Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Mereka mempunyai stamina menyanyi seperti ahli pengakap sekolah yang tak pernah terlepas perkhemahan jamboree.
Mereka mula menyanyi tanpa henti selama hampir dua jam selepas selesai lagu kebangsaan dan menutup tirai dengan lagu penghargaan kepada pihak polis dan Rela sambil memberikan tabik hormat.
Lagu-lagu rakyat seperti Can Mali Can dan Enjit-enjit Semut diberi lirik baru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa dan diselang seli dengan tarian yang adakalanya seperti dikir barat.
Kalau ada orang atasan yang tidak mengaku sumbangan puak-puak Ultras ni terhadap suasana bolasepak negara, janganlah pula menuduh tiada semangat sukan. Mereka adalah daya penarik dan tidak membuang sampah di merata-rata.
Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Bukan beberapa baris kerusi di belakang mereka.
haha.
BalasPadam(layout kau menyedapkan pandanganku. tulus.)
*aku cuma mampu komen haha* sebab cuma mampu membayang kan keadaan, tapi untuk merasainya belum ada lagi.
kau pergi stadium ke semalam?
BalasPadamcuba bagi lirik lirik modified tu
BalasPadamcepat a!
sedih, teringatkan semangat berkobar-kobar arwah adik ke stadium shah Alam masa perlawanan bola sepak.
BalasPadamlagu enjet2 semut kegemaranku...hahaha...semangat utk ketawa brkobar2...
BalasPadamultras terbaik, mereka penghibur dan penyokong tika duka dan suka...
BalasPadamSaya menyanyi tanpa semangat, bagaikan soldadu terlupa ikrar..
BalasPadamjangan menyanyi..biar dunia ni sepi elok begitu
BalasPadammatahari:masuk dalam list things to do.priceless.tapi memang kena duduk bertentangan.kalau duduk belakang namapk bontot lelaki lain bergoyang menari memang tak kena langsung dengan jiwa
BalasPadamafro:yup.tapi aku pakai jersi lama yang ada keris..(dan logo FAM..keh3)..kira aku dah lama sokong sebelum kuat...
BalasPadamBDC:ubah sikit saja.
BalasPadamDimana dia harimau malaya..harimau malaya yang pakai baju kuning
Dimana dia musuh2 kita..musuh2 kita yang pakai baju putih..can mali can
Cik Ina:first time ke stadium shah alam.kurang semangat sikit.stadium saya stadium darulaman
BalasPadamHKlimah:enjit2 semut tu berbaur lucah...
BalasPadamrepublik9:semangat mereka lain macam.polis dan rela datang dekat tak sempat pasang flare merah
BalasPadamGedek:lenguh la ketiak angkat tangan cuba nak ingat ikrar
BalasPadambrutal:tak menyanyi simpan suara untuk menjerit
BalasPadamkompem anda adelah antara yg berada d blakang mereka.teringin nak tengok bola kat stadium secara live!haih.
BalasPadamaleen:betol3.dulu duduk teres sebelah.feel habis.
BalasPadam