20100629

4:1! Jungs, we love you!



Dua hari sudah berlalu tapi sumber-sumber bacaan utama World Cup masih berkisar tentang kekalahan England berbanding dengan kemenangan Jerman walaupun ia adalah perkara yang sama.

Masalahnya bukan sekadar cerita dan analisis kekalahan tersebut,malahan rancangan masa depan sehingga 2014 pun ditekankan sama.

Individu dan kumpulannya yang sebelum kejohanan dicanangkan adalah pasukan terbaik untuk menang kebanyakkannya dianggap tidak diperlukan lagi selepas kempen kali ini walaupun segah mana nama mereka.

Sebelum ini,pembandingan antara individu dengan pemain pasukan lain pun mereka dianggap lebih hebat.

Walaupun perlawanan hebat selepas itu pun sekadar berita sampingan. Memang benar kebanyakannya adalah bias England kerana website British-based tapi nak baca Die Weil sepatah haram tak faham pula.

Sekadar melihat gambar dan buat tafsiran sendiri.





20100627

Jom tengok bola


Tak kira bagaimana dia berpakaian dia wajib datang ke stadium malam ni sokong Jerman.


20100625

Musim panas


Bila tak makan,mulut terasa tawar. Tapi bila dah makan, banyak pula. Badan jadi kucar kacir.

20100615

Tidak sepatutnya begini..


Piala Dunia 2010 sudah masuk hari ke-5. Sehingga kini 11 perlawanan telah berlangsung dan walaupun memiliki siaran langsung yang tidak terhad, aku hanya berjaya menonton 2 perlawanan penuh sahaja.

Sungguh mengecewakan kerana rancangan asal adalah menonton lebih daripada separuh daripada jadual perlawanan. Lebih-lebih lagi 2 perlawanan tersebut tidak termasuk perlawanan pasukan yang aku sokong untuk kali ini.

Aku lebih salahkan masalah penggera daripada jadual perlawanan walaupun saya terperasan perlawanan pertama setiap pasukan yang melibatkan pasukan terkenal berlangsung pada dinihari kecuali perlawanan yang melibatkan Perancis, Argintina dan Sepanyol.

Terkenal di sini bermaksud aku kenal majoriti pemain pasukan dan saya mengenali kesemua pemain pasukan yang disokong tempoh hari.

Buat pertama kali aku telah berkenalan dan mengecam muka-muka baru tersebut seperti Sami Khedira, Mesut Ozil, Holger Batsuber, Marko Marin dan Cacau. Pemain-pemain di bangku simpanan lain kali saja.

Akan berusaha lebih kuat untuk memenuhi sasaran rancangan asal.

[,]

Cuaca di habitat telah berubah daripada teramat panas sebelum hujan biasa-biasa di waktu malam kepada sejuk dan nyaman sebelum hujan menggila di waktu malam.

20100610

Mari belajar mencarut

Kalau dulu ulang tayang akan berkisar tentang gol, keputusan kontrovesi dan insiden menarik.

Disebabkan oleh seorang yang panas baran dan suka mencarut, adalah penting ulang tayang akan tertumpu pada gerak bibir untuk mengenal pasti.

Perkara ini serius.

20100605

Ramalan menang

Berdasarkan keadaan sekarang, pemain-pemain Brazil paling berbakat. Sekurang-kurangnya menghiburkan. Juga boleh lihat yang ini.