20101231

selamat tahun baru



Seperti biasa, tak akan ada aktiviti minum arak. Tapi sekarang first time tahun baru di ibu kota.

Semoga 2011 lebih selamat.

20101229

lelaki Malaya

Luna Maya dan indog

Cameraman Indonesia memang bagus sekali malam ni. Mula-mula fokus penonton perempuan lawa, lepas tu fokus lelaki buruk Indonesia.

Dengan ini diumumkan bahawasanya yang aku adalah seorang lelaki Malaya.

[,]

update:baru jumpa gambar yang lebih seksi

20101228

bolasepak negara

Aksi bertaraf dunia seperti ini memang jarang berlaku di negara kita.

Ketika bolasepak menjadi isu hangat nasional ni, kalau orang ajak main futsal tapi tak join memang serba salah. Keadaan memang tak mengizinkan.

Bukan setakat isu nasional tapi isu serantau. Dengar cerita, budak-budak bola kita di sana memang akan hadapi banyak cubaan berbahaya..

Tapi kalau pergi stadium semi hari tu boleh dikira ambil berat juga dengan bolasepak negara.

Lagipun injured nanti macamana nak menjerit depan tv malam esok.

medan magnetik


Masa ni la kad atm buat hal. Kena fikir simpan kat tempat lain pula. Selalu sangat rosak.

ilusi optik

belek gambar sekolah.boleh tahan jugak aku..
Minggu lepas majlis perkahwinan rakan sekolah menjadi titik pertemuan semula dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah lama tak jumpa aku. 

Ayat sapaan yang paling famous pun terkeluar dengan muka separa hairan," Awat hang jadi macam ni wei..?".

Aku akur sambil tersenyum. Semua ini berkaitan dengan 'kelebihan' dan 'kekurangan' aku sekarang ni. Sampai ada yang aku terpaksa introduce diri.

Aku akur juga dengan saranan supaya kembali kepada zaman remaja. Kalau dulu senang-senang saja bila malam hari outing tiba-tiba saja meja berkemas dan ada coklat. Itu belum kira surat-surat layang.

Sekolah lama memang terkenal dengan cerita hantu tapi aku pasti ini bukan satu daripadanya.

Sekarang jangankan coklat, nak ajak orang keluar pun susah.

Tapi paling menakutkan bila meja orang bujang melepak di majlis kenduri dah tinggal satu.

20101226

harian metro


Ketua editor  confirm dah huru-hara. Agak-agak mukasurat depan esok nak keluar cerita seks ka cerita sukan..?

20101225

siapa sakit naik atas

Lagu rakyat yang makan dalam

Enam tahun lepas masa makan kenduri kat Muar, budak-budak kompang yang baru akil baligh nyanyi lagu yang berbaur lucah. Tak rasa bersalah langsung.

Kenduri kahwin kawan sekolah aku esok ingat nak berbisik saja. Tak sopan pula nak nyanyi "enjit-enjit semut."


Jeneral Yamashita

Tak semua berani dengan harimau malaya
 Aku sms kata-kata keramat Bill Shankly kepada seorang kawan, "Some people believe football is a matter of life and death, I am very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that."

Dia balas, "Malam esok datang rumah aku tengok bola..kalau berani.."

20101224

lupa



"Banyak-banyak ambik result exam, aku paling tak ingat masa ambik result PMR. Aku ambik kat mana, pergi dengan siapa... UPSR, SPM aku ingat sampai tua."

"Kenapa?"

"Masa aku form 3, budak sekolah aku semua laki."

orang susah



Sunway Medical Center.

Perempuan cantik di kaunter tu kata,"The doctor is not in. Probably he'll be back in one hour.If you want to wait, the cafeteria at the LG floor."

Berjalan dua tiga langkah nampak Starbuck.

Terus aku masuk tandas. Tengok cermin.

20101223

bas ekspres yang ngeri


Menaiki bas ekspres untuk balik ke kampung halaman telah memberi beberapa kejadian ngeri. Kemalangan berdarah tu adalah sekali tapi tak lah sampai ada yang maut. 

Kejadian-kejadian seperti beli tiket tapi bas tak ada, beli tiket pukul 9 malam tapi bas sampai pukul 3 pagi, tertidur dan pakcik sebelah tipu cakap tempat patut turun dah terlepas adalah perkara-perkara yang berkaitan.

Kalau dapat duduk bersebelah perempuan muda pula mujur kalau dapat. Dapat sekali eksiden pula.

Kali terakhir naik bas beberapa bulan lepas amat memberi kesan. Buat kali pertamanya duduk di sebelah orang kurang upaya. Sebagai orang yang mempunyai budi pekerti, situasi menolong orang buta adalah perkara mudah.

Advanced juga pakcik ni. Ada telefon tangan.

Selepas beberapa belas minit kami berbual, rasanya pakcik tu dah terlelap. Senyap.

Tiba tiba terlintas dalam fikiran, macamana kalau nanti bas ni berhenti rehat dan pakcik ni nak pergi tandas?? Kalau dia ajak masuk tandas sekali, kalau dia mintak tolong aim, kalau dia suruh basuh??

[,]

Hati nurani hampir hilang...


20101222

selamat bercuti




Dengar cerita, kalau perayaaan berlainan agama, orang kafir Amerika wish "Happy Holiday" saja. Warak juga.

Takpun majlis agama dah keluarkan statement dan rakyat patuh.

20101221

kerjaya




Sejak berjinak-jinak dengan kerjaya baru beberapa bulan lepas, fikiran agak terbuka. Terpaksa berjumpa orang dari segenap lapisan dan rupa bentuk telah membuka beberapa perspektif.

Sebelum ini, anggapan awal semua yang berkerja di makmal semuanya berkaca mata tebal dan berambut kerinting beruban. Maklumlah orang-orang bijak tak mementingkan penampilan.

Pertemuan dua minggu lepas merubah segalanya.

Tanpa memberi salam, ayat pertama yang terkeluar adalah, "Ni Cik ke Puan??"


20101220

lancar


"Baguslah kau selalu beli buku-buku macam ni. Ada lagi buku yang puak-puak ni tulis?"

"Tu yang last.Kenapa?"

"Kelakar siut. Senang aku nak berak.."

cari yang menjamin masa depan


Semalam dengan tidak sengajanya berjalan-jalan di carrier fare Putrajaya. Tidak begitu besar.

Tiba-tiba berkumadang lagu Wali Band - Cari jodoh. Semangat dah jadi lain macam. Bagus betul DJ.

Cari kerja bolehlah diibaratkan sama dengan cari jodoh.

20101218

patriotik


Dah lama tak tengok bola kat stadium. Rabu lepas suasana agak amazing jugak. Tambah pulak minum air kosong gelas besar kat Kinrara lepas jerit-jerit maki hamun.

Cilakak punya kedai. Seringgit.

Malam ni game kat Vietnam. Kena tengok kat stadium astro. Tapi rutin minum ke Kinrara takkan dipertimbangkan langsung.

20101217

sarapan


Satu ketika dahulu.

Seorang budak lelaki yang agak lurus memesan nasik lemak dengan telor mata kerbau. Nasik lemak dan telor sampai 3 minit kemudian.

Perempuan yang duduk di hadapannya,usianya lebih tua, tanpa segan silu berkata,”Eh..aku sukala tgk telor ko..bergoyang”

“Err…sori..salah saya..tunjuk telor saya di khalayak ramai..”

20101216

kelapa



Kata orang makin tua makin berminyak. Tengok orang tua pun kadang sejuk hati. Muka tenang penuh pengalaman.

Cuma yang tak bestnya bila orang2 tua ni boleh bercouple dengan gadis-gadis muda.

20101215

alternatif


Kalau takut kena usik dengan hantu malam-malam kat rumah, buka laptop layan. Syaiton tak kacau kot kalau dah buat perkara mungkar yang lain.

20101213

permainan cantik


Main futsal hujung minggu lepas banyak perkara pelik yang berlaku. 

Aku bukanlah yang paling tinggi, bukanlah yang paling ringan, bukanlah yang paling tua dan bukanlah yang mempunyai ukur lilit pinggang paling besar.

Tambahan kepada yang pelik tu aku adalah golongan minoriti yang tidak bercacah di badan.

Suasana agak menakutkan.

20101211

nasihat


Salah dengar nasihat. Takpun dengar nasihat dari orang yang salah. Terasa macam perdana menteri pula.

Nak kata diri sendiri bodoh tak patut sangat. Cuma lurus tak bertempat.

Sekarang kehidupan tengah kucar kacir.

20101209

nasihat berguna (3)

Kata rakan sebaya, kita boleh bertolak ansur setakat yang mampu. Bila orang dah start pijak kepala, kita kena melawan. Tapi kalau amoi China nak pijak belakang, kita kena bagi. Tambah pulak dah lenguh-lenguh ni.

Jom..


20101208

pisau yang menikam

Secara fizikal tikam kat mana pun sakit. Tapi kalau kena kat belakang tu kadang-kadang sakit dia lain macam.

Mungkin orang buat tu tak sedar. Kita pun kadang-kadang tertikam orang jugak dalam sedar tak sedar.

Orang yang kena tikam saja yang tahu..

20101204

luar negara

Minggu lepas ada forum perdana antara penghuni rumah. Para panel bukan calang-calang. Terdiri daripada lulusan Al Azhar cawangan Kelantan,Al-Azhar cawangan Terengganu,Al-Azhar cawangan Kedah dan Al-Azhar cawangan Johor.

Tajuk yang dibincangkan status bemastautin,bermukim,bermusafir dan hukum solat Jumaat. Betapa hebatnya topik ini hingga berlanjutan selama beberapa hari.

Berdasarkan pemahaman, status semua panel hanyalah sebagai bermukim yang tidak dikira sebagai syarat sah 40 orang solat Jumaat.

Yang menjadi persoalannya sekarang semalam aku bersembahyang di University of Nottingham yang bukan terletak di England. Forum perdana mungkin akan bersambung.

Kebanyakkan jemaah bukan orang tempatan. Rata-rata berasal dari timur tengah, Afrika dan negar nusantara lain berdasarkan susk tubuh dan gaya percakapan.

Khatib juga mungkin berasal dari Iran atau Iraq yang membaca Khutbah dalam dua bahasa sambil mata menyorot ganas dan dengan nada serius.

Aktiviti keagamaan kalau dijalankan oleh orang Arab tak semestinya yang terbaik dan tak semestinya salah walaupun tidak sama dengan yang selalu kita amalkan.
Tapi pihak berkuasa tak pantaukah?Cukupkah syarat2 sah mengikut mazhab kita..?

Aku tak pasti status solat tersebut dan berharap akan diterima Allah.

p/s:kerana faktor malas aku tidak ambil langkah berjaga-jaga dengan bersolat Zohor.

20101203

mencarut

dah tak larat.


20101129

sayang menyayang

Dua-dua pilih KLCC.Lepas tu dua-dua menangis.keh3
Aku join rombongan dengan misi yang tak kurang penting. Sesuai dengan tabiat aku diam tak berhenti, kawan aku bagi kamera. "Hang ambik gambaq sengap-sengap".

Tapi pasti samada prestasi aku bertaraf dunia atau bar yang diletak terlalu rendah.Gambar yang didelete tak sampai 10%. Tu pun pasal memori dah nak penuh. 

 Gambar-gambar ini bukan dari kamera aku. Berdasarkan trend semasa, sudah tentu ianya dirembat dari fesbuk. 

 

Ada banyak perkara yang kita rasa ingin berkongsi dengan semua orang. Namun adakalanya lebih baik kita tidak terlalu terbuka untuk menjaga air muka dan lebih banyak hati yang lain.

 

Dan dengan sebab itu mungkin kawan-kawan aku ni tak upload gambar aku. Nanti ramai yang tak puji, pedih pula hati fotografer.





20101125

jalan-jalan dan makan-makan

"If you're not gaining 2kg in two days, you shouldn't come to Penang again".
Hanya orang tempatan dan orang yang pernah rasa saja tau rahsia kegilaan ini. Kedai yang betul bukak pukul 10malam. Pukul 950 orang lain walaupun di tempat yang sama.

Cari pasal kalau beratur panjang tapi tak sedap. Tapi nak kata sedap sangat tu tak la. Faktor menunggu sejak 8.45 dan kena beratur tu yang buat jadi meleleh air liur pasal lapar.

a few good man


Bebarapa hari lagi Encik Pegawai akan menamatkan zaman teruna. bujangnya. Kami berkawan sejak kecil. Kecil di sini dari sudut usia dan susuk tubuh.

Encik Pegawai senang didekati dan baik hati. Orangnya cepat mesra dan suka membuat lawak tidak cerdik kadang-kadang. Tapi peduli apa kalau orang boleh ketawa.

Ketika dia tahu aku kesempitan wang, dengan sepantas kilat dia bertindak diiringi dengan sms "Aku dah transfer maybank2u." Tak payah mintak dan tak pula mintak balik.

Keakraban kami jelas. Cikgu kami pun cakap kalau ada Encik Pegawai tentu ada aku. Kemana dia pergi aku ikut. Kemana dia nak pergi dia ajak.

Walaupun susuk tubuh kami hampir sama, tapi sebagai pendiam , aku invisible. Dia buat aku disedari bila di khalayak rakan-rakan.

Aku berkenalan dengan bakal Puan Pegawai beberapa tahun lepas melalui frenster. Aku ajak dia buat fesbuk. Kami agak rapat di alam maya.

Encik Pegawai tidak sempurna dari beberapa sudut, seperti umat manusia yang lain. Puan Pegawai kadang-kadang mengadu. Katanya  "telling him without telling him". Aku kalanya aku secara tak langsung menyampaikan pesan Puan Pegawai ke Encik Pegawai tapi selalunya tidak. 

Ada juga sekali aku balas.."I akan di pihak Encik Pegawai walaupun dia salah."

Aku tahu mereka akan bersatu dan bahagia akhirnya.

[,]

Kesempitan wang sekarang. Takkanlah nak mintak dari dia untuk hadiah perkahwinan dia sendiri. Khabarnya ramai rakan-rakan dah declare hadiah nak bagi.

Aku ingat nak bagi stroller saja...tahun depan.



20101121

tolong menolong budaya kita

Semalam kawan aku tolong Retweet dR Rozmey. Aku pun cuba juga nak tolong dR Rozmey mencipta sejarah. Tapi bila check GSC online, hanya ada 4 orang saja yang sudi tolong tengok show pukul 9.

Aku sms ajak rakan sebaya makan sup.

[,]

SMS ini diterima tadi dari +6285215824

"Ni p'cik guna kad orng,tolng isikan p'cik topap RM30 di number baru p'cik ni no dia 0178343217,pasal p'cik ada kes di balai polis,Boleh tak cepat sikit kirim"

Cukup-cukup 1 page. Bajet baik punya. Heran pula pasal apa p'cik tak sebut nama aku. Mintak tolong dengan anak sedara dia yang lain sama kot.

masa

Kalau janji tengah hari tapi pukul 1030 orang tu dah call tanya bila nak sampai, memang nak kena tendangan percuma. Tengahari seperti yang kita sedia maklum bermula pada pukul 1200.

Kalau cakap nak bangun pagi, tapi pukul  0930 pun tak sedar lagi, patut juga kena tendangan percuma. Bangun pagi bermaksud sebelum terbit fajar.

20101120

potongan rambut

Tengok setakat Azkaban saja...
Cantik pula kadang-kadang bila tengok perempuan berambut pendek. Nampak cergas dan muda.

Kawan aku yang seorang ni berambut pendek juga. Sungguh energetik. Sekarang entah ada kat mana. Dah beberapa minggu tak jumpa. 

Kalau ikut plan yang dia cakap dulu, minggu ni tengah berlari-lari. Eh..macamana aku boleh ingat lagi benda yang dia cakap dulu..??

 

"Hope is the thing with feathers, that perches in the soul, and sings the tune without words, and never stops at all." ~Emily Dickinson~

20101119

kesusahatian



Sebagai seorang yang sentimental, hari ini hati terusik. Tak perlu menunjuk-nunjuk. Bahasa tubuh jelas.

Harap-harap boleh tidur lena malam ni.

