20101231

selamat tahun baru



Seperti biasa, tak akan ada aktiviti minum arak. Tapi sekarang first time tahun baru di ibu kota.

Semoga 2011 lebih selamat.

20101229

lelaki Malaya

Luna Maya dan indog

Cameraman Indonesia memang bagus sekali malam ni. Mula-mula fokus penonton perempuan lawa, lepas tu fokus lelaki buruk Indonesia.

Dengan ini diumumkan bahawasanya yang aku adalah seorang lelaki Malaya.

[,]

update:baru jumpa gambar yang lebih seksi

20101228

bolasepak negara

Aksi bertaraf dunia seperti ini memang jarang berlaku di negara kita.

Ketika bolasepak menjadi isu hangat nasional ni, kalau orang ajak main futsal tapi tak join memang serba salah. Keadaan memang tak mengizinkan.

Bukan setakat isu nasional tapi isu serantau. Dengar cerita, budak-budak bola kita di sana memang akan hadapi banyak cubaan berbahaya..

Tapi kalau pergi stadium semi hari tu boleh dikira ambil berat juga dengan bolasepak negara.

Lagipun injured nanti macamana nak menjerit depan tv malam esok.

medan magnetik


Masa ni la kad atm buat hal. Kena fikir simpan kat tempat lain pula. Selalu sangat rosak.

ilusi optik

belek gambar sekolah.boleh tahan jugak aku..
Minggu lepas majlis perkahwinan rakan sekolah menjadi titik pertemuan semula dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah lama tak jumpa aku. 

Ayat sapaan yang paling famous pun terkeluar dengan muka separa hairan," Awat hang jadi macam ni wei..?".

Aku akur sambil tersenyum. Semua ini berkaitan dengan 'kelebihan' dan 'kekurangan' aku sekarang ni. Sampai ada yang aku terpaksa introduce diri.

Aku akur juga dengan saranan supaya kembali kepada zaman remaja. Kalau dulu senang-senang saja bila malam hari outing tiba-tiba saja meja berkemas dan ada coklat. Itu belum kira surat-surat layang.

Sekolah lama memang terkenal dengan cerita hantu tapi aku pasti ini bukan satu daripadanya.

Sekarang jangankan coklat, nak ajak orang keluar pun susah.

Tapi paling menakutkan bila meja orang bujang melepak di majlis kenduri dah tinggal satu.

20101226

harian metro


Ketua editor  confirm dah huru-hara. Agak-agak mukasurat depan esok nak keluar cerita seks ka cerita sukan..?

20101225

siapa sakit naik atas

Lagu rakyat yang makan dalam

Enam tahun lepas masa makan kenduri kat Muar, budak-budak kompang yang baru akil baligh nyanyi lagu yang berbaur lucah. Tak rasa bersalah langsung.

Kenduri kahwin kawan sekolah aku esok ingat nak berbisik saja. Tak sopan pula nak nyanyi "enjit-enjit semut."


Jeneral Yamashita

Tak semua berani dengan harimau malaya
 Aku sms kata-kata keramat Bill Shankly kepada seorang kawan, "Some people believe football is a matter of life and death, I am very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that."

Dia balas, "Malam esok datang rumah aku tengok bola..kalau berani.."

20101224

lupa



"Banyak-banyak ambik result exam, aku paling tak ingat masa ambik result PMR. Aku ambik kat mana, pergi dengan siapa... UPSR, SPM aku ingat sampai tua."

"Kenapa?"

"Masa aku form 3, budak sekolah aku semua laki."

orang susah



Sunway Medical Center.

Perempuan cantik di kaunter tu kata,"The doctor is not in. Probably he'll be back in one hour.If you want to wait, the cafeteria at the LG floor."

Berjalan dua tiga langkah nampak Starbuck.

Terus aku masuk tandas. Tengok cermin.

20101223

bas ekspres yang ngeri


Menaiki bas ekspres untuk balik ke kampung halaman telah memberi beberapa kejadian ngeri. Kemalangan berdarah tu adalah sekali tapi tak lah sampai ada yang maut. 

Kejadian-kejadian seperti beli tiket tapi bas tak ada, beli tiket pukul 9 malam tapi bas sampai pukul 3 pagi, tertidur dan pakcik sebelah tipu cakap tempat patut turun dah terlepas adalah perkara-perkara yang berkaitan.

Kalau dapat duduk bersebelah perempuan muda pula mujur kalau dapat. Dapat sekali eksiden pula.

Kali terakhir naik bas beberapa bulan lepas amat memberi kesan. Buat kali pertamanya duduk di sebelah orang kurang upaya. Sebagai orang yang mempunyai budi pekerti, situasi menolong orang buta adalah perkara mudah.

Advanced juga pakcik ni. Ada telefon tangan.

Selepas beberapa belas minit kami berbual, rasanya pakcik tu dah terlelap. Senyap.

Tiba tiba terlintas dalam fikiran, macamana kalau nanti bas ni berhenti rehat dan pakcik ni nak pergi tandas?? Kalau dia ajak masuk tandas sekali, kalau dia mintak tolong aim, kalau dia suruh basuh??

[,]

Hati nurani hampir hilang...


20101222

selamat bercuti




Dengar cerita, kalau perayaaan berlainan agama, orang kafir Amerika wish "Happy Holiday" saja. Warak juga.

Takpun majlis agama dah keluarkan statement dan rakyat patuh.

20101221

kerjaya




Sejak berjinak-jinak dengan kerjaya baru beberapa bulan lepas, fikiran agak terbuka. Terpaksa berjumpa orang dari segenap lapisan dan rupa bentuk telah membuka beberapa perspektif.

Sebelum ini, anggapan awal semua yang berkerja di makmal semuanya berkaca mata tebal dan berambut kerinting beruban. Maklumlah orang-orang bijak tak mementingkan penampilan.

Pertemuan dua minggu lepas merubah segalanya.

Tanpa memberi salam, ayat pertama yang terkeluar adalah, "Ni Cik ke Puan??"


20101220

lancar


"Baguslah kau selalu beli buku-buku macam ni. Ada lagi buku yang puak-puak ni tulis?"

"Tu yang last.Kenapa?"

"Kelakar siut. Senang aku nak berak.."

cari yang menjamin masa depan


Semalam dengan tidak sengajanya berjalan-jalan di carrier fare Putrajaya. Tidak begitu besar.

Tiba-tiba berkumadang lagu Wali Band - Cari jodoh. Semangat dah jadi lain macam. Bagus betul DJ.

Cari kerja bolehlah diibaratkan sama dengan cari jodoh.

20101218

patriotik


Dah lama tak tengok bola kat stadium. Rabu lepas suasana agak amazing jugak. Tambah pulak minum air kosong gelas besar kat Kinrara lepas jerit-jerit maki hamun.

Cilakak punya kedai. Seringgit.

Malam ni game kat Vietnam. Kena tengok kat stadium astro. Tapi rutin minum ke Kinrara takkan dipertimbangkan langsung.

20101217

sarapan


Satu ketika dahulu.

Seorang budak lelaki yang agak lurus memesan nasik lemak dengan telor mata kerbau. Nasik lemak dan telor sampai 3 minit kemudian.

Perempuan yang duduk di hadapannya,usianya lebih tua, tanpa segan silu berkata,”Eh..aku sukala tgk telor ko..bergoyang”

“Err…sori..salah saya..tunjuk telor saya di khalayak ramai..”

20101216

kelapa



Kata orang makin tua makin berminyak. Tengok orang tua pun kadang sejuk hati. Muka tenang penuh pengalaman.

Cuma yang tak bestnya bila orang2 tua ni boleh bercouple dengan gadis-gadis muda.

20101215

alternatif


Kalau takut kena usik dengan hantu malam-malam kat rumah, buka laptop layan. Syaiton tak kacau kot kalau dah buat perkara mungkar yang lain.

20101213

permainan cantik


Main futsal hujung minggu lepas banyak perkara pelik yang berlaku. 

Aku bukanlah yang paling tinggi, bukanlah yang paling ringan, bukanlah yang paling tua dan bukanlah yang mempunyai ukur lilit pinggang paling besar.

Tambahan kepada yang pelik tu aku adalah golongan minoriti yang tidak bercacah di badan.

Suasana agak menakutkan.

20101211

nasihat


Salah dengar nasihat. Takpun dengar nasihat dari orang yang salah. Terasa macam perdana menteri pula.

Nak kata diri sendiri bodoh tak patut sangat. Cuma lurus tak bertempat.

Sekarang kehidupan tengah kucar kacir.

20101209

nasihat berguna (3)

Kata rakan sebaya, kita boleh bertolak ansur setakat yang mampu. Bila orang dah start pijak kepala, kita kena melawan. Tapi kalau amoi China nak pijak belakang, kita kena bagi. Tambah pulak dah lenguh-lenguh ni.

Jom..


20101208

pisau yang menikam

Secara fizikal tikam kat mana pun sakit. Tapi kalau kena kat belakang tu kadang-kadang sakit dia lain macam.

Mungkin orang buat tu tak sedar. Kita pun kadang-kadang tertikam orang jugak dalam sedar tak sedar.

Orang yang kena tikam saja yang tahu..

20101204

luar negara

Minggu lepas ada forum perdana antara penghuni rumah. Para panel bukan calang-calang. Terdiri daripada lulusan Al Azhar cawangan Kelantan,Al-Azhar cawangan Terengganu,Al-Azhar cawangan Kedah dan Al-Azhar cawangan Johor.

Tajuk yang dibincangkan status bemastautin,bermukim,bermusafir dan hukum solat Jumaat. Betapa hebatnya topik ini hingga berlanjutan selama beberapa hari.

Berdasarkan pemahaman, status semua panel hanyalah sebagai bermukim yang tidak dikira sebagai syarat sah 40 orang solat Jumaat.

Yang menjadi persoalannya sekarang semalam aku bersembahyang di University of Nottingham yang bukan terletak di England. Forum perdana mungkin akan bersambung.

Kebanyakkan jemaah bukan orang tempatan. Rata-rata berasal dari timur tengah, Afrika dan negar nusantara lain berdasarkan susk tubuh dan gaya percakapan.

Khatib juga mungkin berasal dari Iran atau Iraq yang membaca Khutbah dalam dua bahasa sambil mata menyorot ganas dan dengan nada serius.

Aktiviti keagamaan kalau dijalankan oleh orang Arab tak semestinya yang terbaik dan tak semestinya salah walaupun tidak sama dengan yang selalu kita amalkan.
Tapi pihak berkuasa tak pantaukah?Cukupkah syarat2 sah mengikut mazhab kita..?

Aku tak pasti status solat tersebut dan berharap akan diterima Allah.

p/s:kerana faktor malas aku tidak ambil langkah berjaga-jaga dengan bersolat Zohor.

20101203

mencarut

dah tak larat.