20110629

DotM (2)


Semua orang cakap yang dulu lagi hot tapi perempuan ni yang mampu racun robot muka sebelah senang-senang saja.  

Setakat jutawan kacak pancing dengan kereta-kereta mewah tu, apalah yang dia nak pandang sangat.

Kalau dia kawan aku dan pandai cakap melayu, ingat nak ajak teman beli tilam. Boleh dia main tawar harga.

20110628

DotM


Setakat beli model sampai habis duit ribu-ribu, aku rasa tak cukup hardcore. Kalau sanggup suruh anak ponteng sekolah petang walaupun minggu depan nak exam pasal nak ajak teman tengok wayang, yang ni baru aku respect. 

20110627

harapan


Sejak berada di ibu kota ni, kalau isi borang aku selalu letak nama kakak sebagai emergency contact. Boleh diharap bila-bila masa.

Kalau jadi apa-apa, kakak selalunya cergas dan pantas bertindak. Selalu tau apa nak yang patut buat.

Semalam aku baru tau aku jadi emergency contact seseorang. Rasa macam hero.

20110624

gagak mengejar rama-rama (2)


You held up your hand,curled your fingers in and said, "this is how big your heart is.as big as a fist."
I held up my hand,closed it over yours and said,"no.my heart for you is always bigger  than your fist."

Jumpa kat website mana tah tahun lepas. Terus sms ke perempuan-feveret-sejak-dulu dengan penuh tulus.

Dua tiga hari lepas entah macamana terlepas cakap, "Jantung kita besar penumbuk." 

Buruk sungguh kalau translet sebijik.

Memburukkan lagi keadaan, perempuan-feveret-yang-baru ada bersama.

20110623

kulit


"Betul ke you orang ni orang kedah..? apesal you tak hitam..?"

Cik adik oii..bukan semua orang kedah buat bendang. Orang kedah dah ramai jadik artis terkenal. 

20110620

sms


Semalam ketika satu negara riuh rendah ucap selamat untuk kaum bapa, aku terima sms ringkas dari rakan seperguruan.

Ucapan yang langsung tak rugi duit,  tepat dan sensitif. Tak macam yang aku dapat dari perdana menteri.

"Selamat hari bapa saudara.."

Sampai sekarang aku tak tau macam mana nak respon.

20110617

gagak mengejar rama-rama



Kedua-dua perempuan feveret adalah kawan baik. Perempuan-feveret-sejak-dulu, yang aku kenal berbelas tahun dulu, yang memperkenalkan perempuan-feveret-yang-baru.

Perempuan-feveret-sejak-dulu yang bagi pinjam henpon tapi tak mintak-mintak pun sampai sekarang.[1]

Perempuan-feveret-yang-baru kalau makan-makan, dia selalu suruh aku habiskan bahagian dia.[2]

Jadi, dua-dua sama penting. Dua-dua senyumnya sungguh manis.

Minggu depan masuk marathon. Main kejar-kejar.

20110616

sarjan


Umur aku hari ni sama dengan umur ayah masa aku dilahirkan.

20110615

wanted


Orang yang selalu call cari Rosli tu call lagi.[1] Banyak kali. Dia masih percaya yang aku ni Rosli. Rosli ni ada buat loan.

Nombor yang dia dail tu memang nombor aku. Dah 8 tahun pakai nombor ni. Senang nak ingat. Orang yang tak hafal sifir dua tu boleh ingat.

Dia nak pergi cari Rosli kat pejabat esok. Harap dia jumpa Rosli.

20110614

tanpa [i]syarat


Minggu lepas teringin nak makan charkoteow. Keluar makan sorang.

Hujan renyai-renyai .Meja berpayung penuh. Nak duduk ikut suka nanti berkuah lebih pulak.

Tokey kedai suruh join meja dua budak muda yang kacaknya mudah-mudah saja boleh menang AF. Tak payah keluar suara.

"Jangan risau bang. Mulut depa tak hingaq...".

Aku senyum. Bahasa isyarat yang aku tau hanya mencarut dan i luv you saja. Nak join bersembang tak boleh.

[,]

Aku hanya tak reti nak meluahkan. Bukannya tak boleh. Walaupun masa dengan perempuan feveret semakin tidak mengizinkan.

20110613

cuba


Tengah jalan-jalan kawasan rumah lama yang sungguh nostalgia, ada sepasang budak duduk bawah pokok.

Terdengar suara budak lelaki yang masih belum pecah, "Nanti aku beli kotak muzik bagi kat hang.."

Budak pompuan tu kuis-kuis tanah.

Banyak boleh belajar dari budak sekolah rendah ni.

Minggu lepas aku baru cakap amoi ofismate yang muda dan seksi, " you nampak gemuklah..."

20110610

hujan emas


Kecik-kecik dulu ingat Puduraya tu lah KL. Sesak semacam. Semak perut dengan manusia. Luar pada tu dah kira tempat lain.

Tak ingat pulak tandas kena berapa sen. Kecik lagi ayah yang bayar. Semalam bayar sendiri. Pudu dah cantik jelita. Tapi tandas masih konsep yang sama. Wet toilet. Bocor sana sini.

Sebelum balik, walaupun dengan bas, servis kereta dekat rumah. Habis diselakselongkar cakap macam-macam nak kena tukar. Kalau kena tukar sampai macam tu sekali, baik beli kereta baru.

