20110530

gaya hidup yang tak bergaya


Bukan memilih tapi memang tak reti nak berkawan dan cari kawan baru. Pendiam dan pemalu.

Tengok dalam list kawan-kawan dalam facebook, hampir 90% adalah famili, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan di puncak menara gading dan rakan sekerja. 

Ada dua orang rakan maya sejak zaman friendster 7 tahun lepas. Masih rapat dari sudut-sudut sukar dan mungkin kekal begini sampai bila-bila.

Selebihnya selebriti cantik dan beberapa orang yang tunggu masa saja nak dibuang dari list. 

Dalam real life jugak macam ni. Menghabiskan weekend dengan orang yang sama dan bila mereka sibuk, aku mati kutu. 

Mungkin sebab ini aku susah nak dapat kerja baru.

Dan salah seorang perempuan favourite menjadi perempuan favourite sebab dia bukan dari golongan di atas.

20110529

tak rugi langsung (3)


Tak pernah ada masalah kalau bangun awal pagi tanpa melihat senyuman-senyuman manis itu walau hari Ahad sekali pun. Dah biasa dan masih boleh teruskan hidup separuh liar seperti selalu.

Cuma kalau tak ada senyuman manis tu bolehlah diibaratkan seperti makan Mamee tanpa serbuk kokain. Hambar. Tawar. 

Tapi kalau ada, semangat akan jadi lain macam. Rasa macam boleh masuk boxing lawan Mike Tyson.

20110528

sebab (2)



Disebabkan sejak sehari dua ni asyik google tentang Hero Asia ini, ia masih tak bermakna aku menyokong Manchester United.[1]

Kami sebaya dan tinggi pun hampir serupa. Dengar cerita dia memandu KIA ke tempat kerja. Aku pun memandu kereta nasional ke tempat kerja.

20110526

yang tersurat


Dah lama tak makan malam kat luar. Last sekali order nasik putih+sup ekor+telur dadar+nescafe o tarik+air suam dengan sekali lafaz.

Brader ambik order tu tekun mendengar dan menulis.Lepas dia jalan beberapa langkah terdengar dia jerit ke dapur..

"Nasik putih,telur dadar, air suam cepat sikit kasi abang meja 6..!!"

20110524

tak rugi langsung (2)


Rakan baik respon simple saja masa bawak dia jumpa salah seorang perempuan favourite.[1]

[,]

"Patutla..."

20110522

kemahiran hidup bersepadu


Tak sangka umur macam sekarang pun ada orang ajar cara ikat tali kasut. Benda-benda macam ni patutnya masa sekolah rendah dah pandai.

Tips yang sangat bagus. Tambah pula dapat dari jurujual kasut mahal. Susah nak terungkai.

Sebelum ni tak pernah terfikir nak tanya. Beli benda ratus-ratus ni patut kena tanya macam-macam walaupun perkara kecik macam ni.

20110520

hidup baru (2)


Dah dua bulan lebih kerja di tempat baru. Tak sabar tunggu gaji ketiga. Tapi macam biasa sebelum  minggu kedua dah kena masak kat rumah. 

Menteri pun rasa gaji dia tak cukup. Kena ada side income.

Waktu kerja memang telah mengubah cara hidup. Kalau dulu Subuh selalunya terkeluar dari waktu atau tak langsung. Sekarang bukan setakat boleh berjemaah, kalau rajin sikit boleh buat tahajjud.

Kadang-kadang jadi makmum imam yang tak baca qunut.

Seperti insan lemah lain, bila dah dapat satu nikmat, waktu-waktu wajib lain pula yang terbakar.

20110518

patah


Kalau katil patah, sudah tentu ianya disebabkan oleh katil dah reput, katil murah, katil dah lama guna, katil berkualiti rendah dan macam-macam lagi. Semuanya sebab katil.

Berat badan langsung tak ada kena mengena. Kalau ada pun, ia kes terpencil.

20110516

tak rugi langsung



Bapak saudara seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Macam mak jugak. Kalau dia kejut waktu pagi, walaupun dah nak cerah, dia tak kejut secara keras. Tidur orang jangan buat main-main. Tambah pulak time tu lah paling liat.

"Tak rasa rugi ka tak bangun pagi". Belum sempat dia nak ulang buat kali ketiga, aku terus bingkas. Tak payah jirus dengan air.

