20110331

beban


Surat saudara bertarikh 27 April 2008 adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa rayuan saudara untuk memohon pengurangan jumlah pembayaran balik Pinjaman Pelajaran Bolehubah YTM adalah diluluskan dengan syarat tempoh bayaran balik adalah kekal seperti notis terdahulu.

Walaubagaimanapun,pembayaran ansuran bulanan yang diluluskan adalah sebanyak RM150.00 untuk tahun pertama sahaja.(Sila rujuk jadual pembayaran balik baru yang dilampirkan).Sila patuhi jadual yang telah ditetapkan, sekiranya saudara gagal untuk membuat pembayaran dan atau bayaran yang diterima tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan,pembayaran tersebut akan diterima tanpa prejudis dan pihak kami berhak meneruskan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis lanjut.

Saudara boleh menghubungi Cik S*** F****** M*** Y***** di talian 03-******** sekiranya memerlukan sebarang penerangan lanjut.

***********************************

Mei 2008 – April 2009 -RM150.00

Mei 2009 – April 2010 -RM200.00

Mei 2010 – April 2011 -RM300.00

Mei 2011 – April 2012 -RM400.00

Mei 2012 – April 2013 -RM500.00

Mei 2013 – April 2014 -RM650.00

Mei 2014 – April 2015 -RM750.00

Mei 2015 – April 2016 -RM950.00

Mei 2016 – Ogos 2016 -RM1100.00



น้องเบลล์ นันทิตา


Paspot dah nak mati. Kalau ke negara jiran, aku memang tak berani jalan sorang-sorang.

[,]

Sarikata

20110330

zakat

"Aku rasa aku nak register la. Aku termasuk dalam golongan asnaf kot. Bulan ni gaji half. Bulan depan gaji full. Tak dak pendapatan tetap.."

[,]

Kena melawat kawasan perindustrian maggi.

20110325

hidup baru



Tengah ekjas-ekjas dengan persekitaran baru. Aturan hidup agak kucar-kacir. Jenuh juga nak jaga prestasi mata. Sesi jamban agak kerap. Sesi kopi makin kerap.

Nasib baik budak-budak ni ber"bhai-bhai". Aku agak geli kalau nak ber"bro-bro" ni.

20110322

cherios


Dah berusia agak lanjut macam ni baru berpeluang jumpa cheerleader. Tak lelaki lah namanya kalau tak scan dari atas ke bawah.

Aku pasti dia berkelulusan PMR sebab result SPM tak keluar lagi. Aku pasti gaji dia koman-koman sama dengan gaji first job aku dulu.

Sesiapa yang nak kuota 30% melayu dihapuskan, aku rasa nak tendang kepala dia. 

20110320

sebab

Disebabkan sejak sebulan dua ni aku telah berjaya mendaki beberapa bukit dan gunung yang agak masyhur di Selangor, ruangan hobi dalam borang mintak kerja sebuah syarikat pengeluar kereta tersohor aku isi outdoor. 

Disebabkan aku baru beli buku clearance stock yang masing-masing berharga RM8.90 dan RM5.95, aku terus mengaku yang Tony Parson ialah favourite author aku.

Tapi disebabkan aku pernah mencuri poster Eric Cantona di library awam masa tingkatan tiga, tak bermakna aku menyokong Manchester United.

20110318

bas ekspres yang ngeri (2)

Bukan semua orang boleh terbang. Minggu lepas balik kampung naik bas.[1] Masa pulang ke ibukota, dapat seat sebelah budak sekolah agama yang baru belajar nak bela jerawat.

Berdasarkan prestasi telefon tangan dan riak wajahnya, dosa besarnya mungkin setakat mencarut dan memaki guru dan senior saja. Bab tertinggal amal ibadat wajib tu tak dapat dipastikan.

Separuh masa pertama diam saja.

Bila separuh masa kedua nak bermula, dia menerima panggilan dari seseorang. Mata terus bercahaya. Rindu betul. Rupa-rupanya mak dia. Siap marah-marah pasal mak dia dah beli tiket balik ke Kedah.

Sengih-sengih sorang-sorang dia toleh.."Abang kerja kat KL?Apasal abang tak cari kerja dekat dengan mak abang?? Sawah banyak.."