Kalau kat  kampung senang saja. Suruh pomen tukar minyak enjin, yang tu saja dia buat. Cek air bateri pun tidak. Tak payah risau kos tambahan. Nanti bila rosak pikir lain.

Pernah ada kawan cerita, masa makan kat Bangsar, brader kedai tu sound "Dik, kalau dah makan sila bayar.."  Memang lah ramai orang tengah menunggu tapi mana ada orang makan terus nak belah.

Kat kampung lain pula bahasa brader kedai. "Bang, mee dah habih tapi pekakaih masak dia ada lagi.." Orang kampung aku langsung tak dak perasaan nak kaya.




20110608

sang putra dan putrinya


Kakak pernah cakap, tahun lepas sang putra pernah tanya, "Mak, kite ade adik perempuan..?"

Si emak jawab,"Takdak.."

Sang putra bagi solution agung, "Nanti kite beli kat giant.."

Kakak cakap nama sang putri kalau dialihbahasa jadi puteri kesayangan yang cantik.

Sang putra ada seorang lagi adik. Tiga-tiga warga kota. Minggu ni dah pulang ke kota. Kakak dah habis pantang.

Tak sempat bapak saudara nak jumpa. Tak sempat bapak saudara nak prektis pujuk-pujuk perempuan.

Nanti bapak saudara terpaksa tepuk bahu saja bila nak pujuk perempuan-perempuan feveret.[1]

20110607

tawar

 

"Abang jangan bagitau orang. Dengan brader tu saya bagi 70. Abang punya pasal saya bagi 50 saja."

"Saya bagi kat abang ni harga modal saja..untung tak ada.."

Aku sengih saja bila dapat ayat macam ni kat kampung. Selalu sangat. Selalu jugak aku tak beli.

Tapi yang paling tak lupa masa beli jam 8 tahun lepas. Jam raya.

"Jam ni harga 350. Yang tu harga 300. Kalau abang ambik dua-dua,saya bagi 300.."

Apa punya gila nak menipu.Tapi aku beli jugak. Maklumlah lurus bendul. Share dengan adik.

Kalau tak kerana jatuh dan asyik berkelip tak berhenti, waranti bateri 10 tahun tu mungkin boleh guna. Tahan dekat 7 tahun jugaklah bateri dia.

Plan nak ajak perempuan-perempuan feveret jalan-jalan uptown beli barang. Mula-mula ajak sorang saja. Lepas tu teringat lagi sorang.

Bertiga lebih baik. Dua senyuman manis mungkin diskaunnya lebih.

20110606

balik kampung


Lepas ni kalau ada orang puji, mengeluh pasal terminal bandar tasik selatan, aku peduli apa. Takdak kena mengena langsung.

Pudu jauh. Nak naik kat tempat lain hilang pulak feel. Dulu tak suka beli barang online. Dah jadi warga kota ni memang terpaksa. Dengar cerita driver Maraliner baca doa naik kenderaan.

Terbang musim cuti sekolah bukan pilihan orang bijak yang miskin. Lebih baik naik kereta.

20110605

binatang liar


Renovate rumah bukan main tapi nasib baik macam ada dua biji kereta saja. Selamat ruang parking. Sekarang ni  tempat parking depan rumah terpaksa berebut dengan orang gila dari rumah mana tah.

Bau sedap daging panggang semalam masih berbekas. Tak tau daging binatang apa. Jiran baru depan rumah buat house warming tak jemput pun. Tak kecik hati langsung.

Cuma kalau nak bela anjing tu, bela lah yang betul-betul garang sikit. Kalau boleh yang reti nak join jogging bersama.

Jangan jadi macam jiran sebelah. Menyalak dan kemudian lari menyorok bawah kereta.

Lebih baik bela cencurut.

20110603

sayu


Beberapa tahun lepas seorang rakan baik mengalami tragedi dan kesedihan yang dahsyat. Walaupun dengan kawan baik, aku tak reti nak berhadapan dengan keadaan macam ni.

Sekadar tepuk bahu dan senyum tanpa sepatah haram dengan air muka ingin berkongsi kesedihan

Mungkin dah cukup kot. Dia faham effort aku memang boleh setakat itu saja.

Dah lebih seminggu tak berjumpa dengan salah seorang perempuan feveret yang ditimpa musibah. Berdasarkan instinct, dia sudah kurang sedihnya dan boleh teruskan hidup seperti biasa.

Kalau tak, mungkin terpaksa tepuk bahu dan senyum kat dia pulak lepas ni.

20110601

tektik


Mungkin kebetulan. Tapi mungkin tak ada kena mengena langsung.

Sejak guna telefon yang perempuan favourite bagi pinjam sebulan yang lalu, kerap jugak dapat panggilan yang entah dari siapa. Salah nombor. Malas nak tanya.

Ada seorang ni dekat berbelas kali jugak call nak cakap dengan Rosli. Call dari nombor yang berbeza pulak tu dalam masa beberapa minit.

Yang semalam bertambah pelik.

"Mintak maaf cik. Saya bukan PakAli."

"Kalau bukan PakAli, ni mesti anak PakAli. 0137876468 rumah PakAli kan?"