20100715

16 tahun dan mantap



Aku suka kalau pemimpin negara kita mengeluarkan kenyataan. Ada kalanya mereka berfikir panjang dan ada kalanya tidak. Ada kalanya kenyataan yang dasarnya untuk kepentingan negara tapi sebenarnya untuk kepentingan diri  atau untuk popular.

Piala Dunia masih boleh dikatakan sebagai isu hangat sekarang ini. Apa salahnya jika keluarkan kenyataan tentang Piala Dunia.



KUALA LUMPUR - Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan cadangan menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia bersama Indonesia.

Semalam, beliau mengumumkan tarikh yang lebih spesifik iaitu kedua-dua negara mungkin menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk kejohanan 2026.

Cadangan beliau ternyata mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan ada juga yang memperlekehkan cadangan tersebut, yang disifatkan hanya 'mimpi' bukannya impian.

Namun, Ahmad Shabery berkata, kejayaan Afrika Selatan menganjurkan Piala Dunia 2010 menjadi inspirasi buat Malaysia dan Indonesia.

''Jika Afrika Selatan mampu menyediakan sebuah pasukan yang kuat untuk Piala Dunia, mengapa tidak kita negara-negara di rantau Asia Tenggara,'' katanya.

Beliau menghadiri Program Titian Muhibbah dan pengenalan Bandung Games 2010 di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng serta delegasi.

Menurut Ahmad Shabery, sekiranya hajat tersebut dapat direalisasikan, ini bermakna Malaysia dan Indonesia mempunyai tempoh 16 tahun untuk mempersiapkan pasukan bola sepak masing-masing.

Jelasnya, tempoh tersebut cukup panjang untuk membuat persiapan, terutamanya membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Piala Dunia.

''Kita mampu membina sebuah pasukan yang kuat. Dengan bajet yang mencukupi, saya yakin kita boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat,'' ujarnya.



Yang menarik perhatian adalah 16 tahun untuk menyediakan pasukan yang mantap. Aku bukan budak darjah enam untuk percaya malah umur saya sekarang layak untuk ketawa bersama rakan tentang perkara ini. 

Kebetulan pula pasukan sebelum 1994 yakni 1992 ketika menentang Enlgand adalah cukup mantap dan seingat saya tidak pasukan negara yang sekuat mereka sejak itu. 

Isu bolasepak negara  telah membuatkan rakyat  ketawa dengan kuat. Tetapi pendapat rakyat tentang bolasepak negara akan membuat pemimpin kita ketawa dengan lebih kuat.

Menganjurkan edisi 2026 pula menyebabkan aku garu kepala. Tuan rumah empat tahun lagi adalah Brazil dan pembidaan untuk edisi 2018 & 2022 telah ditutup. 

Berdasarkan undang-undang FIFA, benua yang mendapat hak penganjuran tidak layak untuk membida pada dua edisi seterusnya. 

Belgium & Belanda, Sepanyol & Portugal, England, USA dan Russia membida untuk 2018 & 2022. Manakala Australia, Jepun, Qatar dan Korea Selatan untuk 2022 sahaja. Mexico dan Indonesia telah menarik diri setelah membuat tawaran dengan alasan masing-masing.

Jika tuan rumah 2018 dimenangi oleh benua Eropah, yang layak melobi 2022 adalah USA dan negara Asia dan Malaysia tidak layak untuk melobi 2026 jika Asia memperoleh hak.

Jika USA menjadi tuan rumah 2018, 2022 menjadi rebutan Eropah dan Asia.

Secara lojiknya sekarang adalah Eropah 2018 dan Asia 2022. Dan ketika ini peluang Malaysia untuk menganjurkan Piala Dunia 2026 adalah dengan tidak menyokong Asia 2022. 

Tapi negara Asia mana pula nak menyokong Shabery Cheek kita untuk 2026 kalau  kita tidak menyokong Asia 2022. Tambahan pula Indonesia sebelum ini menyokong Australia untuk 2022.

Aku fikir kenyataan telah dikeluarkan tanpa berfikir panjang.




***************

I'm from Kuala Lumpur, Malaysia. There was an advert in Malaysia noting the fact that Soh Chin Aun, ex-national player for Malaysia in 70s and 80s (the heyday of Malaysian football), was capped in 260 plus games for his country. I'm proud if it's true but is he the most capped player in the world? asked Attan Power.
They can't all have been full internationals. The most capped player of all time (rather oddly for those who remember his incompetence at the 2002 World Cup) is the Saudi Arabian goalkeeper Mohamed Al-Deayea, who represented his country 181 times. Just behind is the long-serving Mexican defender Claudio Suarez (178). As both retired from club football this year, they are unlikely to add to their total of caps. That means Egypt captain Ahmed Hossan, who at 35 years old is still playing and has 173 caps, could leapfrog both. The most-capped South American is Ecuador defender Ivan Hurtado with 167 and the most capped European is Vitalijs Astafjevs of Latvia with 162. 

Soccernet 15th July 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan