20100615

Tidak sepatutnya begini..


Piala Dunia 2010 sudah masuk hari ke-5. Sehingga kini 11 perlawanan telah berlangsung dan walaupun memiliki siaran langsung yang tidak terhad, aku hanya berjaya menonton 2 perlawanan penuh sahaja.

Sungguh mengecewakan kerana rancangan asal adalah menonton lebih daripada separuh daripada jadual perlawanan. Lebih-lebih lagi 2 perlawanan tersebut tidak termasuk perlawanan pasukan yang aku sokong untuk kali ini.

Aku lebih salahkan masalah penggera daripada jadual perlawanan walaupun saya terperasan perlawanan pertama setiap pasukan yang melibatkan pasukan terkenal berlangsung pada dinihari kecuali perlawanan yang melibatkan Perancis, Argintina dan Sepanyol.

Terkenal di sini bermaksud aku kenal majoriti pemain pasukan dan saya mengenali kesemua pemain pasukan yang disokong tempoh hari.

Buat pertama kali aku telah berkenalan dan mengecam muka-muka baru tersebut seperti Sami Khedira, Mesut Ozil, Holger Batsuber, Marko Marin dan Cacau. Pemain-pemain di bangku simpanan lain kali saja.

Akan berusaha lebih kuat untuk memenuhi sasaran rancangan asal.

[,]

Cuaca di habitat telah berubah daripada teramat panas sebelum hujan biasa-biasa di waktu malam kepada sejuk dan nyaman sebelum hujan menggila di waktu malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan