20110228

kereta nasional


Apalah faedahnya parking kereta nak menyusahkan orang lain. Park rapat-rapat dan bagi ruang sikit saja untuk kereta lain keluar masuk. Kalau kereta nasional setakat logo harimau dan memakai skirt tambahan itu janganlah berlagak sangat. Kereta nasional aku dibuat semasa zaman kerajaan masih ikhlas membuat kereta untuk rakyat dengan logo bulan dan bintang. Nak berlawan siapa lebih keras tentulah ia adalah pertembungan yang tidak adil.

20110224

andai aku pandai menyanyi

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Mereka mempunyai stamina menyanyi seperti ahli pengakap sekolah yang tak pernah terlepas perkhemahan jamboree. 

Mereka mula menyanyi tanpa henti selama hampir dua jam selepas selesai lagu kebangsaan dan menutup tirai dengan lagu penghargaan kepada pihak polis dan Rela sambil memberikan tabik hormat. 

Lagu-lagu rakyat seperti Can Mali Can dan Enjit-enjit Semut diberi lirik baru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa dan diselang seli dengan tarian yang adakalanya seperti dikir barat. 

Kalau ada orang atasan yang tidak mengaku sumbangan puak-puak Ultras ni terhadap suasana bolasepak negara, janganlah pula menuduh tiada semangat sukan. Mereka adalah daya penarik dan tidak membuang sampah di merata-rata.

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Bukan beberapa baris kerusi di belakang mereka.


20110219

halus

Masa kecik-kecik dulu tengok cerita The Exorcist takutnya kekal sampai sekarang. Walaupun Uncle Seekers cakap benda-benda tu suka perempuan seksi, taubat aku takmau jadi depan-depan mata. Yang jadi semalam biarlah yang terakhir. 

Perempuan itu menjerit,"Aku gembira,aku gembira. Keluarga kita bahagia.!!!"

Aku kecut perut dan berjalan laju ke arah lain. 'Kita' yang dia maksudkan tu kalau aku dan dia memang haru. Kalau dia koyak baju keluar otot dan buat aksi Hulk Hogan lagi bertambah haru.

20110217

waris (2)

gambar fesbuk selebriti sememangnya boleh dirembat sesuka hati.

Kalau perempuan yang aku suka senyap-senyap dah ajak makan kenduri adik dia tentulah kena pergi kan.[1]  Tambah pula bila si tukang ajak tu cakap, "Sepupu I semua tinggi-tinggi dan lawa-lawa." Boleh jadi berdosa kalau tak pergi ni. Banyak hati nak kena jaga. keh3.

Aku sampai ke tempat kenduri dengan pakaian kedua terbaik. Pakaian terbaik aku pakai masa nak pergi sembahyang raya. Kemeja bundle dua belas ringgit tapi semua orang ingat harga seratus lebih. Jeans baru beli dekat uptown minggu lepas. Kurang hajar betul brader jual jeans. "Saiz paling besar 38 je bang." Kenapa ada 'je'. Kasut pun baru keluar dari kotak. Baru beli juga lepas kena curi masa raya haji. Beli saiz, brand, warna dan di kedai yang sama. Cuma harga saja murah sikit. Sales chinese new year.

Sebelum tu singgah Guardian untuk sembur Axe Perfume. Dah ringan tester kat situ.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap tengah tunggu kat depan. Pura-pura cakap henfon sambil ketawa kecil. "Lawa betul." Berbaju kurung moden warna merah hati yang bersulam di leher dan lengan. Perempuan yang aku suka senyap-senyap lambai sambil melemparkan senyuman paling manis. Hadiah tak bawak, aku terus salam berisi dengan bapak perempuan yang aku suka senyap-senyap.

"Mak ada kat belakang." Tangan masih pegang henfon. Aku bergegas ke tempat makanan dan cari port baik punya boleh nampak semua view. Mata melilau meninjau keadaan sekeliling. Betul lah ramai lawa-lawa dan ada juga yang tinggi-tinggi. Maklumlah kenduri kahwin. 

Perempuan yang aku suka senyap-senyap datang ke meja sambil bawa dua mangkuk ais kacang. Panas betul hari ni. Macam hari-hari lain jugak. Aku syak sekarang ni musim summer.

Tak sampai 1 minit, perempuan yang aku suka senyap-senyap bangun. Nak ke tandas katanya. Mata aku sambung meninjau. Baru aku perasan kebanyakan yang lawa-lawa dan tinggi-tinggi tu samada ada budak kecil atas riba, ada kesan inai di hujung kuku, atau ada cincin di jari manis.

Eh..dah dekat setengah jam. Lama betul ke tandas. Tangan pun tak basuh lagi ni. Kalau bangun nanti ada orang lain duduk pulak.

Tiba-tiba aku teringat. Yang aku puji tadi dalam hati saja. Cilakak....Damage control sekarang jugak...

20110216

wonder woman

Robin Scherbatsky

Aku secara peribadi merasakan superhero perempuan tak best untuk dijadikan filem kecuali kalau ada geng-geng dia yang lain. Pernah baca satu saja komik superhero perempuan, Angela. Tak pasti sama ada dia bertaraf superhero atau tidak sebab aku hanya baca volume 1 saja. Hehe. Aku suka Angela tapi kalau tak ada Spawn tak best jugak.Tapi kalau ura-ura ini betul, aku terpaksa korbankan perasaan aku. [link]

20110215

tidak hormat hari kelahiran kekasih


Maulidur Rasul 7 tahun lepas yang jatuh sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6 akan aku ingat sampai bila-bila. 

Segerombolan rakan serumah join camping tasik kenyir anjuran sebuah kelab belia. Semua ahli rombongan terdiri daripada para remaja terlajak yang ingin melegakan tekanan belajar. 

Semua bergembira dan menyanyi girang sambil bermain daun terup di atas bas. Tak cukup atas bas,sambung pula atas bot. Ingatkan nak sambung pula dalam khemah tapi Allah Maha Besar. 

Bot puak-puak main daun terup ni karam langgar kayu hanyut. Puak-puak main daun terup ni sahaja. Puak-puak lain selamat. Kebetulan pula bot puak-puak main daun terup ni saja yang bawa makanan.

Walaupun tidak melibatkan pertaruhan tidak dikira judi tapi dapat pengajaran juga bagi mereka yang terleka sempena hari kelahiran kekasih.

20110214

himym


Ada seorang kawan cakap dia tak suka sangat nak dowload cerita dari internet. Tengok tv  adalah aktiviti balik dari kerja katanya. Nanti kalau astro tayang cerita yang kita dah download, kita dah mati kutu.

Aku rasa How I Met Your Mother dah sampai tahap Friends. Tengok banyak kali tapi masih boleh ketawa dan feeling sorang-sorang. Ada kisah yang refleks kehidupan sebenar tapi versi tv semestinya lebih cool. Selalunya aku rasa aku Ted Mosby. Semua orang perasan jadi watak utama kan. Kadang-kadang aku rasa macam Marshall dan ada sesekali macam Barney.

Sempena minggu penuh perasaan ni, aku remarathon HIMYM. Ada episode Vday.

[,]

Mak suruh sembahyang Maghrib dekat masjid malam ni. Join ceramah sekali kalau ada..

20110212

tak boleh


Beberapa mesej sudah ready dalam folder draft. Tunggu masa saja nak resend. Dah pernah hantar sebelum ni, bukan sempena hari sambutan apa-apa.

Perkataan-perkataan seperti kasih sayang, cinta, nafsu, selamat, hari, valentine dan ghairah langsung tak ada. 

Nak hantar hari ni pun tak apa. Tapi kalau hantar hari Isnin ni, penerima tu mungkin senyum lama sikit.

Kalau ini pun boleh mendorong kepada maksiat dan menghina agama, tak taulah orang berkuasa dalam agama-agama  tu macam mana dia berfikir. Macam-macam versi sekarang.

Aku sembahyang Jumaat tak pernah lagi join jemaah pecah-pecah dua imam. Kalau jumpa nanti ingat nak sembahyang Zohor saja. Masa belajar sekolah dulu ada orang cakap tak boleh. Dia tak berani la sebut haram. "Tak boleh."

Masa tu SPM pun belum lulus lagi.

[,]

 

20110211

buluh perindu

 

"Aku nyanyi live ni. Bukannya macam Shah Rukh Khan.." Terpaksa defend diri dengan setakat bakat yang ada bila kawan-kawan kutuk masa karoke. Kalau masuk studio confirm la lain bunyinya kan.

Mak di rumah beri komen lebih jujur. " Sedap betul lagu tu..."

20110209

gambar kebanggaan (2)

Siti and me
Gambar hiasan di atas dirembat dari frenster sendiri. Ada lagi rupanya frenster ni.  Ramai yang masih update. Nasib baik login guna emel yahoo messenger. Kalau tak dah tak boleh bukak dah. 

Aku sebenarnya jarang gambar berdua dengan perempuan yang bukan mahram ni. Sejak 10 tahun kebelakangan rasanya tak sampai 5 orang. Tak reti pula nak mintak bergambar berdua. Bila ada yang sudi tu memang rasa sentimental dan terharu sangat.

Tun Siti walaupun dah tak larat nak berdiri lama-lama tapi dia masih larat mengucapkan tahniah dan menyebut nama dengan lembut sambil tersenyum. Detik sebegini tak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Tapi sekarang ni sudah ada seorang kawan bernama Siti yang jauh lebih muda, bergetah, sopan santun, berjalan tunduk, bercakap benda-benda baik sahaja, mempunyai senyuman manis, lesung pipit di pipi antara nampak dengan tak nampak, ayu bila berbaju kurung dan pandai mengurut.

Kalau ajak bergambar berdua nanti adakah ia akan jadi the moment seperti gambar di atas..??

20110208

gambar kebanggaan

gambar penghargaan

Gambar mak terima pingat daripada sultan makin terkebelakang dalam kabinet kaca bila cucu kesayangan berkonvokesyen tadika tahun lepas. Dahsyat betul tadika zaman sekarang ada konvokesyen. 

Pingat tu biasa-biasa saja. Tak bawa apa-apa gelaran yang gah pun. Dulu tergantung di ruang tamu sekejap. Tapi tak manis pula pamer gambar mak senyum sorang-sorang ke arah lelaki lain.kahkahkah.

Kebetulan pula masa tu aku baru lepas konvokesyen, mak tukar gambar dia dengan gambar aku tengah sengih sorang-sorang ke arah perempuan lain.

Dalam kabinet kaca mak letak gambar anak-anaknya yang bergaya sopan. Gambar berjemaah dan gambar bersendirian.

Sejak raya puasa dua tahun lepas mak simpan gambar solo anak-anak dia yang masih solo dalam bilik dia. Mak kata bibik yang jaga maktok mintak nak balik tunjuk dekat orang kampung. 

Dia nak balik raya sebulan. Jangan kata emak majikan yang kejam. Kerajaan yang kejam kalau ikut telunjuk paksa naikkan gaji bibik.

Mak bimbang kalau bibik ambik senyap-senyap dan bawah jumpa bomoh Indon walaupun bibik agak warak.  Kalau selalu terdengar berita perempuan-perempuan Melayu lari ikut Indon ke Lombok, kali ini ada berita lelaki pergi ke Lombok tak reti nak balik. Bomoh-bomoh nusantara ni bukan boleh buat main.

Kerajaan kata dah habis banyak duit untuk Ops Piramid bawa balik rakyat Malaysia dari Mesir. Ops Tempe mungkin takkan jadi kenyataan.

