20121227

gagak mengejar rama-rama (20)


Di pejabat ada majlis bertukar-tukar hadiah sempena akhir tahun dan musim perayaan. Entah berdosa atau tidak.

Sedang asyik mencari hadiah yang sesuai,aku terjumpa satu barang yang menarik.

Aku beli untuk perempuan-feveret-sejak-dulu.

20121224

Api Lama


Secara jujurnya aku rasa tak ada yang mampu menandingi perempuan-feveret-sejak-dulu.

Tetapi sebulan yang lalu, jumpa childhood sweetheart setelah berbelas tahun tak dengar khabar berita. Kebetulan dapat seat bersebelah.

Pramugari langsung tak nampak menarik. 

Sejam bersama di langit biru. Syurga.

20121107

Wordless Wednesday:I AM Nikon


20121030

(1)عيدالاضحا


Memandu pulang ke ibu kota selama 14jam ada rekod peribadi yang tak harus diulangi atau dipecahkan sama sekali.

Perjalanan selama 14jam pada musim sekarang sepatutnya hanya untuk ke kota suci menunaikan rukun ke 5.

20121025

keselamatan (1)



Membuang duri, batu dan halangan di jalanan besar pahalanya. Memudahkan orang yang lalu lalang.

Mengambil batu di jalanan dengan tujuan baling untuk merosakkan kamera AES pun memudahkan perjalanan tapi pasti pula balasannya bagaimana.

20121014

imej (5)


Dari segi gaya, susuk tubuh, keringat yang mengalir, ketenangan dan kesungguhan ketika panaskan badan tak kalah kalah nak dibandingkan dengan orang yang kerjanya atlit sepenuh masa yang boleh mencetuskan rasa gerun di hati lawan.

Tetapi bila melihat keputusan pertandingan, lain pula cerita. Tambah pula waktu itu baju sudah melekap ke tubuh yang menonjolkan sesuatu yang kurang enak di lihat.

Baru-baru ni di sebuah pusat membeli belah di kampung, ada perempuan yang masih hijau bertanya" Abang beli punching bag kat mana?"

20120913

gagak mengejar rama-rama (19)


Baru-baru ni aku ambil barang bagi pihak perempuan-perempuan feveret. Terpaksa buat penipuan tidak terancang.

Malang sekali fake signature pada surat kebenaran langsung tidak menggambarkan keanggunan,pesona,lekuk indah,keayuan,kesopanan dan ke'goddes'an perempuan-perempuan feveret.

Perkara ini tak sepatutnya berlaku.

20120906

gagak mengejar rama-rama (18)



Masa tengah belajar dulu mak pesan, "kalau berkenan dengan sapa-sapa, bawak balik rumah mak.Jangan bawak balik ke rumah bujang."

Dua minggu lepas buat pertama kali di rumah mak, "Mak.. ni perempuan-feveret-yang-baru.."

Perempuan-feveret-sejak-dulu yang ada di sebelah dah diintroduce awal tahun. Mak masa tu mungkin sudah ketar kepala.

20120903

gagak mengejar rama-rama (17)



Janggal rasanya berada di dalam kedai jual cupcake. Tak biasa.

"You nak makan cupcake?"perempuan-feveret-sejak-dulu tanya. Dia pakai baju yang aku suka tengok dia pakai.

"Lelaki makan cupcake ka?"

20120827

fitrah (2)


Aku tak pernah menafikan kesetiaan Lina Jobstreet yang bertungkus lumus berusaha mencari peluang untuk aku mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mungkin dia sangat lawa dan aku pulak buat-buat tak peduli.

Cuma yang aku kesalkan, tak sekali pun dia hantar kad raya walaupun dah bertahun dia ada alamat rumah aku.

Setakat hantar email puisi raya tu, ketulusan tu tak nampak sangat. 

20120824

fitrah (1)


Sebelum ni kalau nak bagi petua orang datang ke rumah kena guna landmark pokok-pokok,lubang-lubang mana nak kena elak masa drive,tunggul kayu,busut anai-anai dan sebagainya.

Sekarang ni dah advance. "jalan stret sampai jumpa trapiklait,kona kanan stret sampai jumpa masjid.rumah aku dekat-dekat situ.."

20120822

fitrah


Kata seorang pendakwah tersohor rancangan Tanyalah Ustaz pada pagi raya ketiga, cara yang betul untuk meminta maaf adalah menyatakan kesalahan kita ketika meminta maaf kepada seseorang.

Maknanya yang aku selalu hantar sms send to all tu tak berapa nak betul lah caranya.

Pantun dua kerat ciptaan sendiri yang masyhur dan tulus tu terpaksalah jadi pantun sekerat setengah mulai tahun depan. Bahagian maaf tu terpaksa buang.


20120815

Diari Ramadhan (16)


"Kakak ada kat mana?"

"Dah on the way balik ni..sorry lambat habaq..kalut tadi.."

"aik..kata nak balik petang esok..rini kerja kan.."

"Bos outstation kat algeria.."

20120812

Diari Ramadhan (15)


Sejak seminggu dua ni,kalau waktu berbuka ada bola tampar pantai wanita. Waktu sahur pula ada tunjuk bola tampar wanita. 

Belum lagi nak tengok acara terjun wanita yang masyhur itu.

Seminggu terakhir puasa saja kurang gangguan.

20120805

Diari Ramadhan (14)



Petang tadi tabligh datang ziarah rumah. Betul-betul masa keluar kereta balik dari bazar Ramadhan.

Nak lari tak sampai hati.

Kalau masa belajar dulu boleh pura-pura sakit perut. Nak cakap ada kelas pukul 7 pelik pula.

20120801

Diari Ramadhan (13)


Selepas selesai 11 hari berpuasa, perut tak turun-turun jugak. Hari ini baru aku tau sebab utamanya.

Kalau dah murtabak harga tujuh ringgit, nasik ayam yang kununnya spesel tu pun tujuh ringgit, sudah tentu sesi jamban pun tak kan keluar semua.

Itu belum makan popia harga satu ringgit lagi.

Di kampung halaman, senang sikit keluar semua. Maklumlah kalau 5 minit sebelum berbuka, adik manis jual kuih lelong 8 bijik seringgit.

20120715

imej(4)



Ciri-ciri suprhero dalam diri aku dah semakin berkurang.

Watak manusia biasa supehero sekarang tak loser macam dulu. Tak ada kerja tetap, jalan-jalan dengan basikal dan awek selalunya terlepas ke tangan orang lain.

Sekarang koman-koman kena pandai buat formula kimia, naik skateboard dan dapat awek anak ketua polis  yang lawa.

20120711

imej (3)


Durjana manalah punya idea buat dinner di tengah-tengah ibukota pada malam minggu dengan tema holiwud.

Orang susah macam aku mana mampu nak sewa baju mahal. Terpaksa bawak imej hero glii.

20120625

gagak mengejar rama-rama (16)

Adegan kejar mengejar, lelaki dan perempuan di bawah pokok selalunya hanya wujud dalam cerita klasik hindustan.

Dan ruang wujud di tengah-tengah bukan untuk syaitan. Kerana aku sedar ketiak sendiri tak terurus rapi.


20120620

sarjan+1


""Makan dengan sapa?"

"Makan sorang-sorang saja mak"

Perbualan telefon dengan mak beberapa hari lepas diteruskan dengan suara mak yang agak sebak.

Kalau mak telefon dua hari lepas tu lain pula cerita.


20120611

keselamatan



Aku bukannya tak mampu beli jersi original. Cuma aku utamakan kesihatan dan keselamatan.

Toxic warning over Euro 2012 strips as watchdog says Poland jersey should be banned

20120527

potensi



Aku perhati atas bawah pemuda sebaya yang dilayan mesra oleh jurujual kereta di ruang legar pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Aku pula terkebil-kebil seorang diri.

Aku perasan yang jenama jaket pemuda itu sama dengan kasut yang aku pakai sekarang.

Aku syak pemuda itu tak mampu nak beli kereta itu.

Bayangkan dia pakai jenama terkenal itu di badan. Aku pula pakai di kaki. Pijak-pijak macam tu saja.

Jurujual itu tak berpegalaman rasanya. Tak tau nak mengenal potensi pembeli.

20120523

Wordless Wednesday : Syrena


20120520

kampung halaman (1)


Hari pertama kat kampung halaman bila pakai towel nak mandi, "Eh..kata hidup susah kat KL..ni mak tengok perut makin bulat ni.."

Ini masa yang paling bagus nak petik nama perempuan-perempuan feveret. Tapi tak terkeluar pulak. Lepas ni tak boleh dah nak lepas peluang nak jual nama.

20120517

kampung halaman



"Adik..kopi o panas dengan nasik lemak satu..berapa?"

"Seringgit dua kupang.."

"Eh..kopi o panas dengan nasik lemak..?"

"ya..seringgit dua kupang"

Kalau begini lah gaya hidup di ibu kota, aku tak kisah sangat kalau pemerintah nak ambik komisyen 2 atau 3 billion masa beli kapal selam atau kapal korek sekali pun.

20120510

gagak mengejar rama-rama (15)




Semakin hari semakin banyak situasi yang membuatkan aku tak patut berasa terlalu merendah diri. 

Siapa sangka syarikat pengeluar barangan sukan tersohor membuat iklan komersil berdasarkan kehidupan aku sekarang.

Kalau perempuan-feveret-sejak-dulu belum sedar,aku kena bagitau dia.

20120501

panas (2)


Seorang pensyarah masa aku berada di puncak menara gading dulu pernah berkata kurang lebih macam ni, "Malaysia has 3 seasons. Hot,hotter and hottest." 

Sebagai seorang terpelajar yang telah banyak merantau, sudah tentu beliau tak akan mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam.

Tambahan pula masa tu fesbuk masih belum berleluasa. Mana mungkin dia quote mana-mana status yang dipengaruhi emosi.

Tambahan pula lagi dia berasal dari India. 

20120429

panas (1)


Musim-musim panas ni tiba-tiba saja astro free semua channel. Boleh jugak tengok channel berita stesen luar negara. Beritanya entah benar entah tidak itu belakang cerita.

Sedang sibuk explore channel-channel yang tak pernah tengok sebab tak mampu nak bayar, tiba-tiba hati jadi panas. Channel pelangi  kena lock. 

Rasanya tak pernah ada bibik kat rumah nak sekat dia tengok tv macam nak sekat budak-budak nak tengok channel katun.

Misteri sungguh.

20120427

gerimis mengundang


Bila check online, gembira tak terkira. Ketawa berdekah-dekah . 

Tapi bila pukul 4.30 petang, ATM tak dapat detect kad, tunjuk muka sayu kat pegawai bank pun dia buat-buat tak nampak. 

Petang Jumaat yang langsung tak kelakar.

20120425

jual ubat



"You are funny but his pick-up line is better" kata amoi comel.[1]

Terpaksa meneruskan siri gagak mengejar rama-rama saja yang entah sampai bila.

20120411

perut


Keyakinan diri aku terlalu rendah. Aku bukanlah tak menarik perhatian langsung.

Komen pertama bila gambar diupload di fesbuk bukanlah tentang amoi manis nampak ketiak licin di sebelah tapi penampilan aku yang agak menonjol.


20120409

imej (2)


Rumah tak ada cermin ni susah betul. Dah tak tau macamana rupa paras terkini. Baru-baru ni ambik gambar. Baru sedar rupa-rupanya aku perasan.

20120402

gagak mengejar rama-rama (14)


Satu senyuman pun dah susah nak tolak, inikan pula kalau dua senyuman manis berganding bahu. Lagi lah susah nak tepis. 

Seminggu dua ni dah reti nak tolak sikit-sikit. Tapi bila fikir balik, selain daripada dua-dua senyuman itu, tak ada orang lain yang sudi.

20120320

barang baik


Baru aku perasan. Masa sekolah dulu aku hebat jugak. Macam atlit terkenal. Kasut ada nama bukan sebab duduk hostel takut kasut hilang tapi memang hebat.

Sekarang kualiti hidup dah berkurang. Dah takada kasut yang ada nama sendiri. 

20120315

barisan

Sayangkan anak tinggal-tinggalkan. Mungkin sebab itu seorang ibu yang tak berapa nak muda tinggalkan anak kecilnya di dalam bakul betul-betul di belakang aku sebagai marker barisan sedang dia sibuk mengisi borang keluar duit ASB.

Aku harap dengan setem yang naik harga paling murah 60 sen tu pejabat pos boleh laburkan sedikit untuk repair mesin angka giliran cawangan mana-mana yang rosak. 

Terpijak budak kecik ni langsung tak menyeronokan. Tak macam kalau amoi muda yang manis nak pijak belakang kita.

20120312

gagak mengejar rama-rama (13)


Di tempat aku berkerja, mujur kalau dapat lunch modal bawah RM7. Teh ais pun dah dua ringgit.

Sebelum ni aku tak dapat fikir tentang sesiapa yang boleh buat aku sanggup redah 35km satu hala ke arah ibu kota pada waktu tengahari mendung dan bayar parking RM7 semata-mata untuk lunch sejam bersama.

Sekarang dah tahu dan sanggup buat lagi esok. 

20120308

hujan


Aku yakin musim kenduri kahwin dah nak dekat. Aku yakin jugak bomoh-bomoh hujan sedang sibuk berjampi serapah tolak hujan ke kawasan lain. 

Bomoh hujan kawasan rumah aku tak power sangat. Mampu tolak hujan ke waktu malam saja. 

20120227

kucing


Tak pasti sama ada nyawa kucing ni boleh dipercaya atau haram dipercaya. 

Yang pasti sekarang mungkin dah tinggal empat. Dua melibatkan perairan, dua jalanraya dan satu pergunungan.

Yang pasti mesti terus mencuba untuk hidup dan sihat

20120223

Safe & Sound



Rakan serumah pernah menulis dalam fesbuk  "Pengatahuan kita selalunya berkisar dan terhad kepada mukasurat  pertama Google". Lebih kurang begini setelah diterjemah. Dah lama. Aku ingat-lupa lupa.

Baru-baru ini dia pesan secara peribadi "Jangan google simptom penyakit kita sendiri. Nanti semua akan menjurus ke barah".

Betul itu. Kalau google betis kejang bila lupa makan tengah hari tu rupa-rupanya pasal tanda-tanda awal barah otak, haru juga.

Dua minggu lepas aku beli ubat batuk sensei yang dilulus Kementerian Kesihatan dan ada logo Halal.

Lepas dah teguk separuh botol, baru nak check kandungan ramuan. Ada "Semen Prunus Armeniaca L".

Aku tak berminat nak google.

20120218

belajar


Masih pandai rupa-rupanya. Masa depan gelap di puncak menara gading memang melemahkan semangat. Campur markah semua paper satu semeter belum tentu cukup 100.

Tak sangka result exam baru-baru ni setaraf lebih 15 tahun dulu. Masa sekolah menengah rendah. 

Mungkin sebab ikut nasihat cikgu. Malam exam tidur awal. Tak payah ulangkaji.

20120215

normal


Sesekali masuk waktu kerja macam orang lain pun seronok jugak. Dengar info trafik di radio walaupun takada kena mengena, matahari pagi yang indah, nasik lemak sebagai sarapan dan bukan makan tengahari, tak boleh langgar lampu merah, nak parking kereta pun susah dan sebagainya.

Cuma jarak saja tak boleh celen tempat kerja lama. Dulu kalau nak berak pun boleh drive balik rumah. Sempat.

20120208

gigi


Saiznya secara relatif nampak lebih kecil dari 20 tahun lepas. Sekarang ni dah tak ada warning,tak ada pujuk-pujuk. Terus injek. Sekarang ni ubat-ubatannya boleh kenyang macam makan nasik.

20120115

sasaran (1)


Dah ada sasaran tahun 2013. Tak payah susah-susah fikir panjang. Perempuan-perempuan bawak medal semua tu patut dilihat secara live di stadium.

20120113

konsert (1)




Walaupun Awie dah ada rupa seperti kenderaan diesel yang dah wajib masuk puspakom tapi suaranya masih boleh buat aku turut menyanyi sambil tersenyum kerana kenangan lampau. Aku perasan semua orang lain di sekeliling jugak begitu.

Ella pula masih seperti 18 tahun lepas masa aku last tengok konsert dia. Bahu,biceps,siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut, betis yang sungguh menarik dan suara seakan-akan lebih advance. Mungkin kerana pakai gaun nampak ketiak.

Mungkin jugak kerana when  I was young, I adored the fabolous.




20120112

konsert


Adik bongsu pernah cakap Backstreet Boys bukan zaman dia. Jadi dia tak suka sangat.

20120109

panas


Musim panas ni bagus jugak kalau banyak minum air dan baca surat khabar.

Dahsyat jugak cara company ni nak jual air. Bukan setakat buka water dispenser free sebulan dekat kawasan kejiranan, dia punya flyers pun boleh tahan. 

Ikut senarai penyakit boleh sembuh kalau minum termasuklah taun, malaria, tibi, AIDS dan macam-macam lagi. Setakat demam panas tu senang saja boleh sembuh.

Aku langsung tak terpengaruh. Sebab aku jumpa iklan yang lagi best.

20120104

sasaran



Permulaan yang bagus. Ada satu target yang sepatutnya dah lama dibuat dah setel seawal hari kedua.Tahun ni ada satu azam lagi yang boleh disetel dalam minggu ni jugak. Aim small miss small.