20101117

سلام عيدالاضحا

Ketika di puncak menara gading dulu, selalu jugak tak balik bila tiba hari raya haji.Di negeri yang hanya memperuntukkan sehari untuk perayaan ini, agak sukar untuk berulang-alik 1350km dalam masa sehari.

Selalunya masa tu lepas solat sunat Aidiladha, balik rumah tidur saja.

Hari ini, bekerja di negeri yang juga meraikan raya korban sehari, terpaksalah tak bersama keluarga sejak 3 tahun.

Dikelilingi oleh golongan bukan Islam, terasa perlu juga bergaul dengan saudara sesama Islam. Dimulakan dengan solat sunat bersama saudara dari Bangladesh,Pakisatan, India dan  Timur Tengah.

Suasana pelik bermula selepas ketika ibadah korban. Surau tempat bersolat tadi bersebelah dengan tempat ternakan dan sembelihan binatang.

Tiada takbir beramai-ramai dan korban kambing pula melebihi jumlah lembu dengan nisbah yang tidak seimbang. Insan-insan mulia yang melakukan ibadah ini pula macam buat kerja sendiri-sendiri.

Dapat saja kambing, yang kebanyakkannya kelihatan sungguh cantik dan besar, terus saja ajak kawan sembelih sendiri. Si kawan berperanan sebagai tukang pegang kaki kambing dan tukang ambik gambar tukang sembelih yang posing garang selepas tu.

Aku beralih ke tempat lembu. 2 orang Bangladesh ikat lembu ke tiang dan seorang orang kita jadi tukang sembelih. Simple.

Bila aku balik ke tempat kambing, aku tengok kambing pertama yang disembelih dah digantung terbalik ketika masih mengelupur. Dan serentak dengan itu seorang hamba Allah entah dari negara mana terus melapah.

Aku tergamam. Nak menegur orang berlumuran darah yang memegang pisau bukan kerja senang. Aku bukan orang alim dan mungkin mazhab mereka membenarkan.

Ketidakselesaan memaksa aku ke masjid yang diiktiraf oleh kerajaan negeri. Ada 2 ekor yang khabarnya dikorban oleh jabatan agama dan 7 ekor yang lebihnya oleh penduduk tempatan.

Suasana lebih muhibah. 20 orang pegang sekor lembu...Suasana Malaysia.

[,]

Dapat kupon no 160 tapi orang no 2 dapat daging setelah peserta korban selesai dapat bahagian masing-masing.

Tengah fikir masakan sesuai sehingga hujung minggu.

[,]

**Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Saya juga berdoa agar semua jemaah Haji kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat, insyaAllah**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan