20110829

1432



Tahun ni pakai baju color hijau untuk menyambut Aidilfitri. Sama dengan anak saudara yang muncul 3saat dalam videoklip raya Hujan Raihan dua tahun lepas. Bapa saudara yang ketinggalan zaman.

20110826

Diari Ramadhan (12)



Selalunya kedai makan ada toilet percuma. Lepas makan boleh buang terus. Perut terasa kosong balik.

Kan bagus kalau konsep kedai gunting rambut pun macam ni. Bagi syampoo free.

Ini tak. Jual lagi mahal dari harga gunting rambut.

20110825

Diari Ramadhan (11)


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang akan kamu dustakan?"

Ar Rahman :13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65, 67,69,71,73,75,77

[,]

Buat pertama kalinya akan berbuka dengan mak ayah tahun ni.

20110824

20110822

Diari Ramadhan (10)


"Cuti raya lama?Nak balik KL bila?Kenal dak anak PakMat? Ada orang kata satu pejabat" 

Bila orang kampung tanya macam ni, nak jawab pun serba salah. Aku nak ke KL 2 minggu sekali pun susah. Takkan nak cakap balik Selangor. Tak cukup urban pulak. 

Anak PakMat kalau satu sekolah dengan aku pun belum tentu aku kenal. Inikan  pulak pejabat aku ni dah macam satu daerah kecil.

Minggu lepas membuat percubaan beli baju raya di sebuah pusat membeli belah yang cukup sesak di KL. Nak cuba baju dan seluar pun kena main sarung depan cermin saja. 

Nak beratur ke fitting room janganlah harap. Nak beratur beli putu piring kat pasar ramadhan pun aku tak berminat.

Tengah seronok bergaya depan cermin cuba baju baru, tiba-tiba ada perempuan datang raba-raba dada sambil mencari sesuatu. 

Rupa-rupanya dia cari tanda harga yang selalunya tersangkut kat lubang butang baju nombor dua.

Lepas tu dia belah macam tu saja.

Aku rasa kalau dia raba aku sampai ke perut atau pun tempat lain, sudah tentu dia sedar yang aku  ni bukan mannequin.


20110821

Diari Ramadhan (9)


Duit raya nak bagi budak-budak rasanya ada lagi balance tahun lepas punya. Lebih dua puluh kelongsong kalau tak salah. 

Tak payah pergi bank tukar duit tahun ni. Dah setel satu perkara.

Kalau tak cukup, kena outsourse ke mak dan ayah. Lagi pun, selalunya duit raya tuan rumah yang bagi.

20110818

Diari Ramadhan (8)


Badan dah rasa ringan sikit. Mungkin pasal dah makan berpada-pada.

Konfiden level dah tinggi. Walaupun susuk tubuh masih tak berubah sangat, tapi rasanya dah boleh pakai baju saiz M ke pasar Ramadhan.

Tak menggiurkan sangat pun dan tak mengganggu puasa orang lain.

20110817

Diari Ramadhan (7)


Sejak bulan puasa ni, selalu jugak terserempak dengan jiran-jiran cina yang sedang menjamu roh nenek moyang depan rumah. Siap dengan bakar lilin.

Sempena hungry ghost gamaknya. Tapi hungry cat yang kenyang.

Orang-orang Islam rasanya ramai yang ke kubur waktu raya saja.

Dah lama tak selitkan doa untuk arwah-arwah tersayang yang dah meninggal. Kecuali kalau ada tahlil.

Harap-harap dalam sembahyang Jumaat Imam ada baca doa untuk yang dah pergi mendahului. kena harapkan orang lain jugak. Macam selalu.

20110815

Diari Ramadhan (6)


Terbaca status dalam facebook, seawal seminggu puasa dah ada orang turun 6 kilo.

Meraba-raba pinggang dan perut, rasanya aku tak patut timbang berat lagi. Tak ada berubah sangat pun.

Umur-umur macam sekarang kalau setakat kurang makan tapi lepas tu mandom, memang tak ada beza sangat. 


20110812

Diari Ramadhan (5)


Selalu jugak dengar orang bagi petua. Bulan puasa kalau waktu Maghrib masih terperangkap dalam kesesakan jalan raya, korek hidung saja.

Membatalkan sesuatu perkara tu yang aku faham macam tak kira kita dah buat.

Bagi orang lain mungkin lucu tapi adalah sesuatu yang amat merugikan kalau kita membatalkan sesuatu yang kita amalkan selama seharian dengan setakat korek hidung.

Walaubagaimana pun, pahala amalan ni hak mutlak Yang Maha Esa.

20110811

gagak mengejar rama-rama (6)


Rupa-rupanya dah ada gambar berdua dengan perempuan-feveret-sejak-dulu. Tak sedar. Pasal jarak kedudukan lebih kurang kentut pun tak boleh sampai bau.

Hasilnya sungguh natural dan klasik. 

Teringin sejak sekian lama. Handphone nak hancur. Kamera pun tak mampu nak beli. Risiko untuk bergambar berdua macam ni lagi teramatlah rendah.

Terpaksa buat wallpaper sekarang jugak. Terpaksa cuci nak lekat kat peti ais.

20110807

Diari Ramadhan (4)


Perut sudah dapat membiasakan diri sejak sehari dua ni. Maklumlah dah masuk hari ketujuh.

Dua tiga hari yang mula, kadang-kadang ia meragam. Mungkin sebab diet dan sesi makan yang berubah mendadak.

Masa ni nak kentut di khalayak ramai pun kena fikir dua tiga kali. Bukan apa. Tak tahu apa yang akan keluar nant. Takut yang keluar bukan setakat angin, tapi dengan pepejal atau cecairnya sekali.

Masa ni jugak tak patut terlibat dalam pergaduhan. Kalau ada orang tumbuk perut, sudah tentu ia akan bertukar menjadi satu pergaduhan yang sungguh kotor.

20110804

Diari Ramadhan (3)


Dah jumpa surau yang pada petangnya ada jual juadah berbuka berdekatan yang  menjadi punca bekalan moreh tak akan putus sebab kuih selalunya tak habis jual dan pada malamnya taraweh dengan kelajuan yang sungguh ngeri.

Kombinasi yang amat bagus.

20110803

Diari Ramadhan (2)


Selalunya terbayang kerja bomba ni padam api,selamat kucing atas pokok, sambut orang cuba bunuh diri dan kerja-kerja menyelamat yang lain.

Hari pertama puasa masa balik dari kerja terserempak dengan sekumpulan bomba yang bertungkus lumus cuci jalan.

Di belakang kereta bomba pulak ada terlindung kereta polis dan kereta-kereta buatan Malaysia yang hancur remuk.

Mulut secara automatik mula beristighfar panjang dan dalam hati berniat nak online beli tiket kapal terbang.

20110801

Diari Ramadhan



Sesungguhnya akan kaya-rayalah puak-puak yang berniaga pada bulan ini. Sebungkus macam ni, budak darjah satu pun akan mintak tambah.