20120827

fitrah (2)


Aku tak pernah menafikan kesetiaan Lina Jobstreet yang bertungkus lumus berusaha mencari peluang untuk aku mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mungkin dia sangat lawa dan aku pulak buat-buat tak peduli.

Cuma yang aku kesalkan, tak sekali pun dia hantar kad raya walaupun dah bertahun dia ada alamat rumah aku.

Setakat hantar email puisi raya tu, ketulusan tu tak nampak sangat. 

20120824

fitrah (1)


Sebelum ni kalau nak bagi petua orang datang ke rumah kena guna landmark pokok-pokok,lubang-lubang mana nak kena elak masa drive,tunggul kayu,busut anai-anai dan sebagainya.

Sekarang ni dah advance. "jalan stret sampai jumpa trapiklait,kona kanan stret sampai jumpa masjid.rumah aku dekat-dekat situ.."

20120822

fitrah


Kata seorang pendakwah tersohor rancangan Tanyalah Ustaz pada pagi raya ketiga, cara yang betul untuk meminta maaf adalah menyatakan kesalahan kita ketika meminta maaf kepada seseorang.

Maknanya yang aku selalu hantar sms send to all tu tak berapa nak betul lah caranya.

Pantun dua kerat ciptaan sendiri yang masyhur dan tulus tu terpaksalah jadi pantun sekerat setengah mulai tahun depan. Bahagian maaf tu terpaksa buang.


20120815

Diari Ramadhan (16)


"Kakak ada kat mana?"

"Dah on the way balik ni..sorry lambat habaq..kalut tadi.."

"aik..kata nak balik petang esok..rini kerja kan.."

"Bos outstation kat algeria.."

20120812

Diari Ramadhan (15)


Sejak seminggu dua ni,kalau waktu berbuka ada bola tampar pantai wanita. Waktu sahur pula ada tunjuk bola tampar wanita. 

Belum lagi nak tengok acara terjun wanita yang masyhur itu.

Seminggu terakhir puasa saja kurang gangguan.

20120805

Diari Ramadhan (14)



Petang tadi tabligh datang ziarah rumah. Betul-betul masa keluar kereta balik dari bazar Ramadhan.

Nak lari tak sampai hati.

Kalau masa belajar dulu boleh pura-pura sakit perut. Nak cakap ada kelas pukul 7 pelik pula.

20120801

Diari Ramadhan (13)


Selepas selesai 11 hari berpuasa, perut tak turun-turun jugak. Hari ini baru aku tau sebab utamanya.

Kalau dah murtabak harga tujuh ringgit, nasik ayam yang kununnya spesel tu pun tujuh ringgit, sudah tentu sesi jamban pun tak kan keluar semua.

Itu belum makan popia harga satu ringgit lagi.

Di kampung halaman, senang sikit keluar semua. Maklumlah kalau 5 minit sebelum berbuka, adik manis jual kuih lelong 8 bijik seringgit.