20120223

Safe & Sound



Rakan serumah pernah menulis dalam fesbuk  "Pengatahuan kita selalunya berkisar dan terhad kepada mukasurat  pertama Google". Lebih kurang begini setelah diterjemah. Dah lama. Aku ingat-lupa lupa.

Baru-baru ini dia pesan secara peribadi "Jangan google simptom penyakit kita sendiri. Nanti semua akan menjurus ke barah".

Betul itu. Kalau google betis kejang bila lupa makan tengah hari tu rupa-rupanya pasal tanda-tanda awal barah otak, haru juga.

Dua minggu lepas aku beli ubat batuk sensei yang dilulus Kementerian Kesihatan dan ada logo Halal.

Lepas dah teguk separuh botol, baru nak check kandungan ramuan. Ada "Semen Prunus Armeniaca L".

Aku tak berminat nak google.

14 ulasan:

  1. aku tolong.haha

    Detailed Vitamin b17 Amygdalin vb17 bitter apricot seed Laetrile bitter almond extract Prunus armeniaca L 98% hplc Natural & pure Vitamin b17 Amygdalin bitter almond extract Laetrile VB-17Amygdalin vb17 Prunus armeniaca L98% hplcNa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh percaya lah logo halal kan.ingatkan check babi dan alkohol saja..

      Padam
  2. Ghost tu saintis ke doktor celopsss??? (>.<)

    BalasPadam
  3. Ghost buat spoil imaginasi.

    Aku baru nak buat teori yang itu semen yang keluar dari sesuatu yang berkedut macam prun, saiz L.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah rasa nak muntah dah sebelum ni

      Padam
  4. dh google jugak.
    alhamdulillah takde yg mengerikan.
    chinese herbs, katanya.
    betul la tu ghost cakap.
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sambung la kan tanpa was-was

      Padam
  5. aku tengok perktaan semen tuh je, aku terus terfikir air mani.Dan aku pikir pulak, kau telan semen? Dan aku tahu, aku tak perlu google apa2. Aku nak buat je andaian gitu. HAHA

    BalasPadam