20120115

sasaran (1)


Dah ada sasaran tahun 2013. Tak payah susah-susah fikir panjang. Perempuan-perempuan bawak medal semua tu patut dilihat secara live di stadium.

20120113

konsert (1)




Walaupun Awie dah ada rupa seperti kenderaan diesel yang dah wajib masuk puspakom tapi suaranya masih boleh buat aku turut menyanyi sambil tersenyum kerana kenangan lampau. Aku perasan semua orang lain di sekeliling jugak begitu.

Ella pula masih seperti 18 tahun lepas masa aku last tengok konsert dia. Bahu,biceps,siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut, betis yang sungguh menarik dan suara seakan-akan lebih advance. Mungkin kerana pakai gaun nampak ketiak.

Mungkin jugak kerana when  I was young, I adored the fabolous.




20120112

konsert


Adik bongsu pernah cakap Backstreet Boys bukan zaman dia. Jadi dia tak suka sangat.

20120109

panas


Musim panas ni bagus jugak kalau banyak minum air dan baca surat khabar.

Dahsyat jugak cara company ni nak jual air. Bukan setakat buka water dispenser free sebulan dekat kawasan kejiranan, dia punya flyers pun boleh tahan. 

Ikut senarai penyakit boleh sembuh kalau minum termasuklah taun, malaria, tibi, AIDS dan macam-macam lagi. Setakat demam panas tu senang saja boleh sembuh.

Aku langsung tak terpengaruh. Sebab aku jumpa iklan yang lagi best.

20120104

sasaran



Permulaan yang bagus. Ada satu target yang sepatutnya dah lama dibuat dah setel seawal hari kedua.Tahun ni ada satu azam lagi yang boleh disetel dalam minggu ni jugak. Aim small miss small.