20110928

photoshop


Aku yakin semua kedai gambar bela hantu. Tiap-tiap kali ambik gambar keluar muka orang lain. Putih semacam.

20110925

tarian perang



Musim Piala Dunia ragbi ni kalau cari video tarian perang memang menyeronokan walaupun sesetengahnya langsung tak menggerunkan. Rasa nak terkencing pun pasal ketawa.

20110921

rumah terbuka



Tinggal seminggu lagi weekend syawal. Alhamdulillah ada jugak open house weekend ni. Kalau di kota bukan setakat perut kenyang, tapi mata juga berpontensi untuk kenyang. 

Jemputan yang sangat crucial. Kalau tak kena duduk rumah tapau mamak macam tahun lepas. 

20110917

gagak mengejar rama-rama (9)


Perempuan-perempuan feveret cergas dan ateletik kedua-duanya. Laju sungguh berlari. Harap-harap sesekali sudi toleh ke belakang tengok yang mengejar.

20110914

promosi


Semua orang tahu yang tychoon syarikat penerbanganan tempatan beli sebuah kelab bolasepak profesional liga England.

Dengar cerita dia guna jersi pasukan untuk mempromosi syarikat-syarikat penerbangannya.

Aku tak tahu sangat bidang bisnes ni. Tapi alangkah bagusnya kalau aku nak balik kampung boleh naik kapal terbang macam dalam gambar.

20110912

manis (4)


Walaupun dah terlambat nak berjumpa, perempuan ini masih seorang yang darling. Suaranya lembut sopan berkata-kata. Jari-jemarinya juga lembut. 

Tambahan pula dia dah jadi orang utara.

Biarlah orang nak cakap rasis, prejudis atau tasteles sekalipun. Mak, kakak2, adik, perempuan2 feveret adalah orang utara yang tiada tandingan. Sudah tentu aku ada softspot dengan perempuan utara.

20110911

6 percent


"RM0. As a loyal Maxis user, enjoy 7 days FREE @Mtweet and follow Juliana Evans"

Minggu lepas punya SMS. Confirm memang kerajaan yang nak pow.

20110908

gagak mengejar rama-rama (8)



Kebanyakan orang  yang tahu pasal perempuan-feveret-yang-baru, akan suruh aku pilih dia dari perempuan-feveret-sejak dulu.[link]

"Hang kalau tak mengorat perempuan-feveret-yang-baru, hang ni dah boleh kira menzalimi diri sendiri, kufur nikmat dan boleh masuk neraka."

20110906

gagak mengejar rama-rama (7)



Kalau ikut tahun hijrah, masa-masa ni lah dua tahun yang lalu berjumpa semula dengan perempuan-feveret-sejak-dulu. Terpisah sekian lama kerana pilihan hidup masing-masing. 

Suasana awkward berlaku. Dan beberapa kejadian awkward terus berlaku sampai sekarang. 

Mungkin beberapa tahun hijrah yang akan datang dah tak ada situasi macam ni. Sebab ada juga terfikir nak givap.

Bukan setakat nak givap perempuan-feveret-sejak-dulu, tapi givap dengan perempuan-feveret-yang-baru sekali.

20110904

detik-detik sukar



Minggu lepas suka hati bagi duit dekat stranger. Dengan senang hati dan gembira sekali.

Start esok dah lain pulak ceritanya. Dua kupang kalau jatuh dalam LRT waktu puncak pun sanggup tunduk cari.

20110901

semua orang boleh terbang


Dikelilingi dan dilayan oleh perempuan-perempuan jelita tapi hati masih tak gembira. Mungkin sebab hari raya kedua.