20101129

sayang menyayang

Dua-dua pilih KLCC.Lepas tu dua-dua menangis.keh3
Aku join rombongan dengan misi yang tak kurang penting. Sesuai dengan tabiat aku diam tak berhenti, kawan aku bagi kamera. "Hang ambik gambaq sengap-sengap".

Tapi pasti samada prestasi aku bertaraf dunia atau bar yang diletak terlalu rendah.Gambar yang didelete tak sampai 10%. Tu pun pasal memori dah nak penuh. 

 Gambar-gambar ini bukan dari kamera aku. Berdasarkan trend semasa, sudah tentu ianya dirembat dari fesbuk. 

 

Ada banyak perkara yang kita rasa ingin berkongsi dengan semua orang. Namun adakalanya lebih baik kita tidak terlalu terbuka untuk menjaga air muka dan lebih banyak hati yang lain.

 

Dan dengan sebab itu mungkin kawan-kawan aku ni tak upload gambar aku. Nanti ramai yang tak puji, pedih pula hati fotografer.





20101125

jalan-jalan dan makan-makan

"If you're not gaining 2kg in two days, you shouldn't come to Penang again".
Hanya orang tempatan dan orang yang pernah rasa saja tau rahsia kegilaan ini. Kedai yang betul bukak pukul 10malam. Pukul 950 orang lain walaupun di tempat yang sama.

Cari pasal kalau beratur panjang tapi tak sedap. Tapi nak kata sedap sangat tu tak la. Faktor menunggu sejak 8.45 dan kena beratur tu yang buat jadi meleleh air liur pasal lapar.

a few good man


Bebarapa hari lagi Encik Pegawai akan menamatkan zaman teruna. bujangnya. Kami berkawan sejak kecil. Kecil di sini dari sudut usia dan susuk tubuh.

Encik Pegawai senang didekati dan baik hati. Orangnya cepat mesra dan suka membuat lawak tidak cerdik kadang-kadang. Tapi peduli apa kalau orang boleh ketawa.

Ketika dia tahu aku kesempitan wang, dengan sepantas kilat dia bertindak diiringi dengan sms "Aku dah transfer maybank2u." Tak payah mintak dan tak pula mintak balik.

Keakraban kami jelas. Cikgu kami pun cakap kalau ada Encik Pegawai tentu ada aku. Kemana dia pergi aku ikut. Kemana dia nak pergi dia ajak.

Walaupun susuk tubuh kami hampir sama, tapi sebagai pendiam , aku invisible. Dia buat aku disedari bila di khalayak rakan-rakan.

Aku berkenalan dengan bakal Puan Pegawai beberapa tahun lepas melalui frenster. Aku ajak dia buat fesbuk. Kami agak rapat di alam maya.

Encik Pegawai tidak sempurna dari beberapa sudut, seperti umat manusia yang lain. Puan Pegawai kadang-kadang mengadu. Katanya  "telling him without telling him". Aku kalanya aku secara tak langsung menyampaikan pesan Puan Pegawai ke Encik Pegawai tapi selalunya tidak. 

Ada juga sekali aku balas.."I akan di pihak Encik Pegawai walaupun dia salah."

Aku tahu mereka akan bersatu dan bahagia akhirnya.

[,]

Kesempitan wang sekarang. Takkanlah nak mintak dari dia untuk hadiah perkahwinan dia sendiri. Khabarnya ramai rakan-rakan dah declare hadiah nak bagi.

Aku ingat nak bagi stroller saja...tahun depan.



20101121

tolong menolong budaya kita

Semalam kawan aku tolong Retweet dR Rozmey. Aku pun cuba juga nak tolong dR Rozmey mencipta sejarah. Tapi bila check GSC online, hanya ada 4 orang saja yang sudi tolong tengok show pukul 9.

Aku sms ajak rakan sebaya makan sup.

[,]

SMS ini diterima tadi dari +6285215824

"Ni p'cik guna kad orng,tolng isikan p'cik topap RM30 di number baru p'cik ni no dia 0178343217,pasal p'cik ada kes di balai polis,Boleh tak cepat sikit kirim"

Cukup-cukup 1 page. Bajet baik punya. Heran pula pasal apa p'cik tak sebut nama aku. Mintak tolong dengan anak sedara dia yang lain sama kot.

masa

Kalau janji tengah hari tapi pukul 1030 orang tu dah call tanya bila nak sampai, memang nak kena tendangan percuma. Tengahari seperti yang kita sedia maklum bermula pada pukul 1200.

Kalau cakap nak bangun pagi, tapi pukul  0930 pun tak sedar lagi, patut juga kena tendangan percuma. Bangun pagi bermaksud sebelum terbit fajar.

20101120

potongan rambut

Tengok setakat Azkaban saja...
Cantik pula kadang-kadang bila tengok perempuan berambut pendek. Nampak cergas dan muda.

