20100930

Orang susah..

Astro ria..sekarang

Tak ada  pula awek-awek seksi yang datang menjeling. Dapat gaji nanti ingat nak naik kapal persiaran.

20100926

hari ahad

Dah pasang kuda-kuda tapi tak ada open house pula.

Tapi tak mengapa. Kedai mamak ada di mana-mana.

Kedai makan melayu..nun 5km disana...

perlawanan antarabangsa

Dulu berlaku kecelaruan bila pasukan bola sepak kebangsaan menentang 'pasukan kebangsaan Zimbabwe'.

Hari ini aku tidak keliru ketika bermain badminton dengan jurulatih berbangsa Indonesia.

Jika dulu masih diiktiraf sebagai perlawanan antarabangsa, aku senang hati dengan perlawanan tadi walaupun tewas dijangka.

Sekurang-kurangnya aku tak tertipu dan menipu.

Nasihat berguna


"Just follow the neon light. You'll never lost in KL at night. Ignore the signage"

20100925

Masjid di kota

Pernah bersolat Jumaat disini dan bayar zakat fitrah

Dulu aku prejudis bila tengok orang makan di luar masjid ketika khutbah di kota. Di kampung  tiada situasi ini. Negeri kami mengiktiraf penghulu segala hari sebagai hari rehat dan hari beribadah. Hanya ada budak-budak dan orang dewasa lepak di luar masjid bersembang hal dunia.

Tapi tidak lagi kerana pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dia sudah berada di kawasan berdekatan masjid dan berpeluang mendengar sayup-sayup suara khatib.

Aku pula masih terhegeh-hengeh ke masjid sambil bersangka buruk.

Semalam tumpang rakan sekerja ke masjid. Disebabkan masih awal, aku makan di gerai luar masjid.

Dengan posisi sila panggung di atas kerusi plastik yang tiada penyandar, kebanyakan yang makan di situ khusyuk makan dengan berjemaah dan penuh displin. Tak peduli dengan orang sebelah dan berselera walaupun mengadap longkang.

Selesai makan masuk masjid pun masih belum azan. Ada seorang keturunan Arab di saf hadapan sedang membaca ayat-ayat suci menggunakan pembesar suara dengan sepenuh hati.

Selesai solat Jumaat,panik pula sebab kereta kena blok dengan gerai yang baru dibuka entah bila. Sangka buruk datang kembali kerana dia takmau ubah tapi akhirnya faham dengan situasi.

Telefon rakan lain dan segalanya selesai.

Kalau masih di kampung pengalaman sebigini memang tak ada. Tambah pula ada yang jual ubat enlarge your penis di luar masjid. Peminta sedekah profesional tak larat nak kira.

Hijrah memang membawa perubahan.

I am Muslim

Kerana kita selalu lepak orang yang bukan Muslim tak semestinya kita akan terpengaruh dengan agama dan cara hidup mereka. Adakalanya kita akan menjadi lebih baik dan cuba memahami agama dengan lebih mendalam.

Sebagai golongan minoriti di office, mahu tak mau terpaksa juga bergaul dengan mereka. Dan bila masuk topik Islam, pecah peluh juga nak explain.

Mereke golongan profesional dan educated. Takkan nak jawab tanpa hujah dan fakta walaupun sambil gelak-gelak. Walaupun tak alim dan warak, sekurang-kurangnya nampak macam ambil berat dengan agama dan cara hidup sendiri.

Sedar diri tak fasih bahasa Inggeris, cuba terangkan dalam bahasa kebangsaan. Malang sekali adakalanya gagap juga kerana kurang keyakinan diri. Bila jadi begini, bukan setakat nak berdakwah, nak defend hukum agama pun belum tentu.

Beberapa bulan lepas aku pergi Dogathon di UPM. Ya betul. Pertunjukan anjing. Pergerakan agak terbatas kerana tak biasa dan tak pernah berada di lautan anjing.

Di sebuah booth, seorang rakan explain dengan seorang auntie bukan Muslim bila dia cakap seorang perempuan Saudi membiak anjing di rumahnya,
"Our country is using the toughest mazhab. We can touch dogs and keep as pet but then ,only certain angels not all,won't be in our house."
Terkejut juga dengar macam tu tapi nak counter tak reti pula pada masa tu. Dah balik baru terfikir. Sesuai dengan fitrah diri sendiri yang kurang bercakap dan ambil masa untuk berfikir.

Sepatutnya tak boleh cakap toughest, lebih baik guna thorough, detail ataupun considering worst case scenario. 

Tak nampaklah Islam ni membebankan dan memang tak pun.

[,]

Harap-harap student veterinar yang terpaksa bergelumang dengan najis Mughollazoh tu bersucilah dengan teliti.

[,]

Pagi tadi jogging di sekitar kejiranan dengan penuh kegusaran. Anjing-anjing jiran sibuk nak join sekali.

[,]

Alangkah bagusnya kalau aku boleh jadi begini.

20100924

Pencuri tak peduli


Sekarang dah macam musim. Banyak pula link video cctv dalam Facebook dan blog rakan-rakan tentang budaya baru rakyat Malaysia sekeluarga. 

Walaupun barang runcit,tapi besar-besaran pulak tu. Sampai boleh bukak kedai runcit baru. 

Yang hairan tu hampir ksemua guna tektik kangkang dan kepit Dan terlalu asyik sampai tak perasan kamera cctv.

Kalau miskin sangat pun takkan sampai nak curi susu anak. Baju sendiri nampak macam mahal.

20100919

30000

"Apesal tak isi form..?"
"I don't need luck in my life.."

Ceh...cakap la tak pernah menang cabutan bertuah.

20100918

Makanan halal


Rindu pulak makan bawah pokok macam di kampng.

Kalau sekarang nak makan dengan rakan sekerja, pilihan adalah kurang di kawasan berdekatan.

Sama ada makanan cepat atau makanan melayu. Mereka sporting kerana pilih tempat macam tu.

Orang bukan Islam kat office pun ambil berat dengan status halal, inikan pula kita yang dapat A1 Pendidikan Islam masa SPM.

Tentulah patut lebih teliti. Teladan harus ditunjukkan.

Kalau makan dekat mamak, risau pulak bila nak bayar nanti terkeluar sumpah seranah.

Sasaran utama caci maki sempena musim patriotik ini tentulah pihak pemerintah.

[,]

Office ada pantry yang tak ada isi. Beli 3in1 tesco baru perasan bukan logo halal Jakim. Tapi dibuat di Malaysia harap-harap dipantau juga pihak berkuasa untuk status halalnya.

Ada juga beli barang makanan yang dicop halal oleh Majlis Ulama Indonesia. Ini boleh diterima.

Bila status kewaangan dah tak darurat, jenama meragukan begini takkan dipandang dah.


[,]

Di kampung halaman memang takpayah pikir pasal makanan halal haram ni. Pilihan bersepah tanpa was-was.

Alangkah sedihnya terpaksa ragu-ragu makan di negara Islam.

20100916

Mohamed Hamzah


Merah membara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang di bawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan kedaulatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x)
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah!
Jalur Gemilang!



Lagu Jalur Gemilang bukanlah lagu patrotik feveret tapi ia adalah pilihan yang lebih baik daripada mendengar ucapan dan perutusan khas sempena Hari Malaysia.

20100914

Dendang perantau


Malam ni tidur perlu direvenge secara kejam. Semalam hanya 3jam.

Urat bahu,urat lutut dan urat tumit memang perlu diperbetul. Inilah akibatnya apabila memandu di highway selamat dan berbayar selama 9 jam untuk perjalanan 450km.

Ada ketika dalam masa sejam hanya bergerak kurang 20km. Lebih perlahan daripada Keninisa Bekele.

Tangan kanan menongkat kepala di pintu,tangan kiri pegang stereng. Mengantuk tak payah cerita.

Dalam hati hanya berkata biarlah lambat sedikit asalkan selamat sampai dan bertaubat nasuha tak mau dah balik sorang-sorang.

20100911

Berdebar sebelum lebaran

Salam hari raya kedua.

Adalah sesuatu yang melegakan bila perjalanan pulang ke kampung hanya mengambil masa 7 jam kerana pada bukan musim perayaan pun lebih kurang 5jam termasuk pit stop. 

Sebelum memulakan perjalanan, bukan setakat doa naik kenderaan, doa rekaan sendiri dalam bahasa ibunda agar selamat sampai kurang daripada 12 jam pun berbuih mulut baca.

12 jam memang melampau. Alhamdulillah doa termakbul. Kalau terkena, lutut kiri memang perlu dibelai apabila sampai di kampung halaman.

Dalam perjalanan, baru aku sedar, kereta putih berspot debu aku ni hebat jugak. Depan kereta aku, 3,4 bijik kereta berharga lebih kurang RM200k tapi aku hanya 1 saat di belakang mereka.

Di belakang aku pula Mitsubashi Lancer tak mampu potong. Kereta Waja Lancer nanti memang makan asap.

Tiba di kampung halaman pula disambut oleh percikan bunga api yang entah datang dari mana. Ambil kesempatan kerana ketua polis negara bertukar orang. Mungkin kawalan keselamatan dan rondaan kurang kerana meraikan ketua baru dan makan-makan besar dengan ketua lama.

Ok. Aku bertaubat tak mau riak. Perkara ini hanya berlaku di hiway bila musim perayaan dan jem pekat.

Simpang masuk hiway plus tadi beratur dekat 3km. Harap doa aku termakbul lagi.


20100904

Tanggungjawab

Hujan jarang berlaku di Dubai apatah lagi hujan emas.

Adik aku lelaki aku kerja di Dubai. Kalau di sana mungkin taraf dia Bangla atau Indon saja. Miskin walaupun tak hidup melarat.

Gaji beribu-ribu tapi nak apply kredit kad tak approve. Kalau di tanah air, dengan gaji macam tu,senang senang saja lepas.

Kerajaan sana jaga kebajikan rakyat. Elaun bersepah dan gaji pekerja tempatan minimum cecah double pay daripada pekerja asing yang setaraf kerja.

Macam mana tak masuk dalam kategori susah kalau pemandu teksi yang digajikan oleh kerajaan dengan 9000 dirham.

Kerajaan dengan polisi rakyat didahulukan masih kekal dengan RM1500 adalah gaji eksekutif.

Tahun lepas pada ketika ini adik aku call. 
"Tolong bayar zakat bang. Kat sini jauh nak bayar. Tak dak transport. Nak bayar tempat orang kaya ni sapa layak nak terima. Duit taktau lepas kemana"
Esoknya aku pergi jumpa amil yang dilantik. Emak tepuk bahu tanya untuk siapa. Sambil senyum dia balas,

"Biar mak bayar. Anak mak yang bujang kira tanggung jawab mak lagi"

Mata berkaca.

Tahun ni aku dah kerja di kota. Hujan sekali sekala sekarang dan terasa seperti batu.

Lepas bersolat Jumaat di Masjid Besi Putrajaya aku bersalam dengan amil.

Putrajaya kononnya tiada orang miskin juga menurut kata perdana menteri beberapa bulan lepas.

Tiba-tiba teringat mak. Mata berkaca.