[,]

Unlock henfon.

20110315

signifikan


Beberapa kejadian sejak minggu lepas makin buat aku percaya dengan tindakan minda separa sedar dan bahasa tubuh. Dan tanpa sedar aku juga termasuk dalam golongan yang sama dengan kawan-kawan aku. Memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

20110310

tawaran


Rakan serumah masa belajar dulu dapat tawaran kerja dengan syarikat dari Australia setelah dia letak resume dalam blog. 

Tawaran yang melibatkan gaji yang ribunya melebihi jumlah jari di sebelah tangan dan pelbagai ganjaran lain.

Dengan pengalaman bekerja di universiti, kilang, hospital, makmal dan bermula minggu depan akan berkerja dengan sebuah syarikat luar negara, aku harap kerajaan yang prihatin dengan kebajikan rakyat akan panggil aku kerja dalam masa terdekat ni.

Syarikat pengeluar kereta tersohor sudah mengetuk pintu dan tunggu masa saja FBI akan keluar surat.

Faktor usia makin mencemburui dan kalau dapat, emak dan ayah tentu bangga dan lega.

20110308

meragam

Kejadian sebenar tidak melibatkan awek hot nampak pusat dan ketiak serta rimbunan pokok

Aku bukannya sengaja. Dah nak jadi pada waktu puncak di tengah-tengah kegilaan LDP. Masa dekat bengkel pun aku harap kalau ada masalah pun tak teruk sangat.

Ingat aku suka kena cerca. Maki-makian tidak menyebabkan kereta aku boleh bergerak balik.

Kereta nasional yang berusia lebih 15 tahun sudah tentu tahap kesihatannya tak sama macam kereta ferrari.

Ketika itu terasa brader tow truck adalah penyelamat dunia yang semakin panas.

20110307

gasing yang bertaburan


Group yang aku join ni jenis yang tak bawak camera, bawak banyak botol air dalam beg kasi beban lebih sikit dan set time yang normal tapi siap sejam setengah lebih cepat dari jadual. 

Langsung tak bagi peluang kepada amatur macam aku ni.

Aku terjebak bukan kerana sesiapa pun.[1][2] Untuk mencabar diri sendiri  yang semakin membesar tanpa kawalan.

Sebulan dua lagi berbaloilah talipinggang yang aku baru beli ni.

20110303

kali pertama


Pertama kali menonton wayang 3D. Mata bergelut untuk fokus benda-benda timbul menerjah entah dari mana. Nak berkongsi popcorn dan berbisik-bisik dengan orang sebelah pun  kena ambil masa. Kena pastikan  jarak capai yang sesuai. Nanti tersentuh bahagian yang bukan-bukan. Tak terfikir pulak nak buka goggle.

20110302

lambang kemegahan



Kerana masa sekolah dulu hampir setiap hari menyanyi, aku rasa lagu kebangsaan tak lah best sangat. Lagu-lagu lain pun kalau nyanyi kerap sangat. 

Jangan kata aku tak patrotik. Aku bayar cukai 5% yang sekarang dah jadi 6%, beli barangan tempatan seperti DVD cetak rompak, pernah beberapa kali disaman trafik dan sudah dua kali keluar mengundi. 

Tak ingat dari suratkhabar mana, minggu lepas Timbalan Perdana Menteri kata lebih sejuta rakyat menjadi ahli parti pemerintah tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini lebih keji dan tidak patriotik. Nak ambil kesempatan saja puak-puak tu.

Kerana sudah lama tidak menyanyi, bulu roma meremang juga. Dulu menyanyi free langsung tak suka. Sekarang  menyanyi nak kena bayar. Pelik pula kalau saja-saja nak menyanyi lagu negaraku dalam bilik air.

Kali ini duduk jauh dari budak-budak ultra yang terus memberi sokongan tanpa syarat.[1] Dari jauh nampak macam ada perempuan. Perempuan di stadium yang memakai jersi yang agak ketat akan mengundang siulan gatal.

Kali ni sokongan agak berbelah bagi dan disertai dengan caci maki kerana pasukan yang aku sokong kalah. Harap-harap anak-anak kecil yang ikut ke stadium tidak terpengaruh.