20101117

Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩŠΨ―Ψ§Ω„Ψ§ΨΆΨ­Ψ§

Ketika di puncak menara gading dulu, selalu jugak tak balik bila tiba hari raya haji.Di negeri yang hanya memperuntukkan sehari untuk perayaan ini, agak sukar untuk berulang-alik 1350km dalam masa sehari.

Selalunya masa tu lepas solat sunat Aidiladha, balik rumah tidur saja.

Hari ini, bekerja di negeri yang juga meraikan raya korban sehari, terpaksalah tak bersama keluarga sejak 3 tahun.

Dikelilingi oleh golongan bukan Islam, terasa perlu juga bergaul dengan saudara sesama Islam. Dimulakan dengan solat sunat bersama saudara dari Bangladesh,Pakisatan, India dan  Timur Tengah.

Suasana pelik bermula selepas ketika ibadah korban. Surau tempat bersolat tadi bersebelah dengan tempat ternakan dan sembelihan binatang.

Tiada takbir beramai-ramai dan korban kambing pula melebihi jumlah lembu dengan nisbah yang tidak seimbang. Insan-insan mulia yang melakukan ibadah ini pula macam buat kerja sendiri-sendiri.

Dapat saja kambing, yang kebanyakkannya kelihatan sungguh cantik dan besar, terus saja ajak kawan sembelih sendiri. Si kawan berperanan sebagai tukang pegang kaki kambing dan tukang ambik gambar tukang sembelih yang posing garang selepas tu.

Aku beralih ke tempat lembu. 2 orang Bangladesh ikat lembu ke tiang dan seorang orang kita jadi tukang sembelih. Simple.

Bila aku balik ke tempat kambing, aku tengok kambing pertama yang disembelih dah digantung terbalik ketika masih mengelupur. Dan serentak dengan itu seorang hamba Allah entah dari negara mana terus melapah.

Aku tergamam. Nak menegur orang berlumuran darah yang memegang pisau bukan kerja senang. Aku bukan orang alim dan mungkin mazhab mereka membenarkan.

Ketidakselesaan memaksa aku ke masjid yang diiktiraf oleh kerajaan negeri. Ada 2 ekor yang khabarnya dikorban oleh jabatan agama dan 7 ekor yang lebihnya oleh penduduk tempatan.

Suasana lebih muhibah. 20 orang pegang sekor lembu...Suasana Malaysia.

[,]

Dapat kupon no 160 tapi orang no 2 dapat daging setelah peserta korban selesai dapat bahagian masing-masing.

Tengah fikir masakan sesuai sehingga hujung minggu.

[,]

**Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Saya juga berdoa agar semua jemaah Haji kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat, insyaAllah**

dialog remaja masakini

You pilih I ker pilih KLCC??

20101116

nasihat berguna (2)


"My lecturer told me, if you want to be a good executive, you must at least have 3 girlfriend at  one time.When flirting, you become sharp,dressing up, become more organise, a bit creative and know how to bluff. It is not my fault. I just forced by my lecturer."

Lebih kurang macam ni seorang rakan berketurunan dan berasal dari India. Isteri berada di kampung halaman.

Bila aku rasa yakin dengan bahasa inggeris aku, aku pun balas, "when I hang out with my friend ,girls, I do't even bother to contact my other girlfriends..until a few weeks later.."

"You must change my friend.."

20101114

happy 29th

Bila nak wish happy birthday, aku lebih suka sebut yang ke berapa. Orang cakap pompuan tak suka jadi tua tapi bila aku sebut umur ok saja.

Mungkin kawan-kawan aku rare. Bergembira dengan pertambahan umur sendiri. Yang menghampiri 40an tapi masih solo pun happy.

Mungkin bagi lelaki life begin at 40. Tapi bagi perempuan life is everyday.

Perkara ini patut diambil iktibar.

[,]

Sms dan call takada masalah. tapi kalau wish kat fesbuk mungkin lain pula cerita.

20101113

membaca buku kita menimba ilmu

Puak-puak ini penulisan mereka memang masuk dengan jiwa. Dah beli 3 buku. Yang pertama orang pinjam. Rasanya akan sukar dapat balik. Yang kedua dan yang ketiga aku nak simpan bawah bantal.

Cerita kehidupan yang tulus.

Baru beli bila dapat gaji yang lepas. Belum habis baca. Letak dalam kereta untuk dibaca sedikit demi sedikit ketika menempuh kegilaan Lebuhraya Damansara Puchong. Lepas ni mungkin akan baca ketika keheningan di pejabat.

Lebih berbaloi ini daripada penulisan orang england.
Pernah baca ketika masih dalam bentuk blog ketika Piala Dunia.  Rupa-rupanya misteri kehilangan telah terjawab. Munggu lepas ke Uya tak wujud lagi. Terus balik bukak maybank2u. Alamat rumah sewa tak ingat ,alamat pejabat taktau pula.

Khabarnya sudah sampai ke pejabat kakak. Terpaksa travel 48km untuk kutip.



20101107

Unsinkable (2)

Semut,tikus,anai2 semua dah homeless






Dah dua hari berturut tengok berita dan dua hari berturut-turut jugak berita banjir bukan menjadi berita utama. Dua hari lepas sekadar berita ketiga. Malam tadi hanya disiarkan selepas berita orang sakit perut.

Kemudian berita persoalan tentang pihak siapa yang datang membantu dan siapa pulak tidak. Yang datang membantu diberi pleuang masuk tv dengan menaiki jentolak dan yang kononnya tak datang pula tidak diberi peluang bela diri.