Kawan aku yang seorang ni berambut pendek juga. Sungguh energetik. Sekarang entah ada kat mana. Dah beberapa minggu tak jumpa. 

Kalau ikut plan yang dia cakap dulu, minggu ni tengah berlari-lari. Eh..macamana aku boleh ingat lagi benda yang dia cakap dulu..??

 

"Hope is the thing with feathers, that perches in the soul, and sings the tune without words, and never stops at all." ~Emily Dickinson~

20101119

kesusahatian



Sebagai seorang yang sentimental, hari ini hati terusik. Tak perlu menunjuk-nunjuk. Bahasa tubuh jelas.

Harap-harap boleh tidur lena malam ni.

20101117

سلام عيدالاضحا

Ketika di puncak menara gading dulu, selalu jugak tak balik bila tiba hari raya haji.Di negeri yang hanya memperuntukkan sehari untuk perayaan ini, agak sukar untuk berulang-alik 1350km dalam masa sehari.

Selalunya masa tu lepas solat sunat Aidiladha, balik rumah tidur saja.

Hari ini, bekerja di negeri yang juga meraikan raya korban sehari, terpaksalah tak bersama keluarga sejak 3 tahun.

Dikelilingi oleh golongan bukan Islam, terasa perlu juga bergaul dengan saudara sesama Islam. Dimulakan dengan solat sunat bersama saudara dari Bangladesh,Pakisatan, India dan  Timur Tengah.

Suasana pelik bermula selepas ketika ibadah korban. Surau tempat bersolat tadi bersebelah dengan tempat ternakan dan sembelihan binatang.

Tiada takbir beramai-ramai dan korban kambing pula melebihi jumlah lembu dengan nisbah yang tidak seimbang. Insan-insan mulia yang melakukan ibadah ini pula macam buat kerja sendiri-sendiri.

Dapat saja kambing, yang kebanyakkannya kelihatan sungguh cantik dan besar, terus saja ajak kawan sembelih sendiri. Si kawan berperanan sebagai tukang pegang kaki kambing dan tukang ambik gambar tukang sembelih yang posing garang selepas tu.

Aku beralih ke tempat lembu. 2 orang Bangladesh ikat lembu ke tiang dan seorang orang kita jadi tukang sembelih. Simple.

Bila aku balik ke tempat kambing, aku tengok kambing pertama yang disembelih dah digantung terbalik ketika masih mengelupur. Dan serentak dengan itu seorang hamba Allah entah dari negara mana terus melapah.

Aku tergamam. Nak menegur orang berlumuran darah yang memegang pisau bukan kerja senang. Aku bukan orang alim dan mungkin mazhab mereka membenarkan.

Ketidakselesaan memaksa aku ke masjid yang diiktiraf oleh kerajaan negeri. Ada 2 ekor yang khabarnya dikorban oleh jabatan agama dan 7 ekor yang lebihnya oleh penduduk tempatan.

Suasana lebih muhibah. 20 orang pegang sekor lembu...Suasana Malaysia.

[,]

Dapat kupon no 160 tapi orang no 2 dapat daging setelah peserta korban selesai dapat bahagian masing-masing.

Tengah fikir masakan sesuai sehingga hujung minggu.

[,]

**Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Saya juga berdoa agar semua jemaah Haji kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat, insyaAllah**

dialog remaja masakini

You pilih I ker pilih KLCC??

20101116

nasihat berguna (2)


"My lecturer told me, if you want to be a good executive, you must at least have 3 girlfriend at  one time.When flirting, you become sharp,dressing up, become more organise, a bit creative and know how to bluff. It is not my fault. I just forced by my lecturer."

Lebih kurang macam ni seorang rakan berketurunan dan berasal dari India. Isteri berada di kampung halaman.

Bila aku rasa yakin dengan bahasa inggeris aku, aku pun balas, "when I hang out with my friend ,girls, I do't even bother to contact my other girlfriends..until a few weeks later.."

"You must change my friend.."

20101114

happy 29th

Bila nak wish happy birthday, aku lebih suka sebut yang ke berapa. Orang cakap pompuan tak suka jadi tua tapi bila aku sebut umur ok saja.

Mungkin kawan-kawan aku rare. Bergembira dengan pertambahan umur sendiri. Yang menghampiri 40an tapi masih solo pun happy.

Mungkin bagi lelaki life begin at 40. Tapi bagi perempuan life is everyday.

Perkara ini patut diambil iktibar.

[,]

Sms dan call takada masalah. tapi kalau wish kat fesbuk mungkin lain pula cerita.

20101113

membaca buku kita menimba ilmu

Puak-puak ini penulisan mereka memang masuk dengan jiwa. Dah beli 3 buku. Yang pertama orang pinjam. Rasanya akan sukar dapat balik. Yang kedua dan yang ketiga aku nak simpan bawah bantal.

