20110730

Black And Yellow


Kalau jadi front page harian metro sampai hari ini, benda ni tak boleh dipandang sebelah mata. Selalunya keluar cerita tak senonoh saja.

Banyak-banyak cerita dengar pasal orang kecewa pasal bolasepak Malaysia sejak dua hari ni, aku rasa tak boleh lawan cerita kat kampung.

Tengah rancak game kat tv malam tu, tiba-tiba ayah bingkas bangun ambik baldi kat bilik air. Dia mop lantai. 

Tak payah nak maki hamun. Tak payah nak buat dosa jarak jauh. Buat kerja lain lagi bagus.


20110726

gagak mengejar rama-rama(5)


Mengejar perempuan-perempuan feveret amat meletihkan. Perasaan bimbang terlepas dari pandangan selalu datang menjelma walaupun ada di depan mata.

Dah macam pengalaman panjat-panjat bukit. Terutama part nak givap tak jadi tu.

Lepas ni kena belajar pegang-pegang tangan yang lembut. Cuit-cuit siku dah tak berkesan sangat.

20110721

gagak mengejar rama-rama(4)


Mengejar amat meletihkan. Terpaksa ikut rentak dan kelajuan orang yang dikejar. Perasaan bimbang tertinggal jauh dan terlepas dari pandangan selalu datang menjelma.

Bila mereka berhenti berehat, kita yang di belakang rasa ada harapan dapat bergerak bersama beriringan. Tapi mereka pula mula bergerak bila kita baru nak sampai dekat. Penat pun tak sempat hilang.

Masa ni selalu rasa nak givap. Dah mula tunduk tengok ke tanah tercungap-cungap gaya macam tengah ruku' sambil berfikir sampai bila nak terus mengejar macam ni.

Tengah berkira-kira nak patah balik, tiba-tiba terdengar suara lembut memanggil memberi semangat dari depan. Suara-suara yang familliar. 

Asa tak jadi putus.

Selalunya macam ni lah pengalaman aku kalau panjat-panjat bukit..

20110718

tak sepatutnya begini (2)


"Please Lord, keep us away from injury and give us glory.Amen.."

Lebih kurang macam ni budak melayu ni cakap masa aku join tournamen kecik2 bulan lepas. Aku rasa dia berdoa tapi entah pada tuhan mana.

Teamtalk yang mengejutkan. First time join team ni.

Selalunya budak-budak aku cakap "Sapa2 yang terror tak payah warm up.."

20110717

berjalan seorang diri (2)


Rabu lepas bila beriadah sambil memakai jersi pasukan kebangsaan Malaysia, tiba-tiba ada Matsalleh tegur "Hello Malaysian.."

Tadi aku pakai jersi Liverpool. 

Cilakak.Takdak orang tegur pun aku orang liverpool.

20110716

berjalan seorang diri

20110713

Wordless Wednesday:Re-load

20110711

cinta tanpa syarat (3)


Masa sedang tekun mengharungi kegilaan merentas ibukota hujung minggu lepas, mak yang duduk di belakang main selak-selak rambut.

"Dah ada uban tiga pat lai kat belah kiri ni...."

Mak lapar gamaknya. Fedap duduk dalam kereta dua jam tak sampai lagi tempat kenduri.

Tiba-tiba terkeluar jugak apa yang terbuku di hati."Calon ada dakgi..?"

20110708

manis(3)


Di pejabat, ada amoi yang duduk depan meja sebelah aku agak comel dan masih muda. Pernah jadi cheerleader.

Tadi masa tengah sibuk aku terdengar dia cakap dengan ofismet sebelah dia. "When he smile, he looks like he's very very happy. Like he has no problem at all..so sweet" 

Sayup-sayup dan lembut saja suara.

Ofismet balas dan kedengaran lebih sayup.."yup.."

Lepas dah reda sikit busy aku, aku tanya dengan bahasa inggeris yang agak berterabur " Just now, you talking about who's smiling..?"

Aku rasa muka aku merah lepas dia jawab.



20110706

imej


On-line buddy sejak sekian lama tegur dalam YM, "aku dah lupa lah muka hang macamana..lani aku dok bayangkan muka hang macam muka lecturer hang tu."

Rupa-rupanya Friendster dah delete gambar. Tak sempat nak nak ambik gambar yang lebih HQ.

Setakat ni dah 3 entry upload gambar sendiri dari sudut-sudut sukar. Nilai komersil patut dikontrol ketat.

20110704

setia

Dah empat hari jiran baru sebelah rumah angkut perabot bersalut emas masuk rumah baru dia. Lepas tu batang hidung dah tak nampak.

Emas betul gamaknya.

Rottweiler masih setia melangut depan rumah dia. Taik selambak macam taik orang dalam kawasan rumah aku tu mungkin makanan 4 hari lepas punya.

Pandai pulak tak berak kat tempat tidur.

Lepas makan nasik bungkus tadi jangan la nak bertukar tuan.

Dah telefon pihak berwajib. Tindakan akan diambil dalam masa 14 hari.

20110703

bersih


Benda-benda berkaitan dengan bersih ni aku agak sensitif sejak sehari dua ni. Sebab mesin basuh kat rumah rosak.

Nak keluar beramai-ramai pun susah.

20110701

gagak mengejar rama-rama(3)


"Aku dah tak mau dengar dah cerita patah hati lepas ni. Cerita terlepas ke tangan kutu tak dak masa depan macam dulu-dulu.."