Semalam bapak saudara tak kejut pun aku terus bersemangat di pagi Ahad. Dia ada di kampung.

Suasana kali ni lebih advance. Bukan setakat senyuman manis disinari fajar, [1] tapi turut disulami dengan lagu tema yang menarik. 

DJ radio aku doakan agar murah rezeki.

Pagi-pagi Ahad kalau terus macam ni sampai bila-bila pun tak apa.

20110514

feel (2)



Sudah lengkap sekarang. Perempuan-perempuan favourite semua dah ber"aku-hang". Feel dah jadi lain macam.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap mungkin sebab sejak asal dan sudah berbelas tahun kenal walaupun baru rapat sekarang.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap, ramai yang suka dia senyap-senyap dan bising-bising. Ramai juga yang sudah memulakan langkah.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap bagi pinjam henpon bila henpon aku rosak.[1] "Nanti hang hilang aku susah".

Perempuan favourite yang terbaru sudah reti nak berkongsi straw.

Kedua-duanya masih melambai dan melemparkan senyum paling manis bila aku dah nak balik.

Dan kedua-duanya, dengan sebab masing-masing, berpontensi tinggi buat aku patah hati satu hari nanti.

20110510

feel


Apek jual tilam cakap nak beli tilam ni macam cari bini jugak. Kalau dah cukup syarat perempuan atas bawah dah boleh buat bini. Semua lebih kurang saja. Tilam pun macam tu. Yang penting feel.

"Lu cuba tidur dulu". 

20110508

cinta tanpa syarat (2)


Berbelas tahun lepas, kelas pertama English II lecturer suruh tulis essay My Ambition. Nak test power katanya. 

Ramai yang sinis. Karangan cita-cita saya ini selalunya relevan untuk budak sekolah rendah saja.

Bila dah besar sikit baru faham. Cita-cita relevan sepanjang hayat. 

Ada lagi topik yang relevan sepanjang hayat dan semua orang sepatutnya boleh menulis dengan baik bila-bila masa saja..

[,]

Anak-anak perempuan mak semua dah ada di kampung halaman. Anak-anak lelaki masih di perantauan mencari rezeki halal yang tak sebesar mana.

Masa adik call dari rumah, terdengar suara di belakang, "Abang tak mau cakap dengan mak ka..??"

20110506

cinta tanpa syarat



Ramai orang tweet ajak letak gambar ibu sendiri sekurang-kurangya sehingga 9 May sebagai tanda perhargaan. Dalam FB pun ramai dah tukar. 

Gambar berdua dengan mak ada dalam frame nun jauh di kampung. Payah pulak nak upload.

Last time balik kampung tolong beli barang-barang dapur untuk mak. Lepas tu mak pulak tolong bayar satu barang untuk yang harganya lagi mahal dari barang-barang dapur.

Mak senyum."Gaji tak dapat lagi kan.." 

Kalau bagi sesuatu kat mak, buat sesuatu yang mak suka, mak ucap terima kasih. Sebaknya bila dengar makan hari baru nak hilang. 

Sebab dah jarang-jarang buat, jaranglah dengar mak ucap terima kasih.

20110503

masuk barisan


Aku seorang yang jenis mudah terpengaruh dengan iklan TV. Tuang air panas dalam mug dulu baru tabur nescafe, letak ubat gigi sampai penuh berus dan sebagainya.

Aku yakin yang Scha Al-Yahya pernah kerja MYeG tapi dah berhenti dan abang sengih nampak gigi yang akan hantar nanti.

Hanya orang susah dan tabah saja sanggup menunggu giliran 185 orang di depan untuk satu khidmat kerajaan  yang tak sampai 30 saat pun.

Cuma yang terkilan kalau ada yang nak givap tu, takkanlah tak terasa nak tinggal nombor dekat kaunter. Mana tau dapat pahala sekupang dua. Membantu orang susah. 

20110502

buruh (2)

Bekas hosmet cakap aku tak ada poker face.

Masa nak bayar tol, aku cuba berbahasa ," Selamat hari buruh. Saya tak kerja hari ni."

Tol gate girl balas dengan senyuman yang paling manis, "Abang yang hensem bergaya pakai baju kemeja ni nak pergi interview? Company mana? Good luck."

[,]

Perempuan-perempuan favourite hantar mesej. Masih kat pulau.