20110430

buruh


Ramai berpusu-pusu keluar bercuti. Aku perasan sejak malam Jumaat lepas pun dah banyak kereta. Aku ada banyak masa terluang. Isnin ni aku akan berpakaian kemas dan bersih ke pejabat.

[,]

Kakak telefon cakap mak kirim salam.

20110426

gering


Dapat saja medical card, terus bergegas ke klinik. Dah berminggu-minggu status YM tak bertukar. Asyik "unwell" saja.

Doktor kali ni lebih mesra dan bahasakan dirinya 'saya'. Doktor yang selalu bahasakan dirinya "doktor" ni aku rasa menyampah jugak macam dR dua alam. Tau la orang bijak pandai.

Sebab dah lama dan keadaan kesihatan yang semakin tidak mengizinkan, doktor bagi ubat kuat sikit. Boleh pening-pening, jantung berdegup kencang dan loya tekak katanya.

Aku ikut nasihat doktor. Rasa pening-pening, jantung berdegup kencang dan tekak loya. Kadang-kadang batuk-batuk sampai termuntah.

Benda-benda macam ni pulak jenis yang tak boleh nak kontrol. Ada sekali lepas call perempuan-perempuan favourite saja, terus termuntah.

Kronologi yang tak patut dan sungguh ngeri.

[,]

Kakak bagi makan supplement harga ratus-ratus.

20110424

komunikasi dua hala


Orang keliling aku sekarang ramai yang pakai telefon pintar. Golongan macam aku yang masih mengekalkan konsep yang pengguna harus lebih pintar dari telefon mereka sendiri menjadi kumpulan minoriti.

Sejak seminggu dua ni, telefon separa pintar aku ni selalu buat hal. Asal ada perempuan call saja, dia auto drop call dan hang. Asal aku cuba nak call perempuan saja, dia buat perangai yang sama.

Aku yakin yang henfon aku adalah perempuan yang jealous.

Agak sukar jika tidak dapat mendengar suara lembut mengucapkan helo dan bye.

[,]

Dia[1]  bagi pinjam henfon.

20110422

good friday

Syarikat tempat aku bekerja cuti hari ini sampai hari Isnin. Aku dah cunggit balik ke Alor Setar seawal malam Jumaat.

Perubahan cuti sempena perayaan agama ini mungkin akan menyebabkan aku lebih menghayati Aidilfitri. Kerana terpaksa apply cuti yang dua hari itu dan bos aku cakap kalau nak ambik cuti lebih, priority ikut seniority.

20110417

pemandangan


"Apesal la you selalu nak join kitorang? Buat letih dan sakit badan je."

Aku senyum. Jawab dalam hati saja. Kalau jawab kuat-kuat nanti awkward situation akan berlaku sepanjang hayat.

Melihat wajah-wajah manis tersenyum yang disinari fajar adalah moment yang priceless. Walaupun pagi Ahad berada di bawah selimut adalah perkara wajib.

20110414

moden (2)


Prestasi di pejabat lain pula cerita. Dinding macam bilik x-ray. Kebal dari radiasi. Masalah terbesar bermula bila tak suruh pun tapi selang 10 saat dia dah mula flush. Flush automatik yang pertama tu paling ngeri. Percikan air yang terpaksa dibalas dengan silat dan mandi bunga.

20110412

moden


Suasana nyaman dan bersih disulami bau aroma terapi yang menyenangkan dan lagu-lagu sentimental ni semua jadi tak guna kalau dinding sekadar partition yang nipis. Mereka patut diajar konsep kalis bunyi dan kalis bau.

20110407

kakak bersalin


Mula mandi dan basuh berak abang-abang dia bila dah boleh berdiri terhoyong-hayang. Baby perempuan ni nak buat macam mana tah.

Pengalaman paling intim dengan kawan perempuan aku pun hanya sekadar cuit-cuit siku.

20110405

GBP


Aku tunjuk iklan dekat rakan serumah. " Hilang 8 pound dalam masa 10 hari atau percuma."

Dia cakap, " Macamana kalau dalam bentuk mata wang..?"