20110206

baju yang menyakitkan

The shirt that hurts ~ Robert Bernard Fowler

Hampir dua dekad yang lalu, ketika di sekolah rendah aku selalu jugak bersembang dengan abang-abang kantin. Salah seorang dari mereka asal ke stadium saja, cat muka hijau kuning. Asal ke stadium saja, hati gembira. 

Apa yang dia cerita tu entah betul entah tidak. Budak-budak memang senang kena tipu.

Aku tanya, "Abang join fan club? Dapat tiket murah?"

Dai jawab dengan muka tenang, "Tak. Abang suka tengok bola. Kalau John Hunter main cantik, abang sorak sokong dia walaupun main kat Darulaman."

Orang yang lebih dulu makan garam ni selalunya matang dan berfikir panjang bila bercakap.

[,]

Walaupun sejak aku masih kecil lagi sudah sukakan Liverpool, tapi kalau malam ni Torres main cantik, takkanlah aku tak bersorak gembira. Luis Suarez kalau main macam haram, takkanlah tak maki hamun mesra. 

Garam pun baru beli sekilo tadi. Tak tau naik harga ka tak.

[,]
Aiseymen. Menang la pulak. Masa untuk riak.

Cereka: Kisah seorang Dahlan (3)

Dahlan dan Sulaiman sudah berkawan sejak kecil. Kecil di sini bermaksud usia, bukan saiz tubuh badan.

Disebabkan desakan hidup, Dahlan dan Sulaiman sudah lama tidak berjumpa. Dahlan di ibukota manakala Sulaiman masih setia menabur bakti di Smallville.

Minggu lepas Dahlan pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu Sulaiman. Ibu Sulaiman tepuk belakang Dahlan dengan mesra.

"Tak telioq ka tengok Sulaiman dah anak tiga?" 

20110202

selamat dan huru hara


Berhati-hati di jalanraya bukanlah bermaksud elakkan kemalangan saja. Saman juga perlu dielakkan. Kecelakaan besar kalau kena saman.

Ada yang seronok dapat sms ucapan selamat tahun baru cina dari perdana menteri walau dia tak ucap berhati-hati di jalan raya pun. 

Perdana menteri amat prihatin boleh tau nombor telefon semua rakyatnya walaupun asyik tukar setahun sekali.  Dengar cerita, emel pun dia tau. Jemput minum teh.

Lepas ni PTPTN pun tau juga gamaknya. Nak ajak jumpa lawyer.

Rakyat Malaysia di Mesir yang amat perlukan bantuan tu janganlah risau. Perdana menteri kita ada nombor telefon. Dia akan hantar sms ucapan selamat.

Kita yang tak ada nombor ni berdoa sajalah. Semoga dapat selamat pulang. Rakyat di tanah air akan bagi sumbangan melalui saman.

20110201

waris

Apalah gunanya twitter kalau tak boleh rembat gambar personal

Perempuan-perempuan yang aku kenal, walaupun dia lawa, tetapi adik beradik dia lebih lawa.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap, dia yang paling lawa, ajak makan kenduri kahwin kakak dia.

[,]

"Sepupu I semua tinggi-tinggi dan lawa-lawa."

bersih dan kotor (2)


Tak tahu berapa lama lagi nak merenung dan berfikir dalam-dalam. Segala kepakaran dan pengalaman sudah hampir habis diperah. Segala yang ada di hati dan di fikiran sudah hampir habis dibongkar.

A,S,M dan N dah langsung  tak nampak. L,K,C dan D pula akan mengikut jejak. Susun dan atur macamana pun tak akan menjadi ejaan lucah,maki-makian dan carutan yang asas mahu pun yang sukar daripada pelbagai bahasa yang aku mahir.

Memang jarang menaip perkataan yang kotor gamaknya. Takpun langsung tak pernah. Hati dan fikiran memang bersih.Keh3