20110217

waris (2)

gambar fesbuk selebriti sememangnya boleh dirembat sesuka hati.

Kalau perempuan yang aku suka senyap-senyap dah ajak makan kenduri adik dia tentulah kena pergi kan.[1]  Tambah pula bila si tukang ajak tu cakap, "Sepupu I semua tinggi-tinggi dan lawa-lawa." Boleh jadi berdosa kalau tak pergi ni. Banyak hati nak kena jaga. keh3.

Aku sampai ke tempat kenduri dengan pakaian kedua terbaik. Pakaian terbaik aku pakai masa nak pergi sembahyang raya. Kemeja bundle dua belas ringgit tapi semua orang ingat harga seratus lebih. Jeans baru beli dekat uptown minggu lepas. Kurang hajar betul brader jual jeans. "Saiz paling besar 38 je bang." Kenapa ada 'je'. Kasut pun baru keluar dari kotak. Baru beli juga lepas kena curi masa raya haji. Beli saiz, brand, warna dan di kedai yang sama. Cuma harga saja murah sikit. Sales chinese new year.

Sebelum tu singgah Guardian untuk sembur Axe Perfume. Dah ringan tester kat situ.

Perempuan yang aku suka senyap-senyap tengah tunggu kat depan. Pura-pura cakap henfon sambil ketawa kecil. "Lawa betul." Berbaju kurung moden warna merah hati yang bersulam di leher dan lengan. Perempuan yang aku suka senyap-senyap lambai sambil melemparkan senyuman paling manis. Hadiah tak bawak, aku terus salam berisi dengan bapak perempuan yang aku suka senyap-senyap.

"Mak ada kat belakang." Tangan masih pegang henfon. Aku bergegas ke tempat makanan dan cari port baik punya boleh nampak semua view. Mata melilau meninjau keadaan sekeliling. Betul lah ramai lawa-lawa dan ada juga yang tinggi-tinggi. Maklumlah kenduri kahwin. 

Perempuan yang aku suka senyap-senyap datang ke meja sambil bawa dua mangkuk ais kacang. Panas betul hari ni. Macam hari-hari lain jugak. Aku syak sekarang ni musim summer.

Tak sampai 1 minit, perempuan yang aku suka senyap-senyap bangun. Nak ke tandas katanya. Mata aku sambung meninjau. Baru aku perasan kebanyakan yang lawa-lawa dan tinggi-tinggi tu samada ada budak kecil atas riba, ada kesan inai di hujung kuku, atau ada cincin di jari manis.

Eh..dah dekat setengah jam. Lama betul ke tandas. Tangan pun tak basuh lagi ni. Kalau bangun nanti ada orang lain duduk pulak.

Tiba-tiba aku teringat. Yang aku puji tadi dalam hati saja. Cilakak....Damage control sekarang jugak...

10 ulasan:

  1. waktu kenduri je lah boleh nampak 'perempuan melayu'

    sebab itu aku suka kenduri.. awek cantik berbaju kurung dan kebaya di sana sini.

    yeah!

    BalasPadam
  2. Belum berani lagi nak mengurat awek ke?cam tu sampai bila pun tak dapat pasangan. Kalau malu sangat, suruh mak ayah masuk meminang je.

    BalasPadam
  3. kenduri paling takbest, panas kadang kadang khemah takde kipas

    BalasPadam
  4. afro:nice view kan

    CikIna:owh..tak berani dan tak biasa buat adalah dua perkara berbeza.lagipun dah lama kenal.nanti jadi pelik.cerita pun saya tokok tambah jugak.4 perenggan yang last langsung tak terjadi. perenggan 3 pun.

    Pyka:sepuluh tahun lagi kalau semua rakan sebaya dah kawen lagi la tak best

    BalasPadam
  5. .
    .

    "saiz paling besar 38 je bang"

    ok yg ni fani.

    .

    kalau suka jgn senyap senyap.
    sampai bila dia nak tau?


    .

    BalasPadam
  6. BDC:itu kisah benar.38 tu dah longgar melampau.
    Benda2 macam ni tak payah cakap kot.
    Patut masuk dalam kategori kisah dahlan kan..hehe...

    BalasPadam
  7. aku tgh conpius size 38 utk sape...awek di sukai dlm senyap itu tau x, kau pembaris yg baru lg....hahahaha...teruskm usahe memikat....

    BalasPadam
  8. palying layan post lu yang ni..keh keh

    BalasPadam
  9. HKLimah:saiz seluar untuk saya.hairan pula pasal saya lebih ramping dari saiz itu.

    brutalsolo:gua rasa macam afdlin shauki dalam cerita sepi tiap2 kali makan kenduri

    adinda:bila perempuan senyum kat aku,aku gembira.

    BalasPadam