20120527

potensi



Aku perhati atas bawah pemuda sebaya yang dilayan mesra oleh jurujual kereta di ruang legar pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Aku pula terkebil-kebil seorang diri.

Aku perasan yang jenama jaket pemuda itu sama dengan kasut yang aku pakai sekarang.

Aku syak pemuda itu tak mampu nak beli kereta itu.

Bayangkan dia pakai jenama terkenal itu di badan. Aku pula pakai di kaki. Pijak-pijak macam tu saja.

Jurujual itu tak berpegalaman rasanya. Tak tau nak mengenal potensi pembeli.

20120523

Wordless Wednesday : Syrena


20120520

kampung halaman (1)


Hari pertama kat kampung halaman bila pakai towel nak mandi, "Eh..kata hidup susah kat KL..ni mak tengok perut makin bulat ni.."

Ini masa yang paling bagus nak petik nama perempuan-perempuan feveret. Tapi tak terkeluar pulak. Lepas ni tak boleh dah nak lepas peluang nak jual nama.

20120517

kampung halaman



"Adik..kopi o panas dengan nasik lemak satu..berapa?"

"Seringgit dua kupang.."

"Eh..kopi o panas dengan nasik lemak..?"

"ya..seringgit dua kupang"

Kalau begini lah gaya hidup di ibu kota, aku tak kisah sangat kalau pemerintah nak ambik komisyen 2 atau 3 billion masa beli kapal selam atau kapal korek sekali pun.

20120510

gagak mengejar rama-rama (15)




Semakin hari semakin banyak situasi yang membuatkan aku tak patut berasa terlalu merendah diri. 

Siapa sangka syarikat pengeluar barangan sukan tersohor membuat iklan komersil berdasarkan kehidupan aku sekarang.

Kalau perempuan-feveret-sejak-dulu belum sedar,aku kena bagitau dia.

20120501

panas (2)


Seorang pensyarah masa aku berada di puncak menara gading dulu pernah berkata kurang lebih macam ni, "Malaysia has 3 seasons. Hot,hotter and hottest." 

Sebagai seorang terpelajar yang telah banyak merantau, sudah tentu beliau tak akan mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam.

Tambahan pula masa tu fesbuk masih belum berleluasa. Mana mungkin dia quote mana-mana status yang dipengaruhi emosi.

Tambahan pula lagi dia berasal dari India.