Mungkin yang tak datang tu sibuk bertengkar dan memerah otak memikir bagaimana nak menyurutkan air yang khabarnya berpunca dari pembangunan dan perancangan yang kurang teliti.Mungkin juga mereka sibuk menyelamatkan diri kerana mereka juga tinggal berdekatan dan mungkin juga menjadi mangsa.

Naik kapal terbang pun peramugari yang manis selalu mengingatkan supaya pastikan diri sendiri selamat sebelum cuba selamatkan orang lain.

Nanti dikatakan tidak membantu, aku dengan rendah diri dan penuh zuhud mengumumkan yang aku telah melawat kawasan yang telah dilanda banjir yang berdekatan. Tidaklah sampai menolong sangat jadi aku tak kisah kalau tak masuk tv.

Keadaan sangat sayu melihat orang berkhemah dan berpiknik di tengah jalan raya yang kebanyakkannya lebih tinggi dari kawasan rumah. Tak kurang pulak yang menjadikan bus stop sebanai tempat perlindungan sementara. Insaf sebentar.

Aku hanya manusia biasa. Bila ternampak manusia diangkut dengan lori, aku ketawa kecil. Berhimpit macam lembu nak kena sembelih pun ada. Hati mula sebak kembali bila ternampak wajah sayu mereka. Kesabaran dan kepayahan terpancar untuk meneruskan hidup.

Aku tak ingin mejadi hero rakyat. Pada zaman ini, hero rakyat hanya wujud dalam cerita tamil.

Yang sibuk menonjol diri tu adalah mereka yang berkepentingan dan membawa bendera ketika membantu.

Walaupun begitu,mereka yang menjadi sukerelawan, semoga Allah membalas jasa dan melindungi anda semua.


20101105

Unsinkable

Instrumen utama aku untuk mengambil gambar adalah kamera handfon aku. Berdasarkan keadaan semasa dan ketakjuban ketika memandu,tiada bukti bergambar yang jelas untuk jadi bukti malapetaka di kampung halaman.

Di sesetengah tempat, musim banjir kalau setakat pinggang adalah perkara wajib. Tapi kalau di kawasan rumah aku ketika itu hanya naik setakat tebal selipar jepun.

Kalau di tempat aku paras buku lali dah patut diisytihar paras berjaga-jaga. Tak macam tempat lain kalau paras paha baru nak isytihar.

Tangga dah standby untuk naik atas bumbung.Mana lah tau nanti air naik paras betis. Senang nak naik kalau ada helikopter nak menyelamat.keh3.

Bukan nak mengada-ngada tapi berdasarkan situasi sekarang tinggal 1 jalan bergazet untuk berhubung ke dunia luar dan 1 jalan haram. Esok mungkin tinggal jalan haram tu saja.

[,]

Hari ini adalah hari perayaan yang bertemakan api,minyak dan beras di ruang tamu rumah. Kalau ada yang berjaya buat di kawasan berdekatan, adalah wajar dianugerahkan darjat setinggi Presiden Fifa oleh kerajaan negeri bola.

Hari ini juga kali pertama aku pulang beraya dengan dia.

Hari esok jiran selang beberapa rumah nak buat kenduri kahwin. Aku patut bantu agar tetamu yang telah diundang akan datang juga meranduk. Idea yang terlintas adalah 'pengantin perempuan pakai skirt.' Kejap lagi kena post dalam fesbuk.

Hari lusa adalah percubaan pulang ke kota.

20101031

sakit urat



Aktiviti pejabat secara berkumpulun kalau selalu dibuat ada baiknya untuk masa panjang. Boleh juga berkenalan dengan beberapa muka yang manis.

Cuma kesannya kadang-kadang tu ada aktiviti yang hanya terasa 4,5 hari.

20101024

berkadar

Pagi ahad yang sejuk dan mendung. Hari yang biasa penuh kemalasan.

Laundry day dan hanya memakai tuala ala kilt tanpa memakai seluar dalam selama beberapa jam. Di luar rumah agak berangin.

Belek seluar jeans dan seluar kerja. Teringat hukum yang direka sendiri sejak beberapa tahun dahulu.

Saiz seluar lelaki ketika berumur 30 mestilah berkadar langsung dengan umurnya sehingga dia berumur 35.

Hukum ini tidak dipatuhi sekarang.

stadium nasional


Kedah tewas. Tak perlu lagi ke sana. 2 kali bersesak dalam tempoh 2 minggu adalah sangat kerap.

++

26102010

Memang tak salah kalau kalah semifinal. Tidak membebankan rakyat untuk good match.

20101023

musafir dengan tujuan baik

Aku sedar dan faham. 

Pada ketika aku terkial-kial seluk poket sebab nak pilih kedai makan yang mengikut kemampuan, terdapat ramai yang mampu beli barangan berharga ratusan,ribuan mahupun puluhan ribu masih boleh tersenyum ketika membayar.

Mungkin mereka telah merancang dan mungkin juga kalau mereka masih tak berbelanja tidur mereka tidak lena.

Dan ada di antara mereka yang aku suka kenal. "Keperluan." Kata mereka. Walaupun dah ada dua tiga set barang yang serupa tapi mereka masih perlu tambah nak kata apa lagi.

Ketika ini, keperluan makan aku jatuh nombor dua. Bukan nak jaga badan yang semakin sasa tapi kehendak profesion aku memerlukan aku kerap singgah di stesen minyak.

Nak ke tempat kerja saja dah berpuluh kilometer. Belum lagi kira kalau kena bergerak yang selalunya akan mencapai taraf musafir.

"Dekat je.20minit." Orang jawab bila aku cakap jarak rumah dan pejabat dalam sistem matrik yang betul.

Malam tadi aku dah mencapai taraf musafir lagi kalau ambil kira jarak pergi balik. Berjumpa dengan golongan yang mampu membeli sesuka hati tak kira masa.

Tak perasan pula berapa keping Rm50 yang bertukar tangan. Yang aku ingat berapa keping duit merah yang bertukar tangan di stesen minyak tadi.

Walaupun tiada sesi kopi RM10 secawan, tapi lepak di kedai makan tepi jalan pun buat aku tak selesa. Nasib baik ada orang bayarkan.

Suasana menggambarkan golongan kota sedang berbual gaya moden. Bahasa bercampur aduk menunjukkan taraf kepetahanan bertutur. Aku hanya reti guna perkataan gostan dan toslet. 

2 ayat dalam masa sejam membayangkan tahap keselesaan aku.

Kenapa aku masih bergaul dengan mereka? Mungkin sebab dia dan dia. Mungkin aku suka melihat mereka tersenyum gembira.

Tapi mungkin juga aku tak reti nak mencari kawan baru.

20101020

parAmore

 Ba da ba ba da ba ba da

 "..the fans begun to swarm into the National Stadium hours before, swelling into 15 000-strong crowd of emo- and pop-punk and rockers" ~TheMalayMail

Entah dalam golongan mana aku termasuk semalam. Semua macam bukan aku. 

Tapi semalam menyedarkan aku yang kawan-kawan aku suka bersosial dulu bukan setakat berkurang tapi macam dah tak ada langsung. 

Offer nak bagi tiket free pun tak ada yang nak terima. Semua lebih gemar mengasuh anak di rumah.

Sampai terasa macam nak call tuan rumah ajak join.

Enjoykah aku..ya tapi kalau mereka setting agar sound ke tempat orang susah sama dengan tempat anak-orang kaya terkinja-kinja kat bawah tu tentu aku lebih gembira.

Rugi duit..??..tidak sama sekali.


20101018

aku boleh terbang


Kemalangan udara bukan sekadar yang kejadian kapal terbang terhempas sahaja tapi kejadian yangtidak diingini yang melibatkan operasi penerbangan.

Kapal terbang jarang-jarang terhempas tapi bila ia berlaku, kesannya memang tidak dapat digambarkan.

Kejadian 11 September boleh dikategorikan sebagai kemalangan udara walaupun ianya disengajakan.

Semalam 2 kemalangan udara berlaku yang melibatkan aku secara langsung. Alhamdulillah aku tak mati.

Yang pertama flight aku,seperti selalu, tertangguh 30 minit yang menyebabkan aku hampir-hampir terlepas bas terakhir di LCCT. 

Di saat-saat kemerosotan ekonomi ini, teksi tiada langsung dalam senarai pilihan. Walaubagaimanapun tindakan berlari-lari separa kencang telah membuahkan hasil. Tak pasti pula jika ada yang memerhati.

Kejadian kedua berlaku ketika penerbangan. Adalah tidak patut jika dapat seat tengah smabil diapit oleh 2 lelaki pertengahan umur yang saiz tubuhnya seperti Hulk Hogan.

Apalahah gunanya naik kapal terbang tambang murah tersebut kalau pemandangan tidak jelas.

Sebagai seorang lelaki sudah tentu aku mahu dilayan oleh perempuan-perempuan manis dengan lebih dekat. 

AirAsia..semua orang boleh terbang dalam keadaan tidak selesa.

20101016

barang bernilai


Telah merancang dan membeli sejak beberapa minggu yang lalu. Sekarang kewangan meruncing. Tapi kalau jual, entah bila pula ada kesempatan. Boys night out macam ni sangat rare kalau melibatkan rakan serumah.

20101014

Kereta masuk bengkel

Disebabkan jiwa masih tebal dengan semangat orang utara, pengaruh nasi sebagai makanan yang penting dan mengenyangkan masih ada. Istilah 'lapaq nasik' lebih kurang sama dengan 'lapar giler'. Tapi bila sampai ke kedai makan belum tentu nak order nasik.

Begitu juga dengan harga. Kalau boleh makan nasik lemak 5 kupang di kampung, takkan lah tak terkejut bila rakan di kota keluar statement .."McDonald murah wei..."

Aku dah 3 malam dalam masa 4 hari dinner kopi saja. Kos kopi tu dah cover dengan makanan sekali. Bila orang tanya, jawab dengan senyuman walaupun perut berbunyi. "Aku makan malam sebelum pukul 7. Sekarang dah pukul 10. Jaga perut".

Di saat getir ini, tadi ada pula ajak lunch nasik bryani. Memang la nasik mengenyangkan tapi aku pernah hidup di hostel sekolah yang menyajikan beras subsidi dan lauk busuk dan recycle.

Makanan di kota selalunya harga termasuk presentation.

Makanan low class dah cukup tapi tak boleh selalu. Kucing pun boring nak makan dekat tong sampah. Nak juga sesekali makan friskies.

[,]

Rm610 macam-macam boleh beli...

20101010

di dalam kamu


Ada unsur lucah,khayalan,lemah lembut.Jujur.Lelaki tak selalunya ganas dan kasar.Sensitif, berfesyen, suka bergaya tak semestinya gay. Jika tidak semua lelaki gay. Semua lelaki ada karektor ini cuma tak menunjuk saja. Tapi kalau sampai cium mulut lelaki lain tu lain la cerita.

misteri binari

Tengah fikir apa specialnya hari ini. Nak tafsir dan tukar ke angka yang mudah tak reti nak mengira. Terlalu bergantung kepada kalktulator saintifik.

20101009

Malam Jumaat

Potensi-untuk-menjadi-si-dia juga sukar diajak keluar. Sibuk outstation. Tapi malam tu lepas sms ajak keluar terus dia call,"Nanti I set tempat yang U senang cari."

[,]

"Kenapa U diam saja ni..?" Seorang perempuan bertanya. Khabarnya seorang lawyer walaupun perwatakan tak serius.

"Dia ni memang pediam sikit. Tanya satu perenggan dia jawab sepatah." Potensi-untuk-menjadi-si-dia menjawab. Seperti memahami.Aku senyum nipis.

"I pun baru kenal je diorang ni. Kah3." Peguam memang pandai putarbelit. Padahal beliau yang paling banyak bercakap masa tu.

Bagus betul group malam tu. Perbincangan berkisar ilmiah yang santai. Seorang peguam, seorang pengurus, seorang jurukira, seorang jurujual dan dua orang pelajar yang baru nak meningkat naik.

Disebabkan kebanyakan perbincangan dalam bahasa inggeris, aku memlih untuk tak masuk campur macam selalu. Mematuhi fitrah.

Nanti kalau menyampuk.ada pula yang bertanya,"I confius.Cerita U ni bila sebenarnya..?"

20101008

polis sentri

Yang tengah patut dikejar

Sorang dah tak larat nak kejar. Sorang dah tak reti nak kejar. Sorang memang tak patut kejar.

Tapi nak buat macamana. Tak banyak pilihan.

20101005

Buka baju

"Buruk betul pemandangan dalam rumah kita." Hosmet A memberi pendapat.

"Dah tak macam remaja." Hosmet B mencelah.

"Sekarang dah maju ke depan kan." Hosmet C menambah.

20101003

Simpang siur

Sebagai lelaki desa yang jarang-jarang ke kota sebelum ini, pengetahuan tentang jalanraya di sini adalah terhad.  Kecuali jalan ke tempat kerja.

Segala-galanya pantas dan wajib membuat pusingan U atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kalau tersalah simpang, dah semakin jarang sebab selalu guna jalan yang sama. Tapi sebab selalu guna lebuhraya dan jalanraya berbayar, pusingan U tak dapat dielakkan.

Orang kota menggunakan jam dan minit sebagai unit masa. "Dekat saja ofis aku, dalam 20 minit."

Aku masih menggunakan budaya desa."Ofis 22km dari rumah."

Lebuhraya Damansara Puchong pada pendapat aku,dan pendapat orang lain juga aku pasti, patut dihapuskan tol atau dinaiktaraf setaraf dengan penindasan terhadap rakyat. 

[,]

Seorang teman telah meminjamkan GPS. Aku tak biasa guna dan tak mampu nak beli.

'Ingat rally Dakkar ka guna peta.." kata mereka bila aku cakap situasi aku.

"Risiko sesat dan risiko mati di kota hampir sama." Aku jawab mudah.

Minggu lepas tunjuk tempat yang salah. Pagi tadi suruh aku ikut jalan kontra. Nasib baik tak mati.

Kolam


Sama seperti minggu-minggu yang lepas. Kalau menang malam ni boleh potong Blackpool. Tapi sokong tetap sokong.

20101002

Pujuk rayu

Bagaimana saya berjumpa..
Entah macamana nak terus bekerja dalam bidang ini. Nak ajak si dia jumpa pun sukar. Jual murah pun taknak beli.

Inikan pula nak minta stranger mengambil risiko berpuluh ribu untuk membeli barang yang aku sendiri tak pasti.

Nak rancang berjumpa stranger buat kali pertama pun dah panik tak tentu hala. Belum lagi  ketika nak memulakan bicara.

Tempoh percubaan beberapa bulan harapnya akan dapat mengubah diri. Banyak sasaran perlu dicapai dan terlalu banyak perkara perlu difahami.

Tapi tentang si dia, aku faham serba sedikit.

Meminta pada yang ada..

Di saat-saat poket yang semakin menipis, ramai yang bagi nasihat,"Masak kat rumah la wei..sep duit.Aku dah 3 bulan tak dinner kat luar."

Tapi memandangkan gaji mungkin akan masuk Isnin, aku rindu pula dengan orang pernah meminjam.

Aku dah sesak ni, walaupun tak termasuk dalam kategori 'sangat'. Macam masa engkau senyum-senyum buat janji manis dulu.

Aku bukan peminta.

Lelaki putih


Dalam usia yang belum pun mencecah 30 tahun, aku adalah antara yang tertua di dalam linkungan rakan-rakan pada siang hari. Tua..bukan veteran.

Sepatutnya dengan keadaan sebegini, teladan harus ditunjuk, kata-kata hikmat harus diucap dan bimbingan harus diberi kepada anak-anak muda yang lain.

Tapi ia tidak berlaku. Aku memilih untuk menjadi lelaki tua yang tipikal. Lebih suka menghampiri zina. Kalau dah semua perempuan-perempuan menganggap mendedahkan lurah adalah satu kemestian, seperti kata pepatah takkanlah kucing akan menolak ikan di depan mata.

Tapi sekadar menghampiri saja. Sebab aku rabun jauh.

20100930

Orang susah..

Astro ria..sekarang

Tak ada  pula awek-awek seksi yang datang menjeling. Dapat gaji nanti ingat nak naik kapal persiaran.

20100926

hari ahad

Dah pasang kuda-kuda tapi tak ada open house pula.

Tapi tak mengapa. Kedai mamak ada di mana-mana.

Kedai makan melayu..nun 5km disana...

perlawanan antarabangsa

Dulu berlaku kecelaruan bila pasukan bola sepak kebangsaan menentang 'pasukan kebangsaan Zimbabwe'.

Hari ini aku tidak keliru ketika bermain badminton dengan jurulatih berbangsa Indonesia.

Jika dulu masih diiktiraf sebagai perlawanan antarabangsa, aku senang hati dengan perlawanan tadi walaupun tewas dijangka.

Sekurang-kurangnya aku tak tertipu dan menipu.

Nasihat berguna


"Just follow the neon light. You'll never lost in KL at night. Ignore the signage"

20100925

Masjid di kota

Pernah bersolat Jumaat disini dan bayar zakat fitrah

Dulu aku prejudis bila tengok orang makan di luar masjid ketika khutbah di kota. Di kampung  tiada situasi ini. Negeri kami mengiktiraf penghulu segala hari sebagai hari rehat dan hari beribadah. Hanya ada budak-budak dan orang dewasa lepak di luar masjid bersembang hal dunia.

Tapi tidak lagi kerana pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dia sudah berada di kawasan berdekatan masjid dan berpeluang mendengar sayup-sayup suara khatib.

Aku pula masih terhegeh-hengeh ke masjid sambil bersangka buruk.

Semalam tumpang rakan sekerja ke masjid. Disebabkan masih awal, aku makan di gerai luar masjid.

Dengan posisi sila panggung di atas kerusi plastik yang tiada penyandar, kebanyakan yang makan di situ khusyuk makan dengan berjemaah dan penuh displin. Tak peduli dengan orang sebelah dan berselera walaupun mengadap longkang.

Selesai makan masuk masjid pun masih belum azan. Ada seorang keturunan Arab di saf hadapan sedang membaca ayat-ayat suci menggunakan pembesar suara dengan sepenuh hati.

Selesai solat Jumaat,panik pula sebab kereta kena blok dengan gerai yang baru dibuka entah bila. Sangka buruk datang kembali kerana dia takmau ubah tapi akhirnya faham dengan situasi.

Telefon rakan lain dan segalanya selesai.

Kalau masih di kampung pengalaman sebigini memang tak ada. Tambah pula ada yang jual ubat enlarge your penis di luar masjid. Peminta sedekah profesional tak larat nak kira.

Hijrah memang membawa perubahan.

I am Muslim

Kerana kita selalu lepak orang yang bukan Muslim tak semestinya kita akan terpengaruh dengan agama dan cara hidup mereka. Adakalanya kita akan menjadi lebih baik dan cuba memahami agama dengan lebih mendalam.

Sebagai golongan minoriti di office, mahu tak mau terpaksa juga bergaul dengan mereka. Dan bila masuk topik Islam, pecah peluh juga nak explain.

Mereke golongan profesional dan educated. Takkan nak jawab tanpa hujah dan fakta walaupun sambil gelak-gelak. Walaupun tak alim dan warak, sekurang-kurangnya nampak macam ambil berat dengan agama dan cara hidup sendiri.

Sedar diri tak fasih bahasa Inggeris, cuba terangkan dalam bahasa kebangsaan. Malang sekali adakalanya gagap juga kerana kurang keyakinan diri. Bila jadi begini, bukan setakat nak berdakwah, nak defend hukum agama pun belum tentu.

Beberapa bulan lepas aku pergi Dogathon di UPM. Ya betul. Pertunjukan anjing. Pergerakan agak terbatas kerana tak biasa dan tak pernah berada di lautan anjing.

Di sebuah booth, seorang rakan explain dengan seorang auntie bukan Muslim bila dia cakap seorang perempuan Saudi membiak anjing di rumahnya,
"Our country is using the toughest mazhab. We can touch dogs and keep as pet but then ,only certain angels not all,won't be in our house."
Terkejut juga dengar macam tu tapi nak counter tak reti pula pada masa tu. Dah balik baru terfikir. Sesuai dengan fitrah diri sendiri yang kurang bercakap dan ambil masa untuk berfikir.

Sepatutnya tak boleh cakap toughest, lebih baik guna thorough, detail ataupun considering worst case scenario. 

Tak nampaklah Islam ni membebankan dan memang tak pun.

[,]

Harap-harap student veterinar yang terpaksa bergelumang dengan najis Mughollazoh tu bersucilah dengan teliti.

[,]

Pagi tadi jogging di sekitar kejiranan dengan penuh kegusaran. Anjing-anjing jiran sibuk nak join sekali.

[,]

Alangkah bagusnya kalau aku boleh jadi begini.

20100924

Pencuri tak peduli


Sekarang dah macam musim. Banyak pula link video cctv dalam Facebook dan blog rakan-rakan tentang budaya baru rakyat Malaysia sekeluarga. 

Walaupun barang runcit,tapi besar-besaran pulak tu. Sampai boleh bukak kedai runcit baru. 

Yang hairan tu hampir ksemua guna tektik kangkang dan kepit Dan terlalu asyik sampai tak perasan kamera cctv.

Kalau miskin sangat pun takkan sampai nak curi susu anak. Baju sendiri nampak macam mahal.

20100919

30000

"Apesal tak isi form..?"
"I don't need luck in my life.."

Ceh...cakap la tak pernah menang cabutan bertuah.