20100713

Budaya bermusim

Tsamina mina eh eh..waka waka eh eh..

Piala Dunia telah berakhir. Aku  tidak menjadi miskin atau bertambah kaya. 

Tetapi terdapat perkara positif yang terjadi sejak Piala Dunia ini. Aku rajin membaca dan di kala internet bermaharajalela ini, ramai juga yang menjadi ulat buku internet.

Ketika ini bahan bacaan yang difahami telah tidak hangat lagi mencanangkan piala dunia sejak tewasnya England.

Aku yakin menonton saja tidak cukup untuk bertekak di kedai kopi. Semua orang menonton walaupun sekadar siaran ulangan. Kebanyakkan yang membaca inginkan killer point. Semua ingin tunjukkan yang mereka paling terror memberi pendapat walaupun semua itu dicedok.

Walaupun begitu dengan menonton kita dapat melihat pemain yang berlakon untuk iklan astro gagal menyerlah. 

Aku tak akan berkata..alangkah baiknya jika England melangkah lebih jauh. Aku tidak menyokong England tapi aku mengaku menonton perlawanan kerana pemain-pemain mereka terkenal walaupun tidak kacak. Kecuali perlawanan dengan Jerman, perlawanan yang melibatkan England sangat merugikan masa menonton.

Menyokong dan meneka pemenang piala dunia adalah dua perkara yang amat berbeza. Tapi pada perlawanan akhir, Johan Cruyff telah menyokong dan meneka pasukan yang sama. Cruyff  adalah  salah seorang daripada hero silam walaupun aku belum hidup di zaman itu kerana aku membaca ketika ini.

Menonton perlawanan yang berprofil tinggi adalah normal. Tiket perlawanan Slovenia-Algeria pun tak habis.

Tetapi Piala Dunia itu sendiri adalah berprofil tinggi, dengan vuvuzela dan jabulani nya. Lapan perlawanan terakhir dan perkara khurafat pun cukup untuk bahan dua tiga minggu ini. Itu belum lagi sebut pasal Maradona dan kisah -kisah spontan yang berlaku.

Vuvuzela kalau ditiup pada Pestabola Merdeka, belum tentu akan kontrovesi kerana mana mungkin ramai yang akan datang ke stadium untuk meniup. Tetapi vuvuzela adalah budaya Afrika dan ditiup di Piala Dunia Afrika yang entah bila akan berlaku lagi. Jabulani pun budak-budak depan rumah main tidak merungut langsung. Berbangga kerana guna bola rasmi piala dunia lagi ada.

Tapi kerana ini piala dunia, orang yang pemalas pun jadi rajin membaca. Kerana perkara-perkara  yang jarang berlaku di tempat-tempat lain itu. Kerana Piala Dunia.



Eh..aku belum ke kedai kopi untuk bertekak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan