20131013

Yakin


"Madinah surprisingly lebih sejuk dari KL"
Beberapa bulan lepas aku cuba berkongsi pengalaman.Lebih kurang bulan Mei.

"Sekarang kat sana bukan musim panas.Tunggu bulan 7,8 nanti mau tau la."
Rakan A membalas.

"Madinah jauh dari khatulistiwa. 24°di utara. KL 4°"
Rakan B lebih educated.

"Pasal dekat dengan Syurga"
Perempuan-feveret-sejak-dulu.
Dengan nada penuh yakin.

20131011

gagak mengejar rama-rama (21)



"Orang kata, kalau nak tau kita ni mulititasking ka tak, cuba kencing dan berak serentak" Aku cuba berkongsi pengetahuan.

"Tangan kiri dukung anak sambil memasak, mata tengok tv kadang-kadang jeling ke resipi dan bercakap telefon dengan loudpseaker.Makanan sedap dan baby diam.Itu baru betul multitasking."
Perempuan-feveret-sejak-dulu jawab selepas terdiam dalam 5 saat.

"Perempuan saja boleh buat ni" Tambah dia lagi.

20130324

imej(6)



Rupa-rupanya kalau nak ke mejelis makan-makan malam anjuran kaum Cina,kena sampai sebelum pukul tujuh, cukup sekadar pakai t-shirt tidak berkolar dan seluar bermuda.

Mejelis sepatutnya 6 petang hingga 11 malam.

Sampai pukul 830,makanan hampir tinggal sisa dan awak seorang saja paling hensem pakai kemeja berseterika.

Tak ada orang bagitau.

20130306

semua orang boleh terbang (1)


Aku jarang-jarang sekali naik kapal terbang. Bila dah naik,aku ingat hampir segala details.

Pernah naik dengan tiket RM49 yang disambut oleh 3 pramaugara dan seorang permaugari.

Baru-baru ni dengan harga RM29 saja aku dilayan oleh 3 pramugari manis dan seorang saja pramugara. Destinasi sama.

Dengan ini,aku berikrar hanya aku naik jika tambangnya dibawah RM49. Lebih nilai untuk wang.

20130207

Aneh


Pagi tadi terlihat permandangan yang aneh. Dua orang anak muda menelaah pelajaran menggunakan sketch book di cafeteria. Ada peta minda. Tiada i-Pad mahu pun laptop.

Aku mendoakan mereke lulus cemerlang.