20101107

Unsinkable (2)

Semut,tikus,anai2 semua dah homeless






Dah dua hari berturut tengok berita dan dua hari berturut-turut jugak berita banjir bukan menjadi berita utama. Dua hari lepas sekadar berita ketiga. Malam tadi hanya disiarkan selepas berita orang sakit perut.

Kemudian berita persoalan tentang pihak siapa yang datang membantu dan siapa pulak tidak. Yang datang membantu diberi pleuang masuk tv dengan menaiki jentolak dan yang kononnya tak datang pula tidak diberi peluang bela diri.

Mungkin yang tak datang tu sibuk bertengkar dan memerah otak memikir bagaimana nak menyurutkan air yang khabarnya berpunca dari pembangunan dan perancangan yang kurang teliti.Mungkin juga mereka sibuk menyelamatkan diri kerana mereka juga tinggal berdekatan dan mungkin juga menjadi mangsa.

Naik kapal terbang pun peramugari yang manis selalu mengingatkan supaya pastikan diri sendiri selamat sebelum cuba selamatkan orang lain.

Nanti dikatakan tidak membantu, aku dengan rendah diri dan penuh zuhud mengumumkan yang aku telah melawat kawasan yang telah dilanda banjir yang berdekatan. Tidaklah sampai menolong sangat jadi aku tak kisah kalau tak masuk tv.

Keadaan sangat sayu melihat orang berkhemah dan berpiknik di tengah jalan raya yang kebanyakkannya lebih tinggi dari kawasan rumah. Tak kurang pulak yang menjadikan bus stop sebanai tempat perlindungan sementara. Insaf sebentar.

Aku hanya manusia biasa. Bila ternampak manusia diangkut dengan lori, aku ketawa kecil. Berhimpit macam lembu nak kena sembelih pun ada. Hati mula sebak kembali bila ternampak wajah sayu mereka. Kesabaran dan kepayahan terpancar untuk meneruskan hidup.

Aku tak ingin mejadi hero rakyat. Pada zaman ini, hero rakyat hanya wujud dalam cerita tamil.

Yang sibuk menonjol diri tu adalah mereka yang berkepentingan dan membawa bendera ketika membantu.

Walaupun begitu,mereka yang menjadi sukerelawan, semoga Allah membalas jasa dan melindungi anda semua.


3 ulasan:

  1. salam
    sejak bila pembaris menjadi belati tajam menikam ni

    BalasPadam
  2. tak kisah siapa yang bagi bantuan.kalau keadaan darurat pun nak berpolitik susah lah. Politik perlu walaupun kotor.

    BalasPadam