20111129

utara


Hidup di kota memang mudah tertipu.

Beberapa bulan lepas singgah di gerai makan "mai tang ni:mencetuskan citarasa utara". Punyalah besar bunting. Daripada tukang ambik order sampailah tukang buat air, semuanya cakap bunyi belah-belah Pattani.

Dah duduk terpaksalah order teh tarik saja.

Minggu lepas jadi lagi sekali. Kedai makan " Selera Utara", Tapi makanan killer dalam menu seperti soto,bakso, nasi ambeng dan sejenis dengannya.

20111124

bercuti (2)


"Tahun depan mak pencen ingat nak join persatuan sejarah. Register kat muzium negeri. Depa suka buat lawatan"

Lain macam jugak ayat pancing ni. Macam tau-tau saja perempuan-feveret-sejak-dulu dah buat plan untuk bercuti tahun depan.

Takkan perempuan-feveret-sejak-dulu BCC email ke mak.

20111120

awal


Kalau nak subuh, makan sahur punyalah liat nak bangun. Tapi kalau pasal perempuan-perempuan feveret, siap boleh bangun sebelum alarm.

Bangun awal di pagi ahad entah kali ke berapa tahun ni.[1]

Girls have strange effect on boy.

20111116

gambar(1)



Berdasarkan prestasi gambar-gambar fesbuk yang terbaru jugak, housemate cakap yang aku kena cari imej consultant.

Perempuan-feveret berdua terlalu elegant untuk aku katanya. Dengan nada jujur.

20111114

gambar


Berdasarkan prestasi fesbuk sekarang, orang mesti ingat hidup aku penuh warna-warni, kegembiraan tiada batas, seorang yang mudah mesra, duit banyak, masalah orang lain yang tolong setelkan dan sebagainya.

Keadaan sebenar tidak begitu. Patah hati.

Perempuan-feveret-yang-baru bagitau budak-budak lain yang bercuti sama cakap yang aku ni 'suprisingly cool..'

Sekarang tengah struggle untuk maintain status macam gambar-gambar yang ditag ketika bercuti.

20111105

عيدالاضحا


Prospek bersalaman dengan kaum pendatang buat kali kedua berturut-turut di pagi raya korban adalah menakutkan.[1]

Terlalu ramai sampai rasa diri sendiri pulak yang foreigner.

20111102

gagak mengejar rama-rama (10)


Setiap kali nak givap[1], perkara sebegini terjadi. Mungkin kerana selalu berjumpa dalam keadaan comot,kotor, berpeluh tak kira masa, segala kekurangan dikawtim bersama.

Tapi selalunya mereka wangi. Aku saja masam.