20110224

andai aku pandai menyanyi

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Mereka mempunyai stamina menyanyi seperti ahli pengakap sekolah yang tak pernah terlepas perkhemahan jamboree. 

Mereka mula menyanyi tanpa henti selama hampir dua jam selepas selesai lagu kebangsaan dan menutup tirai dengan lagu penghargaan kepada pihak polis dan Rela sambil memberikan tabik hormat. 

Lagu-lagu rakyat seperti Can Mali Can dan Enjit-enjit Semut diberi lirik baru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa dan diselang seli dengan tarian yang adakalanya seperti dikir barat. 

Kalau ada orang atasan yang tidak mengaku sumbangan puak-puak Ultras ni terhadap suasana bolasepak negara, janganlah pula menuduh tiada semangat sukan. Mereka adalah daya penarik dan tidak membuang sampah di merata-rata.

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Bukan beberapa baris kerusi di belakang mereka.


20110219

halus

Masa kecik-kecik dulu tengok cerita The Exorcist takutnya kekal sampai sekarang. Walaupun Uncle Seekers cakap benda-benda tu suka perempuan seksi, taubat aku takmau jadi depan-depan mata. Yang jadi semalam biarlah yang terakhir. 

Perempuan itu menjerit,"Aku gembira,aku gembira. Keluarga kita bahagia.!!!"

Aku kecut perut dan berjalan laju ke arah lain. 'Kita' yang dia maksudkan tu kalau aku dan dia memang haru. Kalau dia koyak baju keluar otot dan buat aksi Hulk Hogan lagi bertambah haru.

20110217

waris (2)

gambar fesbuk selebriti sememangnya boleh dirembat sesuka hati.

Kalau perempuan yang aku suka senyap-senyap dah ajak makan kenduri adik dia tentulah kena pergi kan.[1]  Tambah pula bila si tukang ajak tu cakap, "Sepupu I semua tinggi-tinggi dan lawa-lawa." Boleh jadi berdosa kalau tak pergi ni. Banyak hati nak kena jaga. keh3.

Aku sampai ke tempat kenduri dengan pakaian kedua terbaik. Pakaian terbaik aku pakai masa nak pergi sembahyang raya. Kemeja bundle dua belas ringgit tapi semua orang ingat harga seratus lebih. Jeans baru beli dekat uptown minggu lepas. Kurang hajar betul brader jual jeans. "Saiz paling besar 38 je bang." Kenapa ada 'je'. Kasut pun baru keluar dari kotak. Baru beli juga lepas kena curi masa raya haji. Beli saiz, brand, warna dan di kedai yang sama. Cuma harga saja murah sikit. Sales chinese new year.

Sebelum tu singgah Guardian untuk sembur Axe Perfume. Dah ringan tester kat situ.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap tengah tunggu kat depan. Pura-pura cakap henfon sambil ketawa kecil. "Lawa betul." Berbaju kurung moden warna merah hati yang bersulam di leher dan lengan. Perempuan yang aku suka senyap-senyap lambai sambil melemparkan senyuman paling manis. Hadiah tak bawak, aku terus salam berisi dengan bapak perempuan yang aku suka senyap-senyap.

"Mak ada kat belakang." Tangan masih pegang henfon. Aku bergegas ke tempat makanan dan cari port baik punya boleh nampak semua view. Mata melilau meninjau keadaan sekeliling. Betul lah ramai lawa-lawa dan ada juga yang tinggi-tinggi. Maklumlah kenduri kahwin. 

Perempuan yang aku suka senyap-senyap datang ke meja sambil bawa dua mangkuk ais kacang. Panas betul hari ni. Macam hari-hari lain jugak. Aku syak sekarang ni musim summer.

Tak sampai 1 minit, perempuan yang aku suka senyap-senyap bangun. Nak ke tandas katanya. Mata aku sambung meninjau. Baru aku perasan kebanyakan yang lawa-lawa dan tinggi-tinggi tu samada ada budak kecil atas riba, ada kesan inai di hujung kuku, atau ada cincin di jari manis.

Eh..dah dekat setengah jam. Lama betul ke tandas. Tangan pun tak basuh lagi ni. Kalau bangun nanti ada orang lain duduk pulak.

Tiba-tiba aku teringat. Yang aku puji tadi dalam hati saja. Cilakak....Damage control sekarang jugak...

20110216

wonder woman

Robin Scherbatsky

Aku secara peribadi merasakan superhero perempuan tak best untuk dijadikan filem kecuali kalau ada geng-geng dia yang lain. Pernah baca satu saja komik superhero perempuan, Angela. Tak pasti sama ada dia bertaraf superhero atau tidak sebab aku hanya baca volume 1 saja. Hehe. Aku suka Angela tapi kalau tak ada Spawn tak best jugak.Tapi kalau ura-ura ini betul, aku terpaksa korbankan perasaan aku. [link]

20110215

tidak hormat hari kelahiran kekasih


Maulidur Rasul 7 tahun lepas yang jatuh sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6 akan aku ingat sampai bila-bila. 

Segerombolan rakan serumah join camping tasik kenyir anjuran sebuah kelab belia. Semua ahli rombongan terdiri daripada para remaja terlajak yang ingin melegakan tekanan belajar. 

Semua bergembira dan menyanyi girang sambil bermain daun terup di atas bas. Tak cukup atas bas,sambung pula atas bot. Ingatkan nak sambung pula dalam khemah tapi Allah Maha Besar. 

Bot puak-puak main daun terup ni karam langgar kayu hanyut. Puak-puak main daun terup ni sahaja. Puak-puak lain selamat. Kebetulan pula bot puak-puak main daun terup ni saja yang bawa makanan.

Walaupun tidak melibatkan pertaruhan tidak dikira judi tapi dapat pengajaran juga bagi mereka yang terleka sempena hari kelahiran kekasih.