20101023

musafir dengan tujuan baik

Aku sedar dan faham. 

Pada ketika aku terkial-kial seluk poket sebab nak pilih kedai makan yang mengikut kemampuan, terdapat ramai yang mampu beli barangan berharga ratusan,ribuan mahupun puluhan ribu masih boleh tersenyum ketika membayar.

Mungkin mereka telah merancang dan mungkin juga kalau mereka masih tak berbelanja tidur mereka tidak lena.

Dan ada di antara mereka yang aku suka kenal. "Keperluan." Kata mereka. Walaupun dah ada dua tiga set barang yang serupa tapi mereka masih perlu tambah nak kata apa lagi.

Ketika ini, keperluan makan aku jatuh nombor dua. Bukan nak jaga badan yang semakin sasa tapi kehendak profesion aku memerlukan aku kerap singgah di stesen minyak.

Nak ke tempat kerja saja dah berpuluh kilometer. Belum lagi kira kalau kena bergerak yang selalunya akan mencapai taraf musafir.

"Dekat je.20minit." Orang jawab bila aku cakap jarak rumah dan pejabat dalam sistem matrik yang betul.

Malam tadi aku dah mencapai taraf musafir lagi kalau ambil kira jarak pergi balik. Berjumpa dengan golongan yang mampu membeli sesuka hati tak kira masa.

Tak perasan pula berapa keping Rm50 yang bertukar tangan. Yang aku ingat berapa keping duit merah yang bertukar tangan di stesen minyak tadi.

Walaupun tiada sesi kopi RM10 secawan, tapi lepak di kedai makan tepi jalan pun buat aku tak selesa. Nasib baik ada orang bayarkan.

Suasana menggambarkan golongan kota sedang berbual gaya moden. Bahasa bercampur aduk menunjukkan taraf kepetahanan bertutur. Aku hanya reti guna perkataan gostan dan toslet. 

2 ayat dalam masa sejam membayangkan tahap keselesaan aku.

Kenapa aku masih bergaul dengan mereka? Mungkin sebab dia dan dia. Mungkin aku suka melihat mereka tersenyum gembira.

Tapi mungkin juga aku tak reti nak mencari kawan baru.

3 ulasan:

  1. tibe2 teringat hadiah dato' k bagi sempena beday ct.seutas jam tgn,mahal xhengat......

    BalasPadam
  2. pernah membeli barng murah kepda rakan2 kaya.mereka gembira walaupun merahu tau brng murah.

    BalasPadam