20110821

Diari Ramadhan (9)


Duit raya nak bagi budak-budak rasanya ada lagi balance tahun lepas punya. Lebih dua puluh kelongsong kalau tak salah. 

Tak payah pergi bank tukar duit tahun ni. Dah setel satu perkara.

Kalau tak cukup, kena outsourse ke mak dan ayah. Lagi pun, selalunya duit raya tuan rumah yang bagi.

20110818

Diari Ramadhan (8)


Badan dah rasa ringan sikit. Mungkin pasal dah makan berpada-pada.

Konfiden level dah tinggi. Walaupun susuk tubuh masih tak berubah sangat, tapi rasanya dah boleh pakai baju saiz M ke pasar Ramadhan.

Tak menggiurkan sangat pun dan tak mengganggu puasa orang lain.

20110817

Diari Ramadhan (7)


Sejak bulan puasa ni, selalu jugak terserempak dengan jiran-jiran cina yang sedang menjamu roh nenek moyang depan rumah. Siap dengan bakar lilin.

Sempena hungry ghost gamaknya. Tapi hungry cat yang kenyang.

Orang-orang Islam rasanya ramai yang ke kubur waktu raya saja.

Dah lama tak selitkan doa untuk arwah-arwah tersayang yang dah meninggal. Kecuali kalau ada tahlil.

Harap-harap dalam sembahyang Jumaat Imam ada baca doa untuk yang dah pergi mendahului. kena harapkan orang lain jugak. Macam selalu.

20110815

Diari Ramadhan (6)


Terbaca status dalam facebook, seawal seminggu puasa dah ada orang turun 6 kilo.

Meraba-raba pinggang dan perut, rasanya aku tak patut timbang berat lagi. Tak ada berubah sangat pun.

Umur-umur macam sekarang kalau setakat kurang makan tapi lepas tu mandom, memang tak ada beza sangat. 


20110812

Diari Ramadhan (5)


Selalu jugak dengar orang bagi petua. Bulan puasa kalau waktu Maghrib masih terperangkap dalam kesesakan jalan raya, korek hidung saja.

Membatalkan sesuatu perkara tu yang aku faham macam tak kira kita dah buat.

Bagi orang lain mungkin lucu tapi adalah sesuatu yang amat merugikan kalau kita membatalkan sesuatu yang kita amalkan selama seharian dengan setakat korek hidung.

Walaubagaimana pun, pahala amalan ni hak mutlak Yang Maha Esa.