Cerita kehidupan yang tulus.

Baru beli bila dapat gaji yang lepas. Belum habis baca. Letak dalam kereta untuk dibaca sedikit demi sedikit ketika menempuh kegilaan Lebuhraya Damansara Puchong. Lepas ni mungkin akan baca ketika keheningan di pejabat.

Lebih berbaloi ini daripada penulisan orang england.
Pernah baca ketika masih dalam bentuk blog ketika Piala Dunia.  Rupa-rupanya misteri kehilangan telah terjawab. Munggu lepas ke Uya tak wujud lagi. Terus balik bukak maybank2u. Alamat rumah sewa tak ingat ,alamat pejabat taktau pula.

Khabarnya sudah sampai ke pejabat kakak. Terpaksa travel 48km untuk kutip.



20101107

Unsinkable (2)

Semut,tikus,anai2 semua dah homeless






Dah dua hari berturut tengok berita dan dua hari berturut-turut jugak berita banjir bukan menjadi berita utama. Dua hari lepas sekadar berita ketiga. Malam tadi hanya disiarkan selepas berita orang sakit perut.

Kemudian berita persoalan tentang pihak siapa yang datang membantu dan siapa pulak tidak. Yang datang membantu diberi pleuang masuk tv dengan menaiki jentolak dan yang kononnya tak datang pula tidak diberi peluang bela diri.

Mungkin yang tak datang tu sibuk bertengkar dan memerah otak memikir bagaimana nak menyurutkan air yang khabarnya berpunca dari pembangunan dan perancangan yang kurang teliti.Mungkin juga mereka sibuk menyelamatkan diri kerana mereka juga tinggal berdekatan dan mungkin juga menjadi mangsa.

Naik kapal terbang pun peramugari yang manis selalu mengingatkan supaya pastikan diri sendiri selamat sebelum cuba selamatkan orang lain.

Nanti dikatakan tidak membantu, aku dengan rendah diri dan penuh zuhud mengumumkan yang aku telah melawat kawasan yang telah dilanda banjir yang berdekatan. Tidaklah sampai menolong sangat jadi aku tak kisah kalau tak masuk tv.

Keadaan sangat sayu melihat orang berkhemah dan berpiknik di tengah jalan raya yang kebanyakkannya lebih tinggi dari kawasan rumah. Tak kurang pulak yang menjadikan bus stop sebanai tempat perlindungan sementara. Insaf sebentar.

Aku hanya manusia biasa. Bila ternampak manusia diangkut dengan lori, aku ketawa kecil. Berhimpit macam lembu nak kena sembelih pun ada. Hati mula sebak kembali bila ternampak wajah sayu mereka. Kesabaran dan kepayahan terpancar untuk meneruskan hidup.

Aku tak ingin mejadi hero rakyat. Pada zaman ini, hero rakyat hanya wujud dalam cerita tamil.

Yang sibuk menonjol diri tu adalah mereka yang berkepentingan dan membawa bendera ketika membantu.

Walaupun begitu,mereka yang menjadi sukerelawan, semoga Allah membalas jasa dan melindungi anda semua.


20101105

Unsinkable

Instrumen utama aku untuk mengambil gambar adalah kamera handfon aku. Berdasarkan keadaan semasa dan ketakjuban ketika memandu,tiada bukti bergambar yang jelas untuk jadi bukti malapetaka di kampung halaman.

Di sesetengah tempat, musim banjir kalau setakat pinggang adalah perkara wajib. Tapi kalau di kawasan rumah aku ketika itu hanya naik setakat tebal selipar jepun.

Kalau di tempat aku paras buku lali dah patut diisytihar paras berjaga-jaga. Tak macam tempat lain kalau paras paha baru nak isytihar.

Tangga dah standby untuk naik atas bumbung.Mana lah tau nanti air naik paras betis. Senang nak naik kalau ada helikopter nak menyelamat.keh3.

Bukan nak mengada-ngada tapi berdasarkan situasi sekarang tinggal 1 jalan bergazet untuk berhubung ke dunia luar dan 1 jalan haram. Esok mungkin tinggal jalan haram tu saja.

[,]

Hari ini adalah hari perayaan yang bertemakan api,minyak dan beras di ruang tamu rumah. Kalau ada yang berjaya buat di kawasan berdekatan, adalah wajar dianugerahkan darjat setinggi Presiden Fifa oleh kerajaan negeri bola.

Hari ini juga kali pertama aku pulang beraya dengan dia.

Hari esok jiran selang beberapa rumah nak buat kenduri kahwin. Aku patut bantu agar tetamu yang telah diundang akan datang juga meranduk. Idea yang terlintas adalah 'pengantin perempuan pakai skirt.' Kejap lagi kena post dalam fesbuk.

Hari lusa adalah percubaan pulang ke kota.