20120913

gagak mengejar rama-rama (19)


Baru-baru ni aku ambil barang bagi pihak perempuan-perempuan feveret. Terpaksa buat penipuan tidak terancang.

Malang sekali fake signature pada surat kebenaran langsung tidak menggambarkan keanggunan,pesona,lekuk indah,keayuan,kesopanan dan ke'goddes'an perempuan-perempuan feveret.

Perkara ini tak sepatutnya berlaku.

20120906

gagak mengejar rama-rama (18)



Masa tengah belajar dulu mak pesan, "kalau berkenan dengan sapa-sapa, bawak balik rumah mak.Jangan bawak balik ke rumah bujang."

Dua minggu lepas buat pertama kali di rumah mak, "Mak.. ni perempuan-feveret-yang-baru.."

Perempuan-feveret-sejak-dulu yang ada di sebelah dah diintroduce awal tahun. Mak masa tu mungkin sudah ketar kepala.

20120903

gagak mengejar rama-rama (17)



Janggal rasanya berada di dalam kedai jual cupcake. Tak biasa.

"You nak makan cupcake?"perempuan-feveret-sejak-dulu tanya. Dia pakai baju yang aku suka tengok dia pakai.

"Lelaki makan cupcake ka?"

20120827

fitrah (2)


Aku tak pernah menafikan kesetiaan Lina Jobstreet yang bertungkus lumus berusaha mencari peluang untuk aku mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mungkin dia sangat lawa dan aku pulak buat-buat tak peduli.

Cuma yang aku kesalkan, tak sekali pun dia hantar kad raya walaupun dah bertahun dia ada alamat rumah aku.

Setakat hantar email puisi raya tu, ketulusan tu tak nampak sangat. 

20120824

fitrah (1)


Sebelum ni kalau nak bagi petua orang datang ke rumah kena guna landmark pokok-pokok,lubang-lubang mana nak kena elak masa drive,tunggul kayu,busut anai-anai dan sebagainya.

Sekarang ni dah advance. "jalan stret sampai jumpa trapiklait,kona kanan stret sampai jumpa masjid.rumah aku dekat-dekat situ.."