20100729

Manis

Gambar hiasan ini juga manis

Matanya bundar ayu bertudung. Tuturcaranya sopan dan jari jemari lincah membuat kerja. Setiap yang datang disapa mesra sambil melemparkan senyum paling manis.

Perempuan sebegini memang ramai yang akan cuba dekat. 

Aku mencuba nasib dan dengan sepantas kilat terus memberi nombor henfon.

"bil abang bulan ni RM610.95.."

Dengan sepantas kilat juga manis itu menjadi payau..
 

20100720

Kereta kotor


Jalan berlopak bertanah merah. Nak basuh sendiri malas pula. Siapa nak basuh kereta ketika hujan seperti kata Oliver.

20100718

Rasiyonalisasi

Siapa pulak nak mintak maaf ni..


"Mintak maaf bang. Dua ringgit. Modal pun RM1.87. Takkan saya nak jual RM1.90.." 

Terasa nak bukak kedai kopi pulak. Nescafe O boleh jual dalam dua ringgit. Gelas kecik. 

Dalam menu letak la harga pengenalan, harga runtuh, harga istimewa dan sebagainya. Tak pun letak tanda diskaun 70% macam jusko selalu buat tu. Orang nak cakap apa lagi.

20100717

Makan diri

tiada halangan..

Laksana seorang mahaguru silat mengasapkan keris dengan kemenyan dan limau agar tidak memakan diri, stokin yang berbulan-bulan terbiar busuk dan lusuh dibasuh setelah 5 jam direndam.

Stokin dianginkan dengan kipas berkelajuan 3.

Persediaan untuk kembali aktif dalam dunia sukan dan aktiviti sihat digalakkan  lagi dengan ajakan rakan untuk berbadminton.

Tiba-tiba masuk sms,

"aku ajak makcik,pakcik,adik aku & sanak saudara semua untuk join sekali."

...

[,]

"pasal apa nampak gemuk wei..??"
...

[,]

Tiada raket, tiada disiplin, tiada ramah, tiada pasangan, tiada pekerjaan, tiada duit, tiada kereta import, tiada harga diri.

Tapi ada dia, ada senyuman..

20100716

Pasangan mantap

Beberapa minggu lepas, seorang hos tv telah menyatakan si isteri memiliki senyuman paling manis dalam negara ini.

Minggu ini, si suami mengeluarkan kenyataan “Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani.” Menurut beliau, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perundingan dengan rakyat..

Secocok kan mereka. Sama-sama berupaya memberi peluang kepada rakyat untuk mencarut tanpa batasan.

20100715

16 tahun dan mantap



Aku suka kalau pemimpin negara kita mengeluarkan kenyataan. Ada kalanya mereka berfikir panjang dan ada kalanya tidak. Ada kalanya kenyataan yang dasarnya untuk kepentingan negara tapi sebenarnya untuk kepentingan diri  atau untuk popular.

Piala Dunia masih boleh dikatakan sebagai isu hangat sekarang ini. Apa salahnya jika keluarkan kenyataan tentang Piala Dunia.



KUALA LUMPUR - Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan cadangan menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia bersama Indonesia.

Semalam, beliau mengumumkan tarikh yang lebih spesifik iaitu kedua-dua negara mungkin menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk kejohanan 2026.

Cadangan beliau ternyata mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan ada juga yang memperlekehkan cadangan tersebut, yang disifatkan hanya 'mimpi' bukannya impian.

Namun, Ahmad Shabery berkata, kejayaan Afrika Selatan menganjurkan Piala Dunia 2010 menjadi inspirasi buat Malaysia dan Indonesia.

''Jika Afrika Selatan mampu menyediakan sebuah pasukan yang kuat untuk Piala Dunia, mengapa tidak kita negara-negara di rantau Asia Tenggara,'' katanya.

Beliau menghadiri Program Titian Muhibbah dan pengenalan Bandung Games 2010 di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng serta delegasi.

Menurut Ahmad Shabery, sekiranya hajat tersebut dapat direalisasikan, ini bermakna Malaysia dan Indonesia mempunyai tempoh 16 tahun untuk mempersiapkan pasukan bola sepak masing-masing.

Jelasnya, tempoh tersebut cukup panjang untuk membuat persiapan, terutamanya membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Piala Dunia.

''Kita mampu membina sebuah pasukan yang kuat. Dengan bajet yang mencukupi, saya yakin kita boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat,'' ujarnya.



Yang menarik perhatian adalah 16 tahun untuk menyediakan pasukan yang mantap. Aku bukan budak darjah enam untuk percaya malah umur saya sekarang layak untuk ketawa bersama rakan tentang perkara ini. 

Kebetulan pula pasukan sebelum 1994 yakni 1992 ketika menentang Enlgand adalah cukup mantap dan seingat saya tidak pasukan negara yang sekuat mereka sejak itu. 

Isu bolasepak negara  telah membuatkan rakyat  ketawa dengan kuat. Tetapi pendapat rakyat tentang bolasepak negara akan membuat pemimpin kita ketawa dengan lebih kuat.

Menganjurkan edisi 2026 pula menyebabkan aku garu kepala. Tuan rumah empat tahun lagi adalah Brazil dan pembidaan untuk edisi 2018 & 2022 telah ditutup. 

Berdasarkan undang-undang FIFA, benua yang mendapat hak penganjuran tidak layak untuk membida pada dua edisi seterusnya. 

Belgium & Belanda, Sepanyol & Portugal, England, USA dan Russia membida untuk 2018 & 2022. Manakala Australia, Jepun, Qatar dan Korea Selatan untuk 2022 sahaja. Mexico dan Indonesia telah menarik diri setelah membuat tawaran dengan alasan masing-masing.

Jika tuan rumah 2018 dimenangi oleh benua Eropah, yang layak melobi 2022 adalah USA dan negara Asia dan Malaysia tidak layak untuk melobi 2026 jika Asia memperoleh hak.

Jika USA menjadi tuan rumah 2018, 2022 menjadi rebutan Eropah dan Asia.

Secara lojiknya sekarang adalah Eropah 2018 dan Asia 2022. Dan ketika ini peluang Malaysia untuk menganjurkan Piala Dunia 2026 adalah dengan tidak menyokong Asia 2022. 

Tapi negara Asia mana pula nak menyokong Shabery Cheek kita untuk 2026 kalau  kita tidak menyokong Asia 2022. Tambahan pula Indonesia sebelum ini menyokong Australia untuk 2022.

Aku fikir kenyataan telah dikeluarkan tanpa berfikir panjang.




***************

I'm from Kuala Lumpur, Malaysia. There was an advert in Malaysia noting the fact that Soh Chin Aun, ex-national player for Malaysia in 70s and 80s (the heyday of Malaysian football), was capped in 260 plus games for his country. I'm proud if it's true but is he the most capped player in the world? asked Attan Power.
They can't all have been full internationals. The most capped player of all time (rather oddly for those who remember his incompetence at the 2002 World Cup) is the Saudi Arabian goalkeeper Mohamed Al-Deayea, who represented his country 181 times. Just behind is the long-serving Mexican defender Claudio Suarez (178). As both retired from club football this year, they are unlikely to add to their total of caps. That means Egypt captain Ahmed Hossan, who at 35 years old is still playing and has 173 caps, could leapfrog both. The most-capped South American is Ecuador defender Ivan Hurtado with 167 and the most capped European is Vitalijs Astafjevs of Latvia with 162. 

Soccernet 15th July 2010

20100713

Budaya bermusim

Tsamina mina eh eh..waka waka eh eh..

Piala Dunia telah berakhir. Aku  tidak menjadi miskin atau bertambah kaya. 

Tetapi terdapat perkara positif yang terjadi sejak Piala Dunia ini. Aku rajin membaca dan di kala internet bermaharajalela ini, ramai juga yang menjadi ulat buku internet.

Ketika ini bahan bacaan yang difahami telah tidak hangat lagi mencanangkan piala dunia sejak tewasnya England.

Aku yakin menonton saja tidak cukup untuk bertekak di kedai kopi. Semua orang menonton walaupun sekadar siaran ulangan. Kebanyakkan yang membaca inginkan killer point. Semua ingin tunjukkan yang mereka paling terror memberi pendapat walaupun semua itu dicedok.

Walaupun begitu dengan menonton kita dapat melihat pemain yang berlakon untuk iklan astro gagal menyerlah. 

Aku tak akan berkata..alangkah baiknya jika England melangkah lebih jauh. Aku tidak menyokong England tapi aku mengaku menonton perlawanan kerana pemain-pemain mereka terkenal walaupun tidak kacak. Kecuali perlawanan dengan Jerman, perlawanan yang melibatkan England sangat merugikan masa menonton.

Menyokong dan meneka pemenang piala dunia adalah dua perkara yang amat berbeza. Tapi pada perlawanan akhir, Johan Cruyff telah menyokong dan meneka pasukan yang sama. Cruyff  adalah  salah seorang daripada hero silam walaupun aku belum hidup di zaman itu kerana aku membaca ketika ini.

Menonton perlawanan yang berprofil tinggi adalah normal. Tiket perlawanan Slovenia-Algeria pun tak habis.

Tetapi Piala Dunia itu sendiri adalah berprofil tinggi, dengan vuvuzela dan jabulani nya. Lapan perlawanan terakhir dan perkara khurafat pun cukup untuk bahan dua tiga minggu ini. Itu belum lagi sebut pasal Maradona dan kisah -kisah spontan yang berlaku.

Vuvuzela kalau ditiup pada Pestabola Merdeka, belum tentu akan kontrovesi kerana mana mungkin ramai yang akan datang ke stadium untuk meniup. Tetapi vuvuzela adalah budaya Afrika dan ditiup di Piala Dunia Afrika yang entah bila akan berlaku lagi. Jabulani pun budak-budak depan rumah main tidak merungut langsung. Berbangga kerana guna bola rasmi piala dunia lagi ada.

Tapi kerana ini piala dunia, orang yang pemalas pun jadi rajin membaca. Kerana perkara-perkara  yang jarang berlaku di tempat-tempat lain itu. Kerana Piala Dunia.



Eh..aku belum ke kedai kopi untuk bertekak.



20100709

Lesen terbang

Kalau parking dekat tanah kena bayar jugak

Ada budak nak renew lesen terbang dekat pejabat pos. Kalau dia tertipu, memang kesian. Kalau dia nak menipu, kesian pasal tak menjadi.

Sayang juga kalau terror drive tapi tak lepas test.

Mungkin dia akan berusaha lebih gigih dan mencuba di pejabat pos yang lain pula.

Tapi dia dahsyat. Lesen kereta terbang. Maksudnya kereta dia boleh terbang.

20100706

Hari Perlawanan 24&25

Setiap pemenang Piala Dunia sejak 1986,sekurang-kurangnya seorang defender telah menjaringkan gol pada kejohanan tersebut.

Argentina 1986 - Jose Luis Brown
Jerman Barat 1990 - Andreas Brehme
Brazil 1994 - Branco
Perancis 1998 - Laurent Blanc & Lilian Thuram
Brazil 2002 - Edmilson
Italy 2006 - Fabio Grosso & Gianluca Zambrotta


Masih ada masa,tetapi setakat ini hanya Arne Friedrich yang menjaringkan gol untuk Jerman. Pasukan lain, defender hanya reti bertahan. 

Dan Philip Lahm paling bergaya untuk menerima Piala Dunia berbanding ketua pasukan negara lain.

Amacam...

Iker Casillas nampak letih saja

Deigo Lugano bergaduh sambil tersenyum.

 Berjaya membuat bekas pemain terbaik dunia melutut layak beraksi di Final

********

20100707
Tiba-tiba pula van Bronckhorst score dengan hebat...damned..
Tiba-tiba lagi Paul sokong Sepanyol. 

20100708
Tiba-tiba Puyol score tak pasal-pasal..bertambah damned..

20100705

56-59

Jumaat - 10:00 malam

 

Telah membuat perjanjian tak rasmi dengan jiran untuk menonton di kedai milik bumiputra yang mempunyai skrin besar. Hendak menyokong perniagaan saudara sebangsa niat kami.

 

Malang sekali,kedai yang selalunya tidak ramai pengunjung tiba-tiba berlainan sekali pada malam itu. Anggaran pengunjung pada malam tu mungkin sama banyak dengan bilangan nyamuk regular. Jadi, ada juga kebaikannya - risiko digigit nyamuk akan berkurang.

 

Berdasarkan falsafah siapa cepat dia dapat tempat duduk best , kami hanya mampu berada di sudut sukar. Ala corner flag view di stadium.

 

 Niat kedua kami adalah untuk menyokong perlawanan di antara dua pasukan hebat.


Mujur tiada yang fanatik sampai mengecat muka atau membawa vuvuzela. Yang memakai jersi Brazil hanya seorang lelaki pertengahan umur dan seorang auntie rugged yang hanya tiba setelah Filipe Melo menjaringkan gol. Dia ditemani oleh suami yang bergaya seperti mat motor. Selebih bersahaja memakai t-shirt biasa yang mungkin akan terus dipakai ketika tidur nanti. 


Tidak kelihatan ada gaya seperti penyokong Belanda walaupun ramai yang menepuk meja kecewa selepas Brazil mendahului dan menguasai perlawanan dengan corak menghiburkan dan gaya pasukan bakal juara. Belum panas lagi.


Pengadil juga lucu bedasarkan prestasi perlawanan terdahulunya dan beliau tidak mengecewakan. Sedang leka melayan perlawanan, tiba-tiba terasa sesuatu yang tak kena. Nescafe tarik belum sampai walaupun dah nak halftime.


Hati sudah panas. Urat kepala aku sudah timbul seperti playmaker pasukan Belanda. Terasa nak baling meja ke arah kaunter. Tapi rasional hati berkata dengan suasana penonton yang di luar dugaan itu, tiada siapa yang mengharap akan mendapat layanan mesra.

 

"Mintak maaf bang, gelas besar dah habis. Guna gelas plastik ya..," . Terdengar bisikan pelayan kepada abang meja sebelah.


Belum sempat mendengar jawapan, kedai berubah menjadi riuh rendah. Belanda telah melakukan apa yang Brazil lakukan pada first half dan saling menyerang dan suasana ini berterusan sehingga habis perlawanan. Belanda  menang 2-1 adalah pasukan yang hebat dan bukan kerana urat kepala aku timbul lalu menaikkan semangat mereka.


[,]

Kami pulang dengan gembira kerana kedua-dua niat kami termakbul.


Sabtu 2:30 pagi

 

Kedua-dua pasukan ini tidak dijangka untuk sampai ke peringkat ini. Walau bagai mana pun mereka tidak mengecewakan.

 

Bintang hitam bergembira sementara

 Penjaga gol yang menyamar memakai baju sama dengan pemain padang

 Abrue memulakan pesta

 Baru ada orang lain berani turut serta

 Suasana kedai kopi di Ghana

 
Suasana jalanan di Ghana 
 
 Sebak walaupun muka bercahaya

Sabtu  10:00 malam

 

Aku ada perasaan sentimental dengan mereka ini


Aku memilih untuk memakai jersi siam Jermen aku ke kedai semalam. Suasana hampir serupa dan aku berasa girang.

 

 Saya di pihak ini


Ahad 2:30 pagi

 

 Biar gambar saja yang bercerita.

 


20100702

Delapan

Lapan pasukan dan lapan perlawanan. 5 pasukan berbahasa latin, 2 pasukan gagah dari eropah dan 1 pasukan dari Waka Waka This Time for Afrika.

Belanda - Brazil, Jumaat - 10:00 malam

 

 Oranje 2010 adalah pasukan yang ditunjangi oleh pemain yang berurat kepala

 

 Pemain harapan untuk mempamerkan permainan cantik. Seorang cantik yang mempunyai isteri yang cantik dan yang seorang lagi tidak.


Uruguay - Ghana, Sabtu 2:30 pagi

 

 Gandingan mantap untuk bermain pok amai-amai

 

 Gaya menangkap harimau yang digeruni

 

Argentina - Jerman, Sabtu  10:00 malam

 

Saya berjanji tak akan menggunakan tangan tuhan

 

 Germany Next Top Model

Sepanyol - Paraguay, Ahad 2:30 pagi

 

Saya akan bermain dengan garang

 

 Saya akan senyum garang

 

 

 

20100701

Empat tahun sekali

Empat tahun sekali ada Piala Dunia. Kejohanan sukan terpenting dan terpopular.

Kejohanan sukan utama yang lain yang selalunya mendapat liputan meluas seakan-akan tidak dipedulikan kalau berlangsung pada tempoh yang sama. NBA Finals, Formula 1 dan badminton Terbuka Indonesia antara yang menjadi mangsa.

Ketika ini Kejohanan Wimbledon,peringakat separuh akhir, sudah pasti tak ramai yang sedar Roger Federer sudah tewas.  Mujur pemain utama yang lain masih beraksi.

Pemain wanita yang menarik minat penonton, termasuk mereka yang bukan meminati tenis, seperti Maria Sharapova dan Ana Ivanovic juga sudah tiada. Siapa yang mahu menonton tenis wanita kalau yang tinggal hanyalah mereka yang entah siapa-siapa dan Serena Wiliams.

Walaupun begitu, terdapat daya tarikan yang amat kuat dalam kategori jemputan wanita atau golongan veteran wanita.

Tidak pasti ada siaran langsung atau pun tidak.
 

Jadi bodoh

Dah lama tak beli barang Diesel. Poster iklan mengancam habis. Kena cari t-shirt lama.