebabkan dia tidak berpuasa, adalah sukar untuk perut itu surut dalam masa sebulan ini.

Malam esok adalah permulaan dan masa perlawanan telah mengizinkan peminat bertaraweh 8 rakaat seperti biasa. Tiada belenggu untuk memakainya ketika bersolat seperti yang sudah-sudah.

Jangan jadikan alasan.

20100812

Hari kedua..

Menahan diri daripada lapar dan dahaga...dah biasa.

Menahan diri daripada korek hidung, tengok amoi seksi, mencarut di dalam hati dan membeli juadah berlebihan.. seperti biasa agak sukar. 

Kalau bukan bulan puasa, nafsu sebegini tak membuak sangat.

20100811

Keriang Pantai

Kalau tak kerana Taraweh atau sembahyang raya, surau wakaf arwah bekas wakil rakyat ni memang aku tak pernah jejak.

Surau yang banyak berjasa kepada penduduk sekitar ni mendapat saingan setelah pihak pembangkang (ketika ini telah menjadi pemerintah) membina sebuah musolla yang lebih selesa.

Perubahan besar yang ketara tahun ini adalah surau tersebut telah berhawa dingin. Macam musolla di seberang jalan. Dan surau tersebut terus menabur jasa kepada orang muda yang macam aku yang tak pernah tau nama kampung.

Selalunya alamat rumah letak 'batu' dan nama jalan saja. Nasib baik masih boleh membaca tulisan jawi dengan baik.

Berkat solat taraweh malam pertama.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

20100805

Garam

Tak perlu dedah-dedah dan seksi untuk lari laju.

Hairan pula Amerika tak pernah ada juara Olimpik jarak sederhana. Evelyn Salt ni seperti lipas kudung berkejaran.Tak kenal erti penat.

Bukan setakat lumba lari saja, menembak, memanjat, melompat dan berenang juga handal melebihi lelaki. Belum lagi keluar agen-agen rahsia yang lain.

Mungkin polisi agensi tak benarkan agen bersukan secara pro.

20100803

Kematian

Sejak 7,8 bulan, dah 3 kematian keluarga terdekat. Terdekat dari sudut ikatan dan lokasi rumah. Kesemuanya meninggal dunia di hospital. Al-Fatihah.

Raptai

Dah tiga hari makan waktu Maghrib. Prektis berbuka. Prestasi agak bagus kerana tak perlu revenge makan koey teow kerang tengah malam.

Nanti perut tak terkejut sangat. Boleh sambung buat ibadah yang lain.keh3.

20100801

Kata penguat

Kadang-kadang kata penguat itu dianggap sebagai carutan. Tapi kalau ada orang yang mencarut bertalu-talu di depan muka, tumbuk saja muka dia.


the fucking cops are fucking keen
to fucking keep it fucking clean
the fucking chief's a fucking swine
who fucking draws a fucking line
at fucking fun and fucking games
the fucking kids he fucking blames
are nowehere to be fucking found
anywhere in chicken town
-----------------------------------
the fucking scene is fucking sad
the fucking news is fucking bad
the fucking weed is fucking turf
the fucking speed is fucking surf
the fucking folks are fucking daft
don't make me fucking laugh
it fucking hurts to look around
everywhere in chicken town
------------------------------------
the fucking train is fucking late
you fucking wait you fucking wait
you're fucking lost and fucking found
stuck in fucking chicken town
------------------------------------
the fucking view is fucking vile
for fucking miles and fucking miles
the fucking babies fucking cry
the fucking flowers fucking die
the fucking food is fucking muck
the fucking drains are fucking fucked
the colour scheme is fucking brown
everywhere in chicken town
-------------------------------------
the fucking pubs are fucking dull
the fucking clubs are fucking full
of fucking girls and fucking guys
with fucking murder in their eyes
a fucking bloke is fucking stabbed
waiting for a fucking cab
you fucking stay at fucking home
the fucking neighbors fucking moan
keep the fucking racket down
this is fucking chicken town
-----------------------------------
the fucking train is fucking late
you fucking wait you fucking wait
you're fucking lost and fucking found
stuck in fucking chicken town
----------------------------------
the fucking pies are fucking old
the fucking chips are fucking cold
the fucking beer is fucking flat
the fucking flats have fucking rats
the fucking clocks are fucking wrong
the fucking days are fucking long
it fucking gets you fucking down
evidently chicken town 

evidently chickentown by john cooper clarke

Pemimpin muda

 Anak Papa

Sayup-sayup kedengaran suara perempuan berusia awal 30an memberi ceramah. Bersemangat nadanya memberi penerangan tentang isu terkini.

Banyak isu dapat disampaikan kali ini kalau keadaan semasa diambil kira. Maklumlah pihak pembangkang.

Berdasarkan reputasi lokasi ceramah,hampir kesemua yang hadir akan berkopiah putih. Rata-rata sudah berumur lanjut.

Tapi kali ini mungkin lain sedikit. Anak-anak muda mungkin bersemangat untuk turut serta.

[,]

Dah pukul 10 malam. Lebih baik layan cerekarama. Tak pasti pula siapa yang datang.