20100911

Berdebar sebelum lebaran

Salam hari raya kedua.

Adalah sesuatu yang melegakan bila perjalanan pulang ke kampung hanya mengambil masa 7 jam kerana pada bukan musim perayaan pun lebih kurang 5jam termasuk pit stop. 

Sebelum memulakan perjalanan, bukan setakat doa naik kenderaan, doa rekaan sendiri dalam bahasa ibunda agar selamat sampai kurang daripada 12 jam pun berbuih mulut baca.

12 jam memang melampau. Alhamdulillah doa termakbul. Kalau terkena, lutut kiri memang perlu dibelai apabila sampai di kampung halaman.

Dalam perjalanan, baru aku sedar, kereta putih berspot debu aku ni hebat jugak. Depan kereta aku, 3,4 bijik kereta berharga lebih kurang RM200k tapi aku hanya 1 saat di belakang mereka.

Di belakang aku pula Mitsubashi Lancer tak mampu potong. Kereta Waja Lancer nanti memang makan asap.

Tiba di kampung halaman pula disambut oleh percikan bunga api yang entah datang dari mana. Ambil kesempatan kerana ketua polis negara bertukar orang. Mungkin kawalan keselamatan dan rondaan kurang kerana meraikan ketua baru dan makan-makan besar dengan ketua lama.

Ok. Aku bertaubat tak mau riak. Perkara ini hanya berlaku di hiway bila musim perayaan dan jem pekat.

Simpang masuk hiway plus tadi beratur dekat 3km. Harap doa aku termakbul lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan