20100811

Keriang Pantai

Kalau tak kerana Taraweh atau sembahyang raya, surau wakaf arwah bekas wakil rakyat ni memang aku tak pernah jejak.

Surau yang banyak berjasa kepada penduduk sekitar ni mendapat saingan setelah pihak pembangkang (ketika ini telah menjadi pemerintah) membina sebuah musolla yang lebih selesa.

Perubahan besar yang ketara tahun ini adalah surau tersebut telah berhawa dingin. Macam musolla di seberang jalan. Dan surau tersebut terus menabur jasa kepada orang muda yang macam aku yang tak pernah tau nama kampung.

Selalunya alamat rumah letak 'batu' dan nama jalan saja. Nasib baik masih boleh membaca tulisan jawi dengan baik.

Berkat solat taraweh malam pertama.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

1 ulasan: