20120429

panas (1)


Musim-musim panas ni tiba-tiba saja astro free semua channel. Boleh jugak tengok channel berita stesen luar negara. Beritanya entah benar entah tidak itu belakang cerita.

Sedang sibuk explore channel-channel yang tak pernah tengok sebab tak mampu nak bayar, tiba-tiba hati jadi panas. Channel pelangi  kena lock. 

Rasanya tak pernah ada bibik kat rumah nak sekat dia tengok tv macam nak sekat budak-budak nak tengok channel katun.

Misteri sungguh.

20120427

gerimis mengundang


Bila check online, gembira tak terkira. Ketawa berdekah-dekah . 

Tapi bila pukul 4.30 petang, ATM tak dapat detect kad, tunjuk muka sayu kat pegawai bank pun dia buat-buat tak nampak. 

Petang Jumaat yang langsung tak kelakar.

20120425

jual ubat



"You are funny but his pick-up line is better" kata amoi comel.[1]

Terpaksa meneruskan siri gagak mengejar rama-rama saja yang entah sampai bila.

20120411

perut


Keyakinan diri aku terlalu rendah. Aku bukanlah tak menarik perhatian langsung.

Komen pertama bila gambar diupload di fesbuk bukanlah tentang amoi manis nampak ketiak licin di sebelah tapi penampilan aku yang agak menonjol.


20120409

imej (2)


Rumah tak ada cermin ni susah betul. Dah tak tau macamana rupa paras terkini. Baru-baru ni ambik gambar. Baru sedar rupa-rupanya aku perasan.

20120402

gagak mengejar rama-rama (14)


Satu senyuman pun dah susah nak tolak, inikan pula kalau dua senyuman manis berganding bahu. Lagi lah susah nak tepis. 

Seminggu dua ni dah reti nak tolak sikit-sikit. Tapi bila fikir balik, selain daripada dua-dua senyuman itu, tak ada orang lain yang sudi.