20131013

Yakin


"Madinah surprisingly lebih sejuk dari KL"
Beberapa bulan lepas aku cuba berkongsi pengalaman.Lebih kurang bulan Mei.

"Sekarang kat sana bukan musim panas.Tunggu bulan 7,8 nanti mau tau la."
Rakan A membalas.

"Madinah jauh dari khatulistiwa. 24°di utara. KL 4°"
Rakan B lebih educated.

"Pasal dekat dengan Syurga"
Perempuan-feveret-sejak-dulu.
Dengan nada penuh yakin.

20131011

gagak mengejar rama-rama (21)



"Orang kata, kalau nak tau kita ni mulititasking ka tak, cuba kencing dan berak serentak" Aku cuba berkongsi pengetahuan.

"Tangan kiri dukung anak sambil memasak, mata tengok tv kadang-kadang jeling ke resipi dan bercakap telefon dengan loudpseaker.Makanan sedap dan baby diam.Itu baru betul multitasking."
Perempuan-feveret-sejak-dulu jawab selepas terdiam dalam 5 saat.

"Perempuan saja boleh buat ni" Tambah dia lagi.