20101223

bas ekspres yang ngeri


Menaiki bas ekspres untuk balik ke kampung halaman telah memberi beberapa kejadian ngeri. Kemalangan berdarah tu adalah sekali tapi tak lah sampai ada yang maut. 

Kejadian-kejadian seperti beli tiket tapi bas tak ada, beli tiket pukul 9 malam tapi bas sampai pukul 3 pagi, tertidur dan pakcik sebelah tipu cakap tempat patut turun dah terlepas adalah perkara-perkara yang berkaitan.

Kalau dapat duduk bersebelah perempuan muda pula mujur kalau dapat. Dapat sekali eksiden pula.

Kali terakhir naik bas beberapa bulan lepas amat memberi kesan. Buat kali pertamanya duduk di sebelah orang kurang upaya. Sebagai orang yang mempunyai budi pekerti, situasi menolong orang buta adalah perkara mudah.

Advanced juga pakcik ni. Ada telefon tangan.

Selepas beberapa belas minit kami berbual, rasanya pakcik tu dah terlelap. Senyap.

Tiba tiba terlintas dalam fikiran, macamana kalau nanti bas ni berhenti rehat dan pakcik ni nak pergi tandas?? Kalau dia ajak masuk tandas sekali, kalau dia mintak tolong aim, kalau dia suruh basuh??

[,]

Hati nurani hampir hilang...


4 ulasan:

  1. lalu pakcik berkata

    STOP UR NONSENSE IMAGINATION!

    * lagi advance jika boleh terel english dgn braille.

    tamparan buat yg celik mata.

    hek eh!

    BalasPadam
  2. klo die mintak tolong aim?erk...blur d situ.hahah

    BalasPadam
  3. imaginasi ke realiti.tunggu sampai masa, ada jawapanya yang tersendiri.

    BalasPadam
  4. rumah kalau black out pun cepat-cepat cari lilin kalau nak ke tandas.
    menahan kencing dalam gelap taktau la apa perasaan.rasa bersalah tak abis lagi.

    BalasPadam