20100925

Masjid di kota

Pernah bersolat Jumaat disini dan bayar zakat fitrah

Dulu aku prejudis bila tengok orang makan di luar masjid ketika khutbah di kota. Di kampung  tiada situasi ini. Negeri kami mengiktiraf penghulu segala hari sebagai hari rehat dan hari beribadah. Hanya ada budak-budak dan orang dewasa lepak di luar masjid bersembang hal dunia.

Tapi tidak lagi kerana pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dia sudah berada di kawasan berdekatan masjid dan berpeluang mendengar sayup-sayup suara khatib.

Aku pula masih terhegeh-hengeh ke masjid sambil bersangka buruk.

Semalam tumpang rakan sekerja ke masjid. Disebabkan masih awal, aku makan di gerai luar masjid.

Dengan posisi sila panggung di atas kerusi plastik yang tiada penyandar, kebanyakan yang makan di situ khusyuk makan dengan berjemaah dan penuh displin. Tak peduli dengan orang sebelah dan berselera walaupun mengadap longkang.

Selesai makan masuk masjid pun masih belum azan. Ada seorang keturunan Arab di saf hadapan sedang membaca ayat-ayat suci menggunakan pembesar suara dengan sepenuh hati.

Selesai solat Jumaat,panik pula sebab kereta kena blok dengan gerai yang baru dibuka entah bila. Sangka buruk datang kembali kerana dia takmau ubah tapi akhirnya faham dengan situasi.

Telefon rakan lain dan segalanya selesai.

Kalau masih di kampung pengalaman sebigini memang tak ada. Tambah pula ada yang jual ubat enlarge your penis di luar masjid. Peminta sedekah profesional tak larat nak kira.

Hijrah memang